Saturday 18 June 2011

Sukan Tahunan JPN di UUM - Hari sebelum Pergi

Aku sekarang berada di UUM, Sintok menyertai sukan tahunan JPN.  Jadi, JPN seluruh Malaysia akan datang beramai-ramai ke UUM, Sintok.  Status aku sekarang aku berada di bilik Dorm Hostel Pelajar UUM.  Menunggu pukul 8 untuk jamuan perpisahan.  Jadi, esok aku akan bertolak balik ke Selangor.  Aku akan sediakan knologi bagaimana aku boleh sampai ke UUM ini.

Hari Sebelum Pergi
Khamis, 16 Jun 2011
Perancangan aku adalah aku nak cuti pada hari tersebut tetapi Ketua Pejabat di tempat kerja aku tak bagi aku cuti.  Tak dapat cuti aku minta pula kerja setengah hari.  Pun tak dapat juga.  Aku merayu lagi dan lagi akhirnya dia bagi aku kelonggaran untuk keluar awal iaitu aku akan keluar pada pukul 3.30 petang.  Cukup masa aku pun keluar.  Semasa aku nak balik, bos bagi aku duit bonus sebanyak RM250.  Walaweh, best betul dapat duit bonus ini.  Aku gembira tak terkata. =_______=.  Sampai ke rumah aku lepak kejap sementara menunggu kawan aku untuk gerak sama-sama ke UUM.  Pukul 6.30 petang, kawan aku datang dihantar oleh Mr.Joe, rakan sepejabat aku.  Kita orang duduk melepak sebentar. Selepas itu, Mr.Joe pun berangkat pulang. Tinggallah aku dengan En Baie.  Pukul 7.15 malam, kita orang pun gerak ke Damansara untuk mengambil lagi 2 orang kawan yang akan bakal sama-sama pergi ke UUM.  Kita orang makan dulu di Restoren Anjung Santai untuk menjamu selera. Kalau siapa-siapa yang selalu lalu jalan Klang Banting tahu di mana lokasi restoren ini.  Di tepi jalan saja.  Aku makan sup maggi dan air milo ais.  Pukul 8.00 malam, aku dan kawan aku pun gerak ke Damansara.  Pukul 9.00 malam, kita orang pun sampai ke Damansara dan singgah sebentar ke Uptown Damansara cari kasut bola. Bukan aku yang beli tapi kawan aku yang beli. Dapatlah 2 pasang. Selepas itu, 2 orang kawan aku pun sampai dan terus gerak ke Perak.  Aku duduk belakang saja.  Sampai tertidur.  HA HA.  Gila jauh sangat.  Pukul 1.00 pagi, kita orang singgah sebentar ke rumah Mak Baie.  Kita orang mandi kejap sebelum terus gerak ke Sintok, Kedah. Bontot pun panas semacam saja sebab penat gila duduk lama-lama dalam kereta.  Apa-apa hal pun rehatkan badan sekejap.  Pukul 3.00 pagi kita orang terus gerak.  Pukul 6.00 pagi baru sampai.  Aku pun tak sedar sebab aku tidurlah.  Kepala pula pening. Sampai 4 biji aku telan panadol. AH, Bersambung ke Hari Pertama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...