Saturday 25 June 2011

Kutipan Filem KL Gangster

Sungguh.  Reaksi aku sungguh terkejut dengan hasil kutipan filem aksi iaitu filem KL Gangster dengan jumlah kutipan setakat yang aku dapat tahu adalah berjumlah 10.25 juta.  Tak percaya? Mari tengok sini.

Apa yang aku nak cakap adalah:

"WALAWEH, GILA BANYAK BEGITU!"

Atas dasar perasaan ingin tahu dan menambahkan kutipan hasil filem ini, aku dengan secara sukarelanya pergi menonton filem ini dengan mata aku sendiri.  Apa yang menariknya hingga kutipan sehingga mencecah mak datuk ini.  Selepas aku pulang dari kerja, aku terus ke Jusco Bukit Raja, Klang.   Aku tengok penonton pun dah semakin kurang menonton filem ini.  Mungkin ini disebabkan oleh penayangan di penghujung hari atau pun mungkin mereka ini spesies seperti aku yang ingin tengok filem di akhir-akhir waktu atau mungkin jua disebabkan perasaan ingin tahu seperti aku yang kacak ini. 

Semasa ditayangkan, filem ini memang penuh dengan aksi gaduh-gaduh, pukul sana-sini, adegan kejar-mengejar dan ada juga muka tidak puas hati.  Ayat-ayat penuh berlagak pun ada.  Biasalah, dah namanya Gangster, ayat mestilah kena "kerek" sikit.  Filem ini bolehlah dikategorikan sebagai filem aksi penuh dengan adegan pergaduhan antara gengster-gengster di KL.  Filem ini filem khas untuk lelaki yang perwatakannya ganas dan berwajah bengis.  Tiada ayat-ayat cinta dan melayan perasaan dalam filem ini.  Aku memang suka filem ini.  Tiada cinta-cintun sana-sini.  Ini ganas punya cerita.  Selepas tamat cerita ini, aku pun terus pulang dengan perasaan puas hati jugalah.  Suku-suku suam orang kata.

REAKSI AKU

Apa yang aku tertanya-tanya dan ingin tahu adalah atas kes apa si Malek lakonan Aaron Aziz boleh masuk penjara selama 5 Tahun.  Mungkin dia masuk gangster menyebabkan dia masuk penjara.  Kalau buat imbas semula aku akan faham tetapi tiada.  Di situ telah terciptanya perasaan ingin tahu tetapi tiada pula imbasan semula.  Begitu jua di babak-babak akhir iaitu aksi kejar-mengejar sambil menembak antara King dan Shark.  Selepas King terkena tembakan dari pistol Shark, Shark ada mengatakan bahawa dia ada berdendam dengan King tentang mak dia.  Aku nak tahu sebab apa dia berdendam dengan King tetapi hampa.  Tiada imbas kembali.  Bagaimana pula dengan watak adik kepada Malek.  Apa yang terjadi padanya.  Itu yang aku agak kabur sedikit.  Baiklah, reaksi aku tentang filem ini adalah aku melayan jua dengan filem ini kerana filem ini penuh dengan aksi pergaduhan walaupun aku ini jenis aman dunia.  Tak elok begitu gaduh-gaduh.  Kalau nak gaduh pergi masuk WWE.  Dapat juga bayar rumah sewa tiap-tiap bulan. Itu saja reaksi aku.

Psst:  Selepas ini tengok Transformer.  Best ke tak ek? Kalau nak tengok sekarang pun boleh.  Jom pergi dekat dengan pencawang letrik.  Kita tengok puas-puas. HA HA

6 comments:

Mun said...

taj tgk2 lagi kl gangster. heh :P

KeluangMan said...

Mun> Cuba tengok... bersama kita sokong filem tempatan..huhu

Emilia Emira said...

nak tengok kl gangster juga!;)

KeluangMan said...

Emilia Emira> emilia dah g tgk ker?

Nini Hartini said...

Phh ada aaron aziz ek? ni mst salah satu sbb org gi tgk adalah kerana adanya Seth Tan. hehee

Heart In A Cage
.

KeluangMan said...

Seth Tan dalam drama Nora Elena tu die gentleman, romantik tp dalam filem ni die tu mmg macho.. muka serius jer... berbeza. pandai memainkan watak. Sy tgk filem ni tgk lakonan Aaron, sy x lari dr mengingati watak seth..waduhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...