Sunday 16 June 2013

Hantu Bukit Bauk - JARR NADJMUDDEAN (#CERITASERAM)

Assalamualaikum. Sudah lama jugak aku tak update blog aku ni. Kesibukkan punca utama aku tak dapat mengemaskini blog aku yang tercinta ini. Hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang buku yang aku beli semalam. Mungkin hari ni aku cuba nak promot buku ni. Sebelum tu, aku nak cerita dululah ye sebelum aku beli buku ni. Semalam aku pergi jalan-jalan cari barang untuk majlis perkahwinan aku dengan tunang aku, jain.  Masa tu pulak ada filem Man of Steel ditayangkan. Melihat skrin TV di pawagam ternyata sambutan filem itu amat menggalakkan. Selling fast. Mujurlah sempat sebab kitaorang merupakan orang yang terakhir dapat kerusi. Wahaha.. kesian orang kat belakang aku.

Ok aku malas nak cerita pasal filem Man of Steel tu. As sure memang terbaiklah. Tak ada nak komplen apa-apa melainkan persoalan yang berbenak dalam kepala otak aku ni kenapa dia dah tak pakai seluar dalam kat luar. Mungkin tak nak bahan ketawa satu dunia kot.Selepas tengok filem tu sempatlah jugak pergi jenguk kejap kat Kedai Buku MPH. Rayau-rayau tengok buku dan sambar 2 buku iaitu #CERITASERAM dan Dari Tanjung Malim ke KLCC ditulis oleh fdausahmad. Nak kenal fdausahmad bolehlah lawat blog beliau iaitu SEMBANG KENCANG.

Hari ni, di waktu ini, aku nak berkongsi sedikit tentang buku #CERITASERAM ni. Memang best. Walaupun gaya bahasa agak kepasaran sedikit. Tak mengapa asalkan dapat terhibur dengan keseramannya. Menurut penulis ini, segala cerita yang dimuatkan dalam buku ini adalah benar-benar belaka berdasarkan pengalaman beliau.  Sekarang aku nak kongsi salah satu cerita dalam buku ni. Tajuknya adalah HANTU BUKIT BAUK (muzik latar menyeramkan <-- tak kelakar)

HANTU BUKIT BAUK
Kisah ini berlaku semasa pulang ke Terengganu bercuti semester.  Zaman itu, masih belum ada Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Jalab lama menjadi lebuhraya setia untuk orang Terengganu balik ke kampung.

Aku dan Pjoe sepakat nak balik sekali, lagipun Pjoe taka da teman nak drive sorang-sorang. Aku bercadang awalnya nak balik siang, tapi Pijoe suka drive malam.

Pjoe tanya aku,"Mat, nak lalu Jabor ke Cherating?" " Aku pilih Cherating, kereta banyak, apa-apa hal senang mintak tolong," kata aku. Muka Pjoe menampakkan ekspresi macam mahu lalu Jabor.

Aku tahu lalu Jabor cepat sampai. Tapi itu jalan kelapa sawit di kiri kanan. Tak ada kereta yang lalu.

Masa memasuki Karak, aku dah mula berborak rancak dengan Pjoe, aku tak mahu dia mengantuk dengan fikiran puaka di Karak. Kami pasang lagu kuat-kuat.

Sedang kami berborak, aku sempat tengok kiri dan kanan cermin takut-takut ada benda menumpang. Jam dah 11.30 malam. Sunyi bukan kepalang jalan lama tu.

Sebenarnya masa tahun sebelum itu aku dah pernah kena sekali di kawasan sini. Tapi aku tak pernah cerita ke Pjoe walaupun dia ni hati kering.

Alhamdullillah sepanjang jalan kat Karak tu kami tak menghadapi benda-benda bangang yang boleh buat kami berak dalam seluar.

Cuma sesekali rasa macam seriau. Kami berhenti di Temerloh dekat jambatan Sungai Pahang untuk segarkan mata dan basuh muka.

Kami teruskan perjalanan. Cuma kali ni aku tertidur. Aku terjaga masa nak masuk mukim Dungun. Itu pun Pjoe kejutkan sebab dia sangap. Aku cucuh rokok bukak tingkap, masa inilah Pjoe menjerit.

"TUTUP TINGKAP MATTTT!!!!! ALLAHUAKBARRR ALLAHUAKBAR!!!" Aku punya kaget, tak sempat nak buat apa-apa.

Aku pandang sebelah, tingkap aku tutup. Tapi, apa yang aku nampak? Ya, selaju kereta kancil Pjoe tu, benda tu tengah ikut tepi tingkap sebelah aku.

Aku pejamkan mata. Dalam mata pejam aku pesan pada Pjoe jangan ikutkan hati, kawal diri. "Kita boleh terbunuh ni Pjoe kalau kita ikutkan takut",Pjoe diam.

Sebelah tingkap aku cuma bunyi suara "dia" , "kheeehhhhhhhh...kheeeehhhhhhhh...". Sumpah, aku tak pandang langsung ke kiri.

Cuma masa dalam keadaan kelam kabut tu aku tahu benda tu perempuan dan berwarna lebam.  Aku tak tahu macam mana nak ceritakan rupa bentuk dia.

AKu nampak Pjoe masih bernafas dengan kuat.  Aku tahu dia ketakutkan tapi aku puji keberanian dia kawal keadaan. Kalau tak, ke gaunglah kami.

Sepanjang perjalanan dari tempat kejadian tu atau nama tempat tu Bukit Bauk, kami diam bungkam, tak cakap apa-apa.  Pjoe aku nampak dalam kebingungan.

Ketika masuk bandar Dungun, barulah kami cari kedai, berhenti minum dan bercerita pasal tadi. Pjoe cakap dia rasa lain macam dah awalnya. Kata Pjoe, dari Karak lagi dia dah rasa.

Cuma benda tu tak betul-betul tunjukkan diri macam masa sampai di Bukit Bauk. Bukit Bauk ini keras. Aku tanya Pjoe "masa kau jerit, apa yang kau pikir?" Pjoe diam lama, dia pandang aku, dia tunduk.

Pjoe pandang aku, "Mat, masa kau bukak tingkap "benda" tu dah meluru ke arah kau, tangan dia dah ke arah kau, tu pasal aku jerit.." Aku sapu muka berkali-kali.

Kes ini sebijik macam mak angkat aku kena di Nyalas, Melaka. Benda tu sempat sapa muka mak angkat aku. Mengucap panjang waktu tu. Aku dengan Pjoe rehat sampai subuh.

Lepas subuh, kami sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Bukit Bauk, kau dah banyak makan orang.

-end-

Dapatkan buku #CERITA SERAM hasil penulisan JARR NADJMUDDEAN di Kedai Buku MPH. Buku ini memang menarik untuk dibaca walaupun bahasanya agak kepasaran sedikit. :)

 Tajuk #cerita seram yang berkaitan.

  • Hantu Ikut Mengaji dan Arwah Budak Mati Dilanggar.
  • Cincin Pusaka (kalau pusaka ditukar kepada puaka lagi best)
  • Terowong Pontianak
  • Hantu Genting View

IMG_0145

Jika ingin baca tajuk cerita di atas bolehlah beli satu. Tak rugi pun beli. Dapat support orang kita dalam berkarya.

Pssstt: Teringin juga mengeluarkan buku hasil buah tangan sendiri. Idea itu ada tapi jika tak ada langkah pertama, macam mana nak ke langkah kedua.

Sunday 13 January 2013

Nico - Inilah Nasibku

Yo wazzup-wazzup Nico comeback.


Download this Song : Inilah Nasibku - NICO



Tuesday 8 January 2013

Kesilapan semasa taip mesej

Di sini aku listkan senarai kesilapan semasa menaip mesej di telefon canggih korang dan tak canggih dan baju sekolah jenama Canggih .  Of course korang pernah tersalah taip mesej kan.  Jangan tak mengaku ye.  Maybe 10 persen korang pernah salah taip mesej. Meh aku senarai kesilapan menaip mesej.  

Ucapan selamat tinggal.

Yang ini salah.

"Ok, babi"

Sepatutnya,

"Ok, babai".

So annoying.


Salah typing.

Antara huruf S & D amatlah dekat berjiran di keyboard dan telefon canggih korang. Ini memang cari masalah.

Contoh,

"Could you give me your add?".  Add means address.

Kadang-kadang kita juga melakukan kesilapan.  Mungkin korang nak asah keyboarding    skill korang konon berlagak expert gila lah.  Dan ini kesilapan tersebut,

"Could you give me your ass?".  

Aduiii, malulah jika korang pernah terhantar mesej begitu.  

Jadi, mohon dijarakkan huruf S & D. 


Barang & Batang

Huruf R & T tak pernah terpisah sejak keyboard ini diciptakan dan ini telah menimbulkan banyak masalah.

