Saturday 18 June 2011

Sukan Tahunan JPN di UUM - Hari Pertama

Hari Pertama
Jumaat, 17 Jun 2011
Akhirnya pukul 8.00 pagi , kita orang pun sampai ke UUM, Sintok.  Kita orang dibahagikan setiap dorm hanya 2 orang sahaja.  Aku dan Shahrir duduk sedorm di tingkat 1 Hostel Pelajar UUM.  Bilik pun oklah.  Macam pelajar pula.  HA HA.  Kehidupan sebagai pelajar sudah menjadi sejarah.  Sekarang aku dah kerja.  Nak tengok biliknya macam mana.  Ha, ni aku bagi kau orang tatap puas-puas. 

Bilik gelapsikit.  Macam bilik berhantu pula aku tengok

Ini tempat pelajar menelaah
Teringin pula nak jadi pelajar semula.  Dapat merasa duduk, tidur dan menelaah dalam bilik ini.  Sudah, lupakan yang itu.  Kau itu dah kerja, buat cara hidup orang berkerja.  Ok, FINE. I know who i am.  Sementara menunggu agenda seterusnya, aku tidur sebentar sebab aku pun penat.  Kepala pula pening.   Aku pun tidur dan pada pukul 12.30 aku bangun dan makan tengahari.  Nasi bungkus saja.  HMM.. Alhamdulillah.

Seterusnya pada pukul 4.00 ptg, kita orang akan menentang pasukan bola sepak JPN Johor dan JPN Pulau Pinang.  Lupa pula aku nak bagi tahu pada kau orang semua.  Aku menyertai sukan tahunan JPN ini atas tiket pasukan bola sepak JPN Selangor.  Jadi, kita orang bawa nama Selangor.  Jadi, orang Selangor harus memberi sokongan pada kita orang ini.  =__=.  

Perlawanan pertama kita orang menentang pasukan Johor.  Dia orang gerun juga tengok kita orang.  Ye la kan, dia orang ingat kita orang ini hebat sama macam pasukan Liga Super Selangor.  Konon hebatlah tak lah sehebat mana pun.  Biasa saja.   Perlawanan pun bermula.  Masa perlawanan adalah 7 minit.  Main pun 9 sebelah.  Tiada Offside.  Memang bestlah sebab penyerang kita orang  "curi ayam" sahaja di kawasan Johor.   Belum pun nak panas badan, kita orang dihadiahkan tendangan penalti setelah bola tersebut terkena tangan pemain Johor.  Pertahanan JPN Selangor, Zul  mengambil tendangan penalti dan dia mudah menyempurnakan tendangan itu.  Selepas itu, Selangor menambah lagi jaringan dengan jaringan 2-0.  Kemenangan berpihak kepada kita orang dan selangkah ke suku akhir. 

Perlawanan kedua menentang Pulau Pinang agak hambar dan persembahan yang menyedihkan apabila semua pemain macam kehilangan fokus. Separuh masa kedua barulah kami mendapat jaringan 1-0 hasil tandukan deras Zul setelah mendapat hantaran silang dari Shahrir.  Dengan jaringan itu, kami layak ke suku akhir menentang pasukan tuan rumah iaitu Kedah.  Perlawanan suku akhir bermula pada jam 8.30 malam.  Perlawanan antara Kedah dan Selangor agak seimbang.  Tetapi, pasukan Kedah lebih banyak bertahan daripada menyerang.  Siap penjaga gol Selangor iaitu Baie minum air 100 Plus lagi.  HA HA.  Memang kita orang sudah jangka yang pasukan Kedah hanya ingin mendapatkan keputusan seri tanpa jaringan dan mengharapkan penalti.  Memang sah kita orang seri 0-0 dengan Kedah dan Kedah ke separuh akhir dengan kemenangan penalti 5-4 setelah sepakan penjaga gol Selangor berjaya ditampan oleh penjaga gol Kedah.  Kita orang pulang dengan hampa.  Tapi aku tengok Kelantan belasah Terengganu 4-1 memang menakjubkan.  Nasiblah tak ada spesies macam Daudsu yang tak sengaja tertanduk ke gawang sendiri semasa pelawanan Piala FA itu.  Kalau tak, mesti Terenganu dah menang.  JPN HQ lagi hebat.  Membelasah pulun habisan menentang Johor dengan jaringan yang besar iaitu 7-0.  Fuh, hebat.  Sudah, lupakan yang lain.  Jadi, aku pun balik ke hostel dengan hati yang pilu.  Mana boleh terima kekalahan ini.  Aku pun sudah malas nak fikir apa-apa.  Jadi, aku pun mandi dan tidur.  Sebelum itu, aku telan ubat panadol 2 biji sebab kepala aku memang pening sangat.  Tidur.  Jumpa lagi di Hari Kedua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...