Tuesday 21 June 2011

Barang Yang Lepas Perlu Dikenang Part II

Assalamualaikum semua,
Sebelum ini aku dah kongsi dengan kau orang kan tentang barang yang tetap aku kenang sampai bila-bila iaitu handphone.  Hari ini aku nak sambung balik cerita tentang handphone yang pernah aku miliki selama aku hidup di dunia yang indah ini.  Kau orang sediakan kopi dan biskut kering cepat.  Sambil-sambil itu boleh kau orang  membaca entri aku kali ini. 

Baik.  Ini handphone seterusnya. 

Nokia 1650
Selepas kehilangan handphone Nokia 2300, aku terus dapatkan handphone baru iaitu Nokia 1650.  Cepat betul cari pengganti.  Handphone ini memang mesra pengguna atau dalam bahasa orang putihnya setelah diterjemahkan adalah user-friendly.  Aku beli dengan harga RM180.  Murah.  Mampu dibeli.  Pada masa yang sama, aku dapat lagi handphone 'tangan-kedua' yang dihadiahkan oleh mak aku yang sungguh berhati mulia dan baik hati ini pada aku. 

Nokia 6600
Inilah handphone yang dihadiahkan oleh mak aku.  Dia tak tahu aku dah beli handphone baru.  Anak mak (Hee).  Handphone ini juga dinamakan handphone keranda.  Keranda? Kenapa keranda? Untuk makluman anda, reka bentuk handphone ini yang menyebabkan keranda dapat nama.  Rupa macam keranda Drakula.  Menyeramkan.  Semasa tidur, aku sorokkan atau letak jauh-jauh handphone ini.  Aku tak nak tengok handphone ini ada dekat dengan aku pada waktu malam.  Pagi esoknya penuh di skrin handphone dengan panggilan yang tak dijawab dan mesej-mesej awek aku.  =_____=.  Handphone ini masih lagi ada dalam simpanan aku.  Sudah jadi bahan arkib.  Rosak.  

Kadang-kadang bosan juga setiap kali nak tukar atau beli yang baru mesti jenama Nokia akan jadi pilihan hati.  Sekarang aku nak cuba handphone lain pula  iaitu Sony Ericsson. 

Sony Ericsson W850
Aku ubah pula selera aku dengan membeli handphone Sony Ericsson jenis Walkman 'tangan-kedua'.  Handphone ini dah lama aku idamkan tetapi terpaksa aku lupakan seketika  kerana pada masa itu harganya mencecah seribu ringgit.  Tak mampu nak beli lagi.  Akhirnya aku dapat jua beli walaupun sudah jadi 'tangan -kedua'. Disebabkan rupa bentuknya yang comel, aku sanggup keluarkan RM300 demi handphone ini.  Tapi sekarang dah dikebas semasa aku letak di dalam kereta aku sebab pada masa itu aku hantar kereta aku ke bengkel untuk membaiki sedikit kerosakan.    Entah tangan panjang mana datang dan handphone ini pun dikebas oleh orang.  Sedih di hati.  Bagi aku hanphone Sony Ericsson ini sensitif.  Kalau jatuh ke lantai, ia akan jadi biol sedikit.

Nokia 5800 Xpressmusic
Aku kembali menggunakan handphone jenama Nokia kerana aku kurang yakin dengan jenama Sony Ericsson.  Ini disebabkan handphone jenama Sony Ericsson adalah sensitif dan cepat rosak apabila ia jatuh ke lantai berbeza dengan handphone jenama Nokia.  Ia tahan lasak walaupun jatuh ke lantai.  Nokia tetap dalam hatiku.  T______T.  Selepas kehilangan handphone Sony Ericsson W850, aku terpaut pula dengan Nokia 5800 Expressmusic.  Apa yang menarik sangat dengan handphone ini?  Menariknya dengan handphone ini adalah ia "Touch Screen".  Aku beli dengan harga RM890.00.  Bukan Zitron.  Mula-mula masa nak menggunakannya memang susah sikit.  Taip mesej punyalah susah macam budak baru belajar merangkak KAU tapi bila dah lama sikit mula rasa seronok pula.  Sekarang ini sudah hampir setahun aku masih menggunakan handphone ini.  Setia pada satu. HA HA HA

Kalau dikira-kira sudah pelbagai jenis handphone yang aku guna dan terselit juga cerita di sebaliknya.  Bila dikenang-kenang semula. macam lawak Jozan pun ada.  HA HA

Jadi, selepas ini handphone jenama apa pula yang kau nak guna?

Apple iPhone 4! OMG! Aku nak!

2 comments:

Nini Hartini said...

msg awek aku??

owhh selama ni follow blog ni tp x tau lak ni blog lelaki. hehehe.... tp blog sgt kemas, mcm dimiliki sorg awek.

Heart In A Cage
.

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your pelangidlangit.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...