Seorang perempuan tak kisahlah kawan kolej ke, awek ke, kawan sekampung atau sebandar ke, hantar mesej pada korang dengan mesej begini.

"Boleh bagi barang awak pada saya tak?.  Saya nak sangat barang tu."

Ini tak apa.  Biasa je.

Tapi ini memang luar biasa. Dia mesej begini.

"Boleh bagi batang awak pada saya tak?.  Saya nak sangat batang tu."

Wooo.. ha, nak balas ke tak nak? haha.

Mesti perempuan tu malu gila kan bila dia baca mesej tu balik.  Tak nak mesej kawan lelaki tu lagi.  


Ok.  Setakat ini saja saya menaip.  Jumpa lagi.



Saturday 29 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.  Tahun 2013 akan tiba menyusul meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan kenangan, kejadian, peristiwa, kontroversi dan sebagainya.  Setiap daripada kita mesti ada kenangan dan peristiwa masing-masing selama tahun 2012 berlaku.  

Blog ini sudah menjangkau mencapai usia 3 tahun.  Sudah terlalu banyak entri-entri yang aku kemaskini.  Kadang-kadang masa mencemburui kita untuk meluangkan masa yang singkat untuk aku mengemaskini blog ini.  Kadang-kadang aku tidak punya masa untuk mengemaskini blog ini.  Komitmen yang penuh untuk aktiviti yang lain menyebabkan masa untuk menumpukan perhatian pada blog ini terlalu terhad.  Jika sebelum aku boleh kemaskini sebulan 13 kali, kadang-kadang boleh mencapai sehingga 30 entri tetapi sekarang aku hanya memasukkan entri tidak lebih dari satu dalam satu bulan.  

Tahun 2012 merupakan tahun aku kurang kemaskini entri blog ini.  Mungkin aku terlalu sibuk dengan aktiviti yang lain.  Komitmen pada kerjaya, komitmen pada ahli keluarga dan juga komitmen pada kekasih hati.  Moga usia blog ini bertahan hingga tahun hadapan.   Pernah sekali aku ingin menguburkan blog ini kerana aku takut aku tak dapat mengemaskini entri dalam blog ini tetapi aku batalkan niat itu.  Aku berjaya bertahan sehingga kini.  Tahniah pada diri aku sendiri.  

Terfikir sejenak aku ingin menukarkan blog percuma ini kepada blog berbayar tetapi mampukah aku?.  Itulah persoalan yang sering timbul bila aku bertanya pada diri sendiri  tentang persoalan itu.  Mampukah aku mengemaskini entri di blog ini? Mampukah aku mencari maklumat dan dimasukkan di dalam blog ini sebagai tatapan umum?  Kadang-kadang otak kita juga memerlukan rehat daripada memikirkan apa yang ingin kita kongsi dalam laman blog ini. Pernah sekali aku lihat seorang budak blogger mengemaskini entri sebanyak 5 kali sehari.  Anda tidak penatkah menggunakan seratus peratus otak anda  untuk mencari maklumat? Ada juga blogger yang kerap kemaskini entri seperti Ben Ashari.  Dia seorang blogger yang kerap kemaskini entrinya kerana dia sudah terbiasa dengan dunia penulisan.  Gaya penulisannya pula amat sempoi dan bersahaja.  Ramai yang suka melawat blog dia. Bagi aku cukuplah aku kemaskini entri blog sebanyak 3 kali sebulan.  Kekuatan otak setiap manusia amat berbeza sekali.   Jika aku dapat kemaskini entri lebih dari tiga kali, alhamdullilah. 

Bercerita tentang tahun 2012 ramai yang meramal dunia akan kiamat.  Inilah peristiwa yang paling popular dinanti-nantikan oleh semua manusia di seluruh dunia. Pada tarikh 21.12.2012 akan berlaku kiamat di bumi pada ketika ini.  Ramalan kaum Maya meramalkan dunia akan berlaku goncangan dan berlaku peristiwa yang ekstrem seperti thriller filem '2012' dimana tanah terbelah dan air meningkat naik menghancurkan kota New York tetapi apabila tiba tarikh yang dinantikan, tiada apa-apa yang berlaku.  Ramai orang tidak mengendahkan tarikh tersebut dengan meneruskan rutin harian masing-masing seperti pergi kerja untuk mencari nafkah, mak cik menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi jalan, abang memakai baju tertulis 'Amstell' menaiki motosikal baru pulang dari tempat kerja, pemandu bas Transnasional masih lagi memandu bas membawa penumpang menuju ke destinasi masing-masing dan berbagai-bagai ragam lagi.  Mereka meneruskan aktiviti harian tanpa menghiraukan tarikh tersebut.  Ternyata semua ramalan itu palsu belaka.  

