Sunday 31 July 2011

Dengan ini saya mengumumkan...............

Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa esok PUASA.

Wah, sudah nak masuk bulan Ramadhan dan semua umat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.  Jadi, sesiapa umat islam yang sudah akil baligh diwajibkan berpuasa ok.  

Apa itu puasa? Aku mintak tolong pak cik Wiki jawabkan.  Jadi pak cik, tolong jawab boleh?

Wiki jawab:

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Terima kasih pak cik.  
Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kalau aku ada membuat apa-apa kesalahan, terkasar bahasa dan tersilap kata kepada semua eakyat Malaysia(Seluruh Malaysia tu).  Aku manusia biasa kadang-kadang ada juga membuat kesilapan.  Peace Y'all.

Cleaning Kit DSLR Digital Camera

Assalamualaikum para readers,

Hari ini aku nak bercerita serba sedikit tentang pentingnya penjagaan kamera digital kita.  Seperti yang kita ketahui, kamera digital tak kisahlah jenama apa sekalipun amatlah sensitif dan perlu tanamkan amalan berhati-hati apabila menggunakannya.  Kalau careless memang korang akan menyesal sangat-sangat.   Harganya pun mencecah ribuan ringgit.  Bukan ratusan ringgit encik.  Ini tentang DSLR.  Kalau kamera kecil dan kompak tak perlulah aku nak ceritakan.  

Apa gunanya korang mempunyai kamera digital harga mencecah ribuan ringgit kalau anda tak pandai menjaganya.  Kamera digital bukan hanya untuk menangkap gambar dan merakam video, tetapi kita juga perlu sedar tentang penjagaan kamera digital kita.  Di sini aku nak cerita sedikit alat penjagaan untuk memastikan kamera anda dalam keadaan terjaga dengan baik.

DIGITAL CAMERA CLEANING KIT

Alat yang aku maksudkan adalah Digital Camera Cleaning Kit.  


















Setelah dileraikan.













Kegunaan alat-alat di atas.
Cleaning Spray Solution- Menyingkirkan gris
Cleaning Cloth- Menyingkirkan cap jari
Lens Tissue Paper- Menyingkirkan gris
Hair Brush- Menyingkirkan segala habuk-habuk halus
Blower- Menyingkirkan habuk besar

Sesiapa yang terasa nak membeli cleaning kit di atas bolehlah pergi ke Alamanda.  Aku beli benda ini kat Fotokem dan harganya pun boleh dikatakan mampu beli iaitu RM56.00.  Tak kisahlah mahal ke apa.  Janji kamera kita terjaga dengan rapi.  Beli kamera mahal-mahal, takkan cleaning kit tak boleh beli kot. =_____=.  

Saturday 30 July 2011

Recycle Plat?


Kereta Toyota tapi pakai plat recycle. Pakai kertas kotak pulak tu. It's goods option but it's so funny. Kalau kereta kancil tak apa jugak tetapi kalau ini kereta jenama toyota, memang nampak sangat tuan punya kereta ini pokai tak ada duit sangat nak buat baru. Aku tangkap gambar ini semasa aku pergi beli barang kat pekan petang tadi. Harap tuan punya kereta ini dapat mengambil serius tentang hal ini. happy

Friday 29 July 2011

Tahniah Harimau Malaya

Teruskan Mengamuk!
Berakhirlah sudah Ramadhan.. Ops! salah ek.  Belum Ramadhan lagi lah.  Silap-silap.  Sebenarnya aku nak cakap macam ni.  Berakhirlah sudah perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia yang menemukan antara pasukan Malaysia dengan pasukan Singapura.  Seperti yang kita ketahui, Singapura telah pun menang dengan 4-6 walaupun seri 1-1 dengan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.  

Aku faham semua rakyat Malaysia walau di mana pun anda berada, di ceruk pendalaman, di dalam tandas, di bawah katil dan ada yang tengah mengorek hidung itu pasti merasa teramat-amat kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya ini.  Ada yang frust menongeng macam baru putus cinta kau.  Ada yang kecewa sangat-sangat sampai nak mengantungkan diri gara-gara tidak dapat menerima kenyataan bahawa duit yang disimpan di dalam tabung ayam bertahun-tahun hangus begitu saja oleh kerana hanya membeli tiket di bahagian Grand Stand.  Ok, itu tipu je.  Itu hanya nak menyedapkan cerita.  

Tapi ada yang aku tak suka juga dengan orang kita ini.  Kalau menang dipuji melangit sampai kau boleh terbang tetapi bila pasukan Malaysia kalah mulalah mulut itu secara automatik mengutuk, menghina dan mencaci berbagai oleh kerana hanya kalah saja.  Di mana kesetiaan anda pada pasukan Malaysia? Macam biskut lah korang ni.  Kejap sokong, kejap tak sokong, kejap mengutuk  Standard lah.  Adat pertandingan.  Ada kalah dan ada menang dan ada seri.  Mungkin bukan rezeki kita lagi.  Mungkin ada peluang yang lebih baik bakal akan tiba.  Tunggu dan lihat.  Aku faham korang sayang dengan pasukan negara kita.  Tapi masa pasukan kita kalah, dah mula tak sayang.  Sabarlah.  Macam lah diorang tu sempurna sangat.  Cuba korang main, pastu kalah dan penyokong mengutuk bagai pada korang, mesti korang sakit hati dan kecewa kan.

Apa yang aku harapkan adalah teruskan menyokong pasukan negara kita ini.  Teruskan kesetiaan anda.  Tanpa kita, mereka tidak akan pergi sejauh ini.  Tahniah pasukan Malaysia.  Aku percaya, mereka sudah berjuang habis-habisan mencapai kemenangan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan negara kita.  Cuba lagi pada masa akan datang.  Ole-Ole, Berjuanglah. 

Monday 25 July 2011

Gadis Free Hair Vs Gadis Bertudung. Siapa yang menang?

Ini perdebatan antara gadis free hair dengan gadis bertudung.  Siapa yang menang agak-agak?
Klik gambar untuk gambar sebesar alam
Pemenangnya adalah jeng jeng Gadis Bertudung.  Beri tepukan! Pap pap!.

Sebab-sebab Gadis bertudung menang perdebatan secara sihat ini:-
  • Sebab jawapan yang dibalas penuh dengan pengajaran dan dapat menyedarkan sesiapa yang terasa bau durian di mulutnya, dia yang mencuri durian itu. 
  • Like yang paling banyak berbanding Gadis Free Hair itu.  
  • Paling penting, ia menutup aurat dan menjaga maruah wanita itu sendiri.
  • Gadis Free Hair hilang kata-kata.  Otak dah buntu macam mana nak kalahkan Gadis Bertudung.  Anda tetap kalah.
Credit:  Belog Terabur

Nongkrong bukan Ngankung!


Sebelum ni aku duk kecoh pasal filem lakonan Shaheizy Sam dan Angah RL.  Masa itu dorang dalam pembikinan filem dan aku pun tak berani nak cakap filem apa yang dorang lakonkan.  Jadi hari ini aku dah berani sikit  nak kepoh nak umumkan filem yang bakal akan ditayangkan di pawagam tak lama lagi.  Filem itu adalah Nongkrong.  Ya, Nongkrong.  Macam bahasa Thai pekat je kan nama filem ini.  Apa itu Nongkrong?  Aku mana tahu.  Pergi lah tanya kat orang Thai yang berkerja jual karpet tu.  Sawadekap.

Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.6 juta ini yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim ini akan dibarisi pelakon terpanas di pasaran iaitu Shaheizy Sam walaupun aku tahu pelakon yang tengah nak terpanas sekarang ini adalah Aaron Aziz.  Filem ini pun pernah membuat shooting di kawasan kampung aku.  Ada lah aku tangkap sikit gambar-gambar tengah shooting tu.

Abg pengarah (baju oren) tengah bagi arahan

Sebelum action
Itulah serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan bersama dengan korang semua.  Gambar di atas adalah seratus peratus asli ditangkap oleh owner blog.  

SINOPSIS 

Pada suatu hari, alamak ai, macam karangan budak sekolah rendah pula. Ok, serius sikit.  Cerita ini mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Aman ( Angah RL), Bada ( Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy RL) yang ingin mencari kekayaan melalui jalan mudah meminta nombor ekor.  (Main nombor ekor itu haram.  Judi itu haram)

Semua itu dilakukan mereka kerana terdesak dengan tuntutan hidup, yang mana Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy), manakala Bada dan Aman pula mahu mengubah nasib keluarga mereka. ( Amaran: Cari rezeki halal la weh)

Segalanya bermula apabila seorang bomoh handal (Gambar shooting di atas) menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka.  

Puteri bersetuju dengan syarat Bada perlu berkahwin dengannya dan melihat kejelitaan puteri itu, tanpa berfikir panjang Bada terus bersetuju.  Namun, (tengah cuak ni menunggu apa aku akan cakap selepas ini), namun, apabila selesai saja upacara perkahwinan, puteri berkenaan bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka lari bertempiaran.  Malang lagi, bomoh yang menolong mereka memanggil puteri berkenaan telah dibunuh oleh puteri itu.  

Hidup mereka bertiga berubah apabila apabila puteri itu terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.  

Pelbagai peristiwa yang ngeri dan lucu berlaku sehinggalah mereka mendapat bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. 

Ingin mengetahui cerita ini lebih lanjut, nantikan tayangannya di pawagam berdekatan. 

Thursday 21 July 2011

Bakal Batu Nisan Owner Apple?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Korang tahu kan siapa owner kepada jenama gajet popular iaitu Apple.  Pelbagai gajet dikeluarkan oleh syarikat Apple.  Antaraya adalah iPhone 4, iPhone 3Gs, iPad, iPod dan etc.  Dia adalah Steve Jobs.  Di sini aku nak joking melompat-lompat ketawa terbahak-bahak sikit.  Sebab apa tau.  Sebab sedang aku bersiar-siar ke website sana-sini.  Aku ternampak very most joking picture.  Maybe this is for fun and only sharing.  



Inikah bakal kubur Steve Jobs? Agaknya boleh terima atau tidak batu nisan berupa bentuk sebegini? Nampaknya tidak mustahil kalau ia betul-betul berlaku.  Orang-orang dari barat kadang-kadang pelik juga dengan habitnya. 

Tuesday 19 July 2011

Doodle Minah Kejam


Minah Kejam.  Itulah nama yang aku beri untuk doodle ini.  Mata, hidung dan mulut termasuklah bulu hidung dan bulu kening memang sengaja aku bagi tak ada  kan.  Siap tangan pegang pisau kau.  Jangan main-main dengan Minah Kejam ini.  Korang jangan fikir bukan-bukan tentang darah yang terpalit di pisau itu.  Itu bukan darah manusia selepas dia selesai membunuh orang.  Darah itu adalah darah ikan tenggiri.  Dia nak buat masak Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas.  Cis, mengiurkan je. 

Doodle Pertama Ku

Ini adalah Doodle pertama aku.  Macam budak tadika je cara mewarnanya.  Serius, memang susah gila nak mewarna tapi aku cuba juga.  Akhirnya, inilah hasilnya.  Budak baru nak up.

CACAT!
I'm try my best ok.  Inilah gambar doddlenya.  Memang kelakar lah. HA HA.  Kalau nak mengkritik, silakan.  Aku akan perbaiki lagi cara mewarnanya. 

Sunday 17 July 2011

Revolusi Tukar menukar Banner

Assalamualaikum kepada semua para bloggers.  

Keboringan melanda dalam jiwa raga aku setelah seharian mengadap muka laptop dan juga melihat kucing peliharaan aku menggesel-gesel manja di kaki aku.  Nak makan Whiskas lah tu.

Ah, BOSAN.  Dalam kebosanan ini aku pun tukar la header banner aku ini. Setelah 5 bulan blog aku ini hidup penuh aman di dunia ini, agaknya dah banyak kali aku tukar banner kot.  Jadi aku nak kongsi lah tentang revolusi penukaran banner aku ini.  Ok, let check it out!

Banner Pertama

Sebenarnya aku ini pencinta kucing.  Aku memang suka kucing gua cakap sama lu.  Sorry ye, aku bukan kucing man.  Aku hanya suka kepada binatang yang bernama kucing.  Jadi aku buatlah banner ini.

Banner Kedua

OK.  Ini pulak banner kedua aku.  Disebabkan nama blog aku ini pelangidlangit, jadi aku pun letaklah gambar pelangi sekali.  Tiba-tiba ada pula patung panda tengah terbang kegembiraan di awan nano berhampiran dengan pelangi.  Nampak sangat menipunya.  Panda mana boleh terbang.  SENGAL.  Banner pertama memang tak ada kena mengena antara kucing dengan pelangi.  Banner pertama hanyalah ingin berkongsi tentang apa owner blog ini suka.  Love Cat!

Banner Ketiga

Ini banner terbaru yang baru aku buat tadi.  Macam ada kecacatan berlaku sikit.  Biasalah, budak baru nak up sikit. Gambar itu memang owner blog punya.  Main sorok-sorok muka.  Segan kot tunjuk muka.  Budak baru nak up. HA HA.=____=.

Itulah saja banner yang aku pernah tukar sejak dari blog ini lahir lagi.  Mungkin ini banner terakhir sebab maybe kejap lagi blog ini terkubur.  Sebabnya? Hm entahlah. 

Menguburkan blog aku?

Patutkah aku menguburkan blog aku ini setelah 5 bulan aku mengupdatekan blog aku?

Ada aku kisah.

Keputusan Malaysia vs Liverpool

OMG! 3-6!
Semalam berlangsung perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Liverpool dan keputusannya sudah pun kita ketahui iaitu kita dibelasah 3-6.  Aku tengok melalui Astro (?) di gerai burger kawan aku.  Mula-mula dah seri tetapi hasil keampuhan benteng pertahanan kita menyebabkan Liverpool mendahului 4-1.  Tapi Malaysia tetap tidak menyerah kalah hasilnya kita berjaya mengejar 4-3.  Tetapi kita tetap menerima kenyataan yang Liverpool ini bukan lawan kita.  Mereka menang dengan 3-6.  

Apa pun, aku tetap memberi sokongan pada pasukan negara kita kerana tidak mudah menyerah kalah dan tetap memberi tentangan.  Harapan aku mereka akan belajar sesuatu daripada perlawanan ini. 

Friday 15 July 2011

Atas permintaan kawan aku

Ini adalah permintaan dari kawan aku yang tak berapa nak hensem dan kacak.  Aku pun tunaikan je permintaan dia itu dengan memasukkan gambar dalam post blog aku.

Check this out!

Thanks to Azami because to allow me to upload your photo =____=.

Senarai Pemain Liverpool Lawan Malaysia

Setelah skuad negara dibedil 0-4 kepada Arsenal pada hari rabu hari itu, nampaknya skuad negara bakal berhadapan satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool.  Adakah skuad negara akan dibedil lagi?

Nantikan perlawanan Asia Tour antara Malaysia dan Liverpool pada 16 Julai 2011 pada pukul 5.45 petang waktu Malaysia bertempat di Stadium Bukit Jalil. 

Jadi di sini aku nak umumkan pemain Liverpool yang akan beraksi menentang skuad negara kita.

  1. Raul Meireles
  2. Daniel Agger
  3. Andy Carrol
  4. Joe Cole
  5. Maxi Rodriguez
  6. Daniel Pacheco
  7. Sotiros Kyrgiakos
  8. Dirk Kuyt
  9. Jay Spearing
  10. Danny Wilson
  11. Jamie Carragher
  12. David Ngog
  13. Christian Poulsen
  14. Jonjo Shelvey
  15. Martin Kelly
  16. Conor Coady
  17. John Flanagan
  18. Daniel Ayala
  19. Martin Hansen
  20. Peter Gulacsi
  21. Andre Wisdom
  22. Jack Robinson
  23. Brad Jones
  24. Charlie Adam
  25. Alberto Aquilani
  26. Emiliano Insua
Nampaknya Luiz Suarez tidak dapat join sebab dia jadi penanggah nak tolong kenduri perkahwinan adik dia.  TIPU.  Aku pun tahu sebab apa.  Dia nak fokus untuk negara dia untuk menghadapi Kejohanan Copa Amerika tu. 

Psst: Harap skuad negara tak kena belasah.

Thursday 14 July 2011

Update Blog: Cara Tambah FAVICON

Assalamualaikum

Sudah lama aku tidak update blog aku.  Sibuk memanjang je.  Memang aku busy gila dengan kerja.  Mana ada masa aku nak update blog aku.  Baik, hari ini aku curi masa sikit nak update blog.  Apa yang aku nak update? 

Hari ini aku nak tambah FAVICON.  Ikon di atas itu.  Macam kelakar je kan. 

Ikon apa kat atas itu? Ikon itu ada kat bawah ni.  Disebabkan blog aku pelangi, jadi aku letaklah ikon pelangi.  Macam cacat je kan. HA HA


Tak apalah. Ini adalah percubaan pertama.  Saja-saja je main cuba-cuba.  Menjadi pulak ye. =____=. 

Credit Toturial: FAVICON

Tuesday 12 July 2011

Monday 11 July 2011

Senarai Pemain Arsenal Datang Ke Malaysia

Inilah senarai nama-nama pemain Arsenal yang bakal menentang barisan pemain negara kita pada 13 Julai 2011 bertempat di Stadium Bukit Jalil, Rabu ini.




  1. Wojciech Szczesny
  2. Vito Mannone
  3. Sebastian Squillaci
  4. Johan Djourou
  5. Kieren Gibbs
  6. Carl Jenkinson
  7. Laurent Koscielny
  8. Andrey Arshavin
  9. Ryo Miyaichi
  10. Armand Traore
  11. Thomas Vermaelen
  12. Bacary Sagna
  13. Theo Walcott
  14. Alex Song
  15. Jack Wilshere
  16. Tomas Rosicky
  17. Denilson
  18. Aaron Ramsey
  19. Emmanuel Frimpong
  20. Samir Nasri
  21. Carlos Vela
  22. Robin van Persie
  23. Rizuan Rizky=)
Nampaknya Cesc Fabregas tidak dapatlah datang ke Malaysia.  Dengar-dengar nak pindah ke Barcelona.  Kalau ya pun, baguslah. Jadi, penggantinya pun sudah ada.  Lihat lah No.23.  HUHU. Perasan.

Pemain-pemain Liverpool bila nak bagi senarai namanya?

Bila Lagu Negara Ku Dihina

Entah jembalang malang mana entah yang telah merasuk seorang pelajar UMT (Universiti Malaysia Terengganu) ini dengan selamba neneknya dia mengubah lagu kebanggaan dan kebangsaan negara kita iaitu lagu Negara Ku.  Apa kejadahnya dia ini.  Masa kecik-kecik tak bersunat lagi selalu berdiri masa perhimpunan menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat.  Tapi bila dah besar pandai, dah pandai pula jadi penggubah lagu dengan menggubah lagu Negara Ku di laman Facebooknya.  Dengan beraninya dia menggubah lirik dengan lirik yang agak menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia dan menghina Raja dan juga Perdana Menteri kita.

Credit Picture

Pihak UMT telah pun membuat laporan polis di atas kejadian tersebut dan pihak polis sedang membuat siasatan terperinci mengenai isu tersebut.  Mungkinkah pelajar UMT atau kemungkinan ada pihak luar yang sengaja menggunakan nama UMT sebagai pentas untuk dia menaikkan kemarahan rakyat Malaysia?.  Kita tunggu saja laporan selanjutnya. 

Sunday 10 July 2011

KL tak Bersih

 Memang menyusahkan orang ramai dan jua pada ramai pihak yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung.  Aku malas nak ambik port sangat dengan demonstari jalanan anjuran Bersih 2.0 semalam.  Tetapi kalau dah menyusahkan orang ramai kadang-kadang aku berapi juga.  Apalah pandangan pelancong pada negara kita ini ye.  Aku lihat ada juga kanak-kanak yang terlibat.  Tolonglah.  Jangan mempergunakan kanak-kanak ok.  Banyak juga kedai-kedai terpaksa ditutup dan ada juga segelintir peniaga mengalami kerugian yang besar.

Ia merugikan pihak kerajaan sebenarnya untuk membayar kos-kos mengerah pihak berkuasa untuk mengawal keadaan.  Kadang-kadang perangai manusia ini sukar untuk diduga.  Perhimpunan dikatakan aman tetapi kadang-kadang tak jadi aman.  Dah elok-elok aman tiba-tiba ada pula perhimpunan jalanan ini.  Memang menyusahkan orang ramai.  Korang ada otak, korang fikirkanlah sendiri.  Aku berkecuali di sini.

Shooting Lakonan Sam & Angah

Entri sebelum ini aku pernah bercerita tentang Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak.  Jadi pada hari ini aku nak berkongsi kisah selanjutnya tentang diorang berdua ini.  Kru filem ini ada buat shooting kat kampung aku.  Jadi tergerak lah aku nak tengok shooting itu.  Itu pun kawan aku ajak.  Aku pun ikut saja lah.  Dengan berbekalkan kamera Canon aku, aku tangkap lah gambar sikit-sikit.  Sikit-sikit saja ok.  Tak boleh tangkap gambar banyak sangat.  Nanti Encik Pengarah marah.  

Mula-mula aku tangkap masa shooting tengah berjalan.  Yang jadi Tok Bomoh adalah Rama.  Kelakar saja aku tengok.  Itu Tok Bomoh ke Bigfoot.  HA HA.  Just kidding ok.

Klik gambar untuk tengok Sebesar Alam

Selepas tamat shooting, aku ajak kawan aku tangkap gambar bersama dengan Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak.   Aku hanya tukang jadi jurufoto tangkap gambar diorang berdua ini.

Bersama Angah
Bersama dengan Shaheizy Sam
Itulah sajalah yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.  Nantikan filem lakonan dorang berdua di pawagam berdekatan.  As salam.







Friday 8 July 2011

Apa kebinatangan ini?

Kata orang kalau kupu-kupu atau rama-rama masuk ke dalam rumah, ada orang akan datang ke rumah kita.  Tetapi yang ini lain, binatang ini jenis kupu-kupu atau rama-rama juga tetapi ia sangat besar.  Aku tengok pun menyeramkan dan dengan serta-merta bulu roma aku naik.  Aku tak tahu kenapa.  Mungkin aku tengok ia besar sangat.  Kejadian kupu-kupu besar bagak ini berlaku baru-baru saja tadi.  Aku tengah tengok TV tiba-tiba masuk pula binatang besar ini.  Terbantut niat aku nak melayan cerita Tahajjud Cinta.  Aku tengok ada kepelikkan dengan binatang ini.  Jadi aku pun tangkaplah seberapa banyak gambar yang boleh.
Ini Kupu-kupu yang dimaksudkan
Aku tengok binatang ini memang cantik dan unik.  Aku tak tahu apa ke namanya kupu-kupu ini.  Apatah lagi nama saintifiknya pun lagilah aku tak tahu.   Apa pun, binatang ini memang pelik bagi aku. 

Negara Sekumpulan dengan Skuad Olimpik?

Seperti yang kita tahu, skuad bola sepak Malaysia telah layak ke peringkat kumpulan untuk pusingan kelayakan Zon Asia dimana skuad negara kita berjaya menempuh halangan berliku apabila berjaya mengalahkan paku Pakistan dan Lebanon.  

Hari ini kita sudah dapat keputusan Malaysia akan bersama dengan negara mana.  Kita sekumpulan dengan Kuasa Asia iaitu Jepun dan 2 pasukan dari negara Asia Barat iaitu Bahrain dan Syria.  
Kita tetap juga menghadapi pasukan dari ketiga-tiga negara ini.  Jepun merupakan pasukan pilihan untuk menjadi juara kumpulan.  Tetapi jangan lupa kepada 2 pasukan dari Asia Barat iaitu Bahrain dan Syria.  Mungkin Bahrain akan bersaing dengan kita untuk merebut tempat naib juara kumpulan.  Nanti-nantikanlah perlawanan yang akan berlangsung nanti.  Mari kita beri sokongan padu pada skuad negara kita.  Chaiyok!

Thursday 7 July 2011

Kejiwangan Drama Korea "Green Rose"

Semua orang ada perasaan jiwang dan berbunga-bunga di hati walaupun kadang-kadang hati keras bak batu dek kerana keegoan seseorang insan yang bernama lelaki.  Konon-konon kau ini memang tak macho habis lah kalau kau layan jiwang-jiwang ini.  Mat rockers pun layan jiwang lah.  Tak percaya cuba kau dengar lagu-lagu rockers zaman dulu-dulu.  Jiwang melayang-layang beb.  Walaupun hati keras tetapi bila kau putus cinta, memang akan datang perasaan jiwang itu.  Kata hati keras.  Hipokrit.  Layan juga jiwang. HA HA.  

Aku pun layan jiwang juga.  Aku ini kipas-susah-mati kepada drama-drama korea.  Tapi, tak semua lah.  Adalah 2 3 drama aku minat.  Salah satunya adalah drama korea "Green Rose".  Siapa-siapa yang die-hard-fan drama-drama korea memang tahu jalan cerita "Green Rose" itu macam mana.    Aku bukan nak cerita panjang pasal cerita itu.  Aku hanya nak kongsi saja gambar-gambar drama itu.  Aku dengar lagu soundtrack tajuknya "Just".  Penyanyi aku tak dapat nak kesan.  Aku layan saja lagunya walaupun aku tak tahu sepatah haram pun lagu dalam bahasa korea itu. 

Ayat pertama.  Part ini semasa Soo-Ah ingin mendapat  kepastian daripada Jang Joong-won a.k.a Jung-hyun, adakah dia ada menyebut ayat tersebut.  Si Jung-hyun ini menyamar jadi orang lain dan menukar nama kepada Jang Joong-won untuk mengelakkan diri daripada dikenali. 


Ayat kedua.  Part ini semasa Jung-hyun a.k.a Jang Joong-won tak dapat menahan kerinduan pada Soo-ah dan dia curi masuk ke bilik Soo-ah untuk berjumpa dengannya masa Soo-ah tengah lena tidur.  Selamba saja pecah masuk ye.   Kalau di Malaysia, mahu kena pukul dengan penyapu ini.

Itulah ayat-ayat jiwang daripada drama faveret aku.  Memang aku layan lah drama ini.  Aku tak kisahlah janji memang aku layan drama ini.  Tapi endingnya aku tak tahu macam mana sebab aku terlalu sibuk dengan belajar.  Kadang-kadang ketinggalan juga tengok cerita ini.  Tak apa, aku akan cari DVDnya.  =____=.  Owner blog ini memang peminat drama korea.  Say hello!

Psst: Nur Kasih pun ada juga ayat-ayat jiwang.  Sebab itu dramanya ramai yang tengok.  Buat hati aku tertawan kau. HA HA.

Wednesday 6 July 2011

Perlawanan Bola Sepak yang agak membosankan




Ku sangkakan perlawanan yang sengit, tetapi aku tengok tak ubah seperti permainan bola sepak kampung.  Selepas tamat perlawanan tadi, Kelantan dinobatkan sebagai Juara Liga Super buat pertama kalinya setelah berjaya mengalahkan pasukan negeri Sabah dengan keputusan 1-2.  Manakala di Stadium Perak pula perlawanan antara Perak dan Selangor berkesudahan seri tanpa jaringan setelah kedua-dua pasukan tersebut buntu mencari gol.  Selangor jatuh ke tangga ke-3 bawah Terengganu yang turut menang besar ke atas Felda United.  Perlawanan antara Perak dan Selangor memang BOSAN.  Memang membosankan.  Aku tukar saluran TV dari TV1 ke 8 TV.  Layan Showdown lagi syok.

Tuesday 5 July 2011

5 Kepelikkan Fesyen Lady Gagak

Siapa tak kenal Lady Gaga jangan angkat tangan? Sure lah kau orang kenal kan.  Asal penyanyi barat je kau memang selalu dapat No.1 lah dalam kategori kenal mengenal ini kan. Sepeti yang kita tahu, lagu yang dihasilkan oleh dia memang tak dinafikan memang sedap didengarlah walaupun lirik-liriknya ada berunsurkan pemujaan syaitan.  Begitu jua kegilaannya dalam bidang  fesyen yang memang pelik bin menyakitkan mata apabila dipandang oleh Mak Cik Peah penjual nasi lemak tepi jalan itu.  Dalam banyak-banyak artis popular di Hollywood itu, dia memang top perabis dalam hobi berfesyen-fesyen ini. Sampai tak cukup kain pun ada.  Jangan buang masa lagi, mari kita saksikan 5 kepelikkan fesyen Lady Gagak ini.  

Fesyen Pelik #1
Masked Rider?
Kemungkinan dia ini peminat kepada Gaban Si Baja Hitam atau pun Masked Rider.  Al maklumlah, masa kecik-kecik dulu mak ayah dia tak dapat belikan dia baju gaban.  Jadi, terpaksalah pendamkan dalam hati saja.  Masa dah meletop di seluruh dunia ini, tertunai juga niat kau ye.  =____=

Fesyen Pelik #2
Cawan Manusia?


Ini aku tak tahu kenapa dengan kepala otak dia ini.  Dah mereng peringkat ke-18 ke apa.  Macam rupa cawan pun ada aku tengok kau ini.  Inilah fesyen cawan namanya.  

Fesyen Pelik #3
Burung Merak?
Memang kain labuh gila dan panjang berjela-jela.  Kasut pula tinggi macam Gunung Everest.  Kalau terpijak kain itu, aku jamin dia akan jatuh dan pada masa itulah , aku akan memainkan peranan yang penting sebagai tukang gelak dengan gelak besar punya.  HA HA

Fesyen Pelik #4
Baju Daging
Ini fesyen daging membaluti tubuh badan.  Daging membaluti daging.  Ini memang aku tergelak besar punya.  Daging pun nak dijadikan fesyen.  Selepas dia pakai baju daging ini, aku tak tahu pula dia nak buat apa. dengan baju daging ini.  Kemungkinan dia bagi baju daging ini kepada fakir miskin di USA sana.  Daging mahal kat sana Cik Kiah Oi.

Fesyen Pelik #5
Baju Buih
Ini fesyen baju buih.  Mungkin kenangan masa silam kembali menjengah dan terkenang kembali kenangan semasa dia meniup sabun buih di tepi Pantai Morib  dan akhirnya dia mendapat ilham untuk mencipta satu fesyen baju buih.  Hang memang gila berfesyen lah Lady Gagak. 

Itulah 5 jenis kepelikkan fesyen si budak Lady Gagak ini.  Memang kau ini gila berfesyen lah.  Jadi, fesyen apa pula selepas ini? Fesyen baju berlumpur? Nantikan kemunculannya. 

"Neymar, Kau Stay je Kat Santos!"

Si Budak Neymar
Kecoh satu dunia bola sepak apabila kelab-kelab Eropah seperti Chelsea, Real Madrid dan kelab-kelab lain yang tak sedar diri nak bawa si permata Brazil ini ke Eropah.  Ini gara-gara persembahan menakjubkan yang dilakukan oleh budak ini masa perlawanan persahabatan antara Scotland dan Brazil.  Boss Chelsea, Si Roman pula dengan muka tebal penuh malu sanggup jumpa si budak Neymar ini pujuk main bola untuk kelab Chelsea.  Gila meroyan si Roman ini.  Hebat penangan si Neymar ini.  Sampai Jutawan Minyak, Encik Roman Abramovich sanggup meluahkan perasaan seperti orang yang menagih cinta sejati merayu agar dia ini bermain bersama dengan kelab Chelsea.  Kau memang gila talak Roman.  Apasal kau tak beli saja pemain Malaysia, si Safiq Rahim itu.? =__=

Aku pun peminat si budak Neymar ini juga.  Aku pun dah tengok gaya persembahan dan skill yang ditunjukkan budak ini dan ia memang sungguh menakjubkan.  Mana kau belajar ini HA? Kau ajar aku sikit.  Manalah tahu aku boleh mewakili pasukan kampung aku (BHAHA). 

Pada pendapat aku, adalah lebih baik si budak Neymar ini hanya kekal di Santos saja kerana yang pertama, kalau kau pergi ke Eropah, memang punahlah karier kau nanti.  Tengoklah si Robinho.  Kejap-kejap pergi ke kelab Real Madrid lepas itu selamba pula kau pergi ke Manchester City.  Sampai aku pun tak tahu kat mana kau sekarang.  Apa dah jadi dengan kau ini ha Robinho?  Tapi tak semua lah.  Si Ronaldo kepala botak itu berjaya juga di Real Madrid.  Zaman dia pun dah berakhir setelah dia mengumumkan persaraan dari arena bola sepak.  Bagaimana dengan Kaka tua?  Aku dengar dia asyik mengalami kecederaan saja.  Kejap main, kejap tak main.  Macam biskut.  Yang kedua, adalah lebih baik kau kekal di Santos kerana kau akan terbiasa dengan permainan rentak samba Brazil.  Rentak samba akan menjadi kalau ada keserasian di antara pemain-pemain yang lain dan pastikan kena kerap bersama.  Bila sudah sebati bersama, maka senanglah nak praktikkan rentak samba itu.  Kalau kau pergi ke Eropah, cara permainan Eropah itu lain.  Dia orang tak akan ikut rentak samba negara kau itu.  Kau dengar tu Neymar.  Baik kau duduk diam-diam kat Brazil itu.  Jangan termakan pujukan rayu si Roman itu.  Kalau dia tak faham bahasa juga, tampar sedas dua ok.  Jangan bagi muka sangat.  Huhu

Psst: Jadi seperti pasukan Harimau Malaya, ada keserasian dan kesefahaman antara satu sama lain. Go Go Malaysia!

Monday 4 July 2011

Update Blog: Cara Tambah Reply To Comment Di Kotak Komen

Untuk komen pada orang yang ditujukan amat susah kalau tak ada "Reply To Comment" ini.  Kita kena taip nama orang yang meninggalkan komen pada kotak komen anda.  Itu kalau ingat namanya.  Kalau tak ingat, bukankah itