Wednesday 30 March 2011

Ingat Aku Mudah Tertipu Ke!


Name: 
Number: +628991814257
Content: 
Ni ayah,gune fon police,tlong bagi credit maxi$ 30 rnggit ke nombo bru ayah
0128103692 ayah lgi ade msalah kt blai police.ta payah call,kejap baru ayah call.
Time: 29/03/2011 08:31:32

Ini adalah mesej yang aku terima time aku nak disconnect aku punya Maxis Broadband. Tiba-tiba masuk mesej sampah ni. Untuk pengetahuan anda, Ingat aku mudah tertipu ke dengan mesej yang kuno ni?ingat aku ni tak baca newspaper ke pasal kes-kes ni?aku tak mudah tertipu lah. Tolonglah ye.  Bapak aku ada kat rumah tengah layan DVD Bleach ni.

Tuesday 29 March 2011

Siapakah Pencipta Facebook?

Facebook. Social Network yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia. Malahan, budak-budak sekolah pun sudah ada akaun Facebook. Dashyat budak-budak zaman sekarang ini. Biasalah,sekarang ini zaman IT. Tetapi kini, adakah anda tahu siapakah pencipta laman web popular ini? Siapakah gerangan beliau? Dia adalah.......

MARK ZUCKERBERG!












Inilah pencipta Facebook.  Dia merupakan CEO kepada Facebook ini, dimana ia dimulakan di kolej di bilik dorm pada tahun 2004 bersama dengan rakan-rakannya iaitu Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Dan sekarang, dia merupakan Bilionaire pada usianya yang mencecah baru sahaja 26 tahun. Apa! 26 tahun!. Kalau dikirakan, aku pun 26 tahun tapi aku tak jadi Bilionaire lagi.  Ingin jadi Jutawan pun masih tak lepas lagi. 

Hebat!

Kenapa Laman Sosial Facebook begitu popular dan mudah diterima?

  • Mudah difahami dan praktikal
  • Tiada layout seperti MS yang layout dan background merepek dan lembap bila hendak buka profile sendiri
  • Simple dan mudah diterima
  • Senang hendak kesan kawan-kawan lama yang terpisah sejak zaman sekolah. Bila dapat jumpa balik, gembira tak terkata.  Sampai dah kahwin dan sudah ada anak lagi.
  • Senang hendak jemput kalau ada apa-apa event. Contohnya, jemputan ke majlis perkahwinan, konvoi dan sebagainya
  • Senang nak cari jodoh... Kalau dibandingkan zaman dahulu, zaman dahulu amat susah. Hanya surat sebagai perantara perhubungan.Nak menunggu surat dibalas adalah satu penyeksaan. Kini, hanya di hujung jari anda sahaja, hanya beberapa saat anda dapat berhubung dengan pasangan anda.
Demikianlah betapa bergunanya laman sosial Facebook ini.  Semoga anda terhibur dengan pengkongsian dari ku.




Wednesday 16 March 2011

Hari ini hari Rabu!

Today aku pegi ke tempat keje spt biasa. Bangun pagi,drive kereta sambil dengar Radio Hot Fm.  Biasa la,pagi2 dengar Panggilan Hangit.  Best giler. Ada jer yang terkena. Lukenabeb!.huhu... Jangan aku terkena sudah.  Ha3.. Sampai Banting, i drop my mother di tempat keje dia.  My mom pon follow ak gk.  Anak emak.
Well,sampai tempat i dapat tau ada staff cuti mengejut. Emergency Leave.  Wah! ramai pulak yang cuti. Dahlah aku tak dapat cuti. Pandai ye korang.. Ada ajer plan nk cuti.huhu... 

Takper, i teruskan wat keje i yang tertangguh dan cari pasal dengan staff2 lian.  I keje penuh dengan integriti. Jaga imej beb..hehe... Jadi,tingkatkan prestasi,kurangkan cuti.... 

Monday 14 March 2011

Selamat Datang!

Hai... Selamat Datang. Tiada apa yang nak diperkatakan di sini hanya ingin berkongsi kegembiraan dengan membuka akaun blog baru. Erm...budak baru jer..Anyway, i pun baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Apa yang menarik sangat yer..=p.. Entah, Aku pun tak tahu(Ikut lagu Misteri Mimpi Syakila la plak). I sebenarnya jeles tahap gaban tengok orang lain ada blog.  Budak-budak sekolah pun dah ada blog. Gila ketinggalan aku.Tak Apa,Aku boleh kejar punye..=p.. Aku tengok budak-budak ada blog naik berbulu aku tengok. Tak apa. Mcm Citer hindustan,Hero di belakang dulu.. Lama akan ke hadapan gak..ha3..

So,Welcome To My Life!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...