Wednesday 8 June 2011

Oh! Demam

 
Saya Demam....!

Akhirnya, aku update jua blog aku hari ini setelah sekian lama menyepikan diri  membawa hati yang lara(Bhaha).  Walawey, ayat tak boleh jalan.   Aku update juga blog aku walaupun keadaan aku sekarang ini aku demam.  Demam? Kesian. '________'.  Cepat makan ubat itu.  Jangan nak mengada-gada macam budak kecik.  Karang ada makan penampar Mak Limah Kg Pisang  karang.  

PADAN MUKA PAK CIK!
Setelah sekian lama aku sihat walafiat hendaknya, akhirnya aku tewas jua untuk mempertahankan kesihatan aku ini.  Manusia biasa. Sudah kemestian akan datang penyakit yang hinggap di badan kita.  Secara seriusnya, sudah hampir setengah tahun aku tidak pernah jatuh sakit.  Aku pun tak tahu kenapa.  Kemungkinan antibodi aku ini terlalu kuat untuk menepis segala ancaman penyakit-penyakit merbahaya itu. AH Sudah! jangan terlalu riak dan takbur, aku diberi kesihatan yang baik kerana Tuhan menyayangi aku.  Aku bersyukur kepada-Mu.  Aku tahu ini adalah ujian dari-Mu.  Aku hanya bersabar.

Seperti biasa lah, sudah sakit (Demam) mesti nak cari ubat untuk mengurangkan kesakitan yang kita alami. 
Di sini panadol adalah penawarnya.  Kalau demam je cari panadol.  =p.  Mana kau panadol!

Sebenarnya kan, ubat itu hanyalah sebagai bantuan sementara sahaja kerana yang paling penting adalah kita  berTAWAKAL kepada-Nya memohon agar cepat sembuh.  Semoga aku cepat sembuh.. '__'.  Oh, masa untuk makan ubat.

 p/s: Sihat dan sakit kita adalah datang dari-Nya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...