Sunday, 19 June 2011

Sepetang Terjumpa Angah Raja Lawak

Petang tadi selepas aku pergi hantar mak bapak aku ke Banting,  aku singgah sebentar ke hotel tempat kawan aku kerja tu.  Hotel ini ada satu je kat kawasan Telok Panglima Garang.  Tak ada hotel lain la kat Telok tu.  Nama hotel tu tak boleh la aku bagi tau.  Rahsia.  Kalau nak tahu, cari la sendiri.  

Nak dijadikan cerita, aku pun pergi lah ke hotel tersebut niatnya nak lepak sebentar sambil gosip-gosip dengan kawan aku tu.  Yelakan, kawan aku ini kurang kasih sayang. HA HA.  Aku tengok lain macam je bila aku lalu kat situ.  Hati aku berbelah-bagi nak masuk ke tak nak.  Kawan aku yang kerja kat kaunter tu pelawa lah aku masuk lepak kat sofa depan kaunter tu.  Kawan aku dah bagitau awal-awal yang Angah Raja Lawak akan check-in bilik hotel tu.  Aku pun tak percaya sangat dengan  kawan aku ni.  Sangat tu tak la.  Sikit je tak percaya.  Buat lawak ke apa kawan aku ni.  Nak buat lawak, masuklah Maharaja Lawak.  ALA, Raja Lawak pun tak lepas.   Mimpi nak masuk Maharaja Lawak konon.  Ok, boleh tuju lagu? TAK PAYAH!. Malas aku nak layan.  Yang penting aku hanya nak lepak depan kaunter tu.  Dahla boring je duduk kat rumah.

Entah Suratan atau kebetulan, tiba-tiba Angah Raja Lawak masuk dengan muka selambanya.  Aku mula-mula tu terkejut babun gak lah.  Kalau babun ada kat situ, mau terkekek-kekek dia sambil melompat-lompat.  Tapi, aku tak lah terlompat-lompat ok.  BE PROFESIONAL OK!.  Sah, memang kawan aku tak 'kencing' aku.  Kalau dia 'kencing' aku, dah lama aku 'kencing' dia balik.  Siap jirus baik punya.  =_____=.   Masa dia masuk tu, aku hanya angkat tangan je la.   Bajet tak hairan lah. HA HA.  Aku dah percaya  kata kawan aku tu.  Dia dengan selamba cekodoknya duduk kat sebelah aku.  Aku buat muka selamba je la.  Salam tangan pun tidak.  Nak tangkap gambar, seganlah aku.  Dahlah aku pakai  seluar pendek macam nak pergi main bola.  Lain kalilah aku tangkap gambar dengan dia.  Selepas itu, masuk plak Shaheizy Sam (Pemenang ABP dan Pelakon 'HOT" masa kini).  Aku tengok dia 'cool' je.  Tak sombong.  Dia senyum kat aku.  Aku hanya angkat tangan je la tanda hormat kat die.  Terlintas jugak nak tangkap gambar dengan dia.  Tetapi, melihat  keadaan penampilan aku pada  masa itu, aku batalkan saja niat aku tu.  Mungkin lain kali la ye Mak Jah.  


Aku pun tak tau apa dia orang buat kat situ.  Setelah aku korek hidung dalam-dalam.. Eh silap! korek rahsia dan menyiasat dengan mencari maklumat penuh terperinci dari kawan aku tu, rupa-rupanya dia orang ada 'shooting' untuk filem terbaru.  Nama filem tu tak boleh la aku bagitau.  Dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.  Tak 'surprise' la kan.  Tak terkejut babun la kan kalau aku bagitau awal-awal. HA HA.   Sekarang ini cuma aku, kawan aku dan kru-kru penerbitan je yang tahu.  Aku ada lah bukti sikit tentang kesahihan berita yang aku gembar-gemburkan ini.  Takut kau orang tak percaya pulak kan.  Mungkin seseorang yang menyampah akan menyampuk. " Ala, aku pun boleh buat cerita macam ni.  Aku jumpa dengan Justin Bieber singgah makan nasi pattaya kat Medan Selera".  Nampak sangat bebenor menipu tu ha.  Betul tak Husin? ( Sambil pusing pergelangan tangan).  HA HA.  Pinjam ayat dari Ucop Wilcha sebentar.  

Ok,sudah.  Jangan membebel lagi.  Nak buktinya. Ini buktinya.   Bukti sah ini aku dapat melalui kawan aku. Bukan gambar dia orang lah tapi senarai bilik yang dia orang tempah.  Buka mata luas-luas dan anda buat andaian sendiri ok.  

Psst: Nama dan alamat hotel, nombor bilik dan nama filem terpaksa aku 'redline'kan atas sebab-sebab tertentu.
Klik untuk gambar besar
Jadi, sama ada kau orang percaya atau tidak itu terpulang pada hak individu ok.  Aku pun tak adalah nak cari publisiti murahan begini. HA HA.  Hanya berkongsi maklumat.  Hope Enjoy!

4 comments:

Nini Hartini said...

serius, kalau jumpa angah raja lawak tu, x kenal pun. hehe..sbb x tgk raja lawak pun.

tp kalau shahiezy sam tu sukalah jugak. huhu

redzuan23 said...

Nini>huhu.. mula2 knl.. tp dh tgk lama2.. mcm ku knl...haha

Nini Hartini said...

oooh haha.. tp klu mcm saya mmg xkn kenal sbb x tgk lgsg. klu tertengok pn, x letak kt otak.

Heart In A Cage
.

BizZ Gurlz said...

ader jugak nampak diorang..xsangka gak dioraang nak wat shooting kat tpg...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...