Terbaca senaskah akhbar harian tempatan mengenai 'Doomday'.  Tergelak kecil aku melihat segerombolan manusia berkumpul di Stonehenge di UK menunggu ketibaan hari kiamat.  Apabila waktunya tiba, ternyata dunia tidak kiamat.  Satu dunia kena 'kencing' sampai basah satu badan.  Ada juga seorang manusia dari China telah membina kapal bagi persediaan ketibaan hari kiamat tetapi ia tidak berlaki.  Lihat, bukankah anda telah banyak membuang masa, tenaga dan wang anda.  Kita sebagai umat Islam wajib percaya pada hari kiamat kerana ia termasuk dalam rukun iman tetapi tarikh berlakunya kiamat kita tidak tahu melainkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan kita wajib beriman kepada-Nya. 

Apa pun semoga tahun 2012 ini kita belajar sesuatu darinya.  Tahun 2013 pula akan menyusul dan akan berlaku pelbagai lagi peristiwa yang tidak kita jangka.  Selamat Datang Tahun 2013.


Wednesday 7 November 2012

Selamat Tinggal SMS


Zaman makin berubah. SMS makin dilupakan. Tinggallah SMS. Selamat Datang Line, Whatapps, ChatOn, Tango dan Viber.

Tuesday 6 November 2012

Sejarah Terciptanya Rokok


Rokok. Ya rokok. Rokok tidak pernah lupakan tuannya. Tuannya tidak pernah lupakan rokok. Rokok sudah sebati bagi seorang bergelar lelaki. Tak lelakilah kalau tak merokok bukan. Kata orang, memang tak macho lah tak hisap rokok. Rokok ibarat makanan kedua selepas hidangan rutin harian iaitu nasi. Kalau tak hisap rokok selepas makan, memang tak lengkaplah. Sebolehnya kena juga hisap sebatang. Orang muda kata "Dapat sepam dua jadilah". 

Tahukah anda bagaimana rokok boleh ada di dunia ini? Kenapa tak ada rokok agar manusia dapat hidup dengan sihat? 

Sejarah terciptanya ROKOK.

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

Ada apa dalam sebatang rokok?

Ha, ada lagi yang masih hisap ye. Tak tahu ke ada apa dalam sebatang rokok itu... Cuba lihat..



Ok. Korang renung-renungkan lah  ye.. 






Saturday 27 October 2012

Jenis-jenis versi Android

Android mengalami pelbagai perubahan dalam versi Androidnya.  Seperti yang saya tahu, kebanyakan nama-nama versi Android ini bertemakan makanan. Serius memang kreatif gila.  Senang nak ingatlah versi-versi Android ini.  Selebihnya nak senang nak ingat adalah ingat Alphabet. ABCDEFGHIJ.  ;P

Di sini aku bagi 9 jenis versi Android. 

1. A hingga B - Android versi 1.1

Aight aight, planet bumi akan diserang!
2. C - Android versi 1.5 Cupcake.

Rupaku seperti kek:)
3. D - Android versi 1.6 Donut 

Aku adalah DONUT:)


4. E - Android versi 2.0 / 2.1 Eclair 

I'm ECLAIR

5. F - Android versi 2.2 Frozen Yogurt atau Froyo (bukan Poyo ye) 

Yogurt. Tutti Fruitti!

6. G - Android versi 2.3 Gingerbread (banyak terdapat dalam telefon pintar Samsung Galaxy Y)

halo halo! sayalah Ginger Spice Girls. Opss!


7. H - Android versi 3.0 Honeycomb atau Hunnymadu.. huhu.. Saya suka madu lebah. 


Hi, I'm Hunny Madu.

8. I - Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich

Aiskrim!


9. J - Android versi 4.1 Jelly Bean.  Mati-mati saya ingat Jelly Fish. Rupa-rupanya Jelly Bean.

Ada siapa-siapa nak makan kacang?

Setakat ini sahaja lah yang saya tahu tentang versi-versi Android.  Huruf K? mungkin Koktail? huhu.. Gurau je.  Nantikan versi yang bakal menjelma nanti. Terima kasih sudi membaca.  Sharing is caring. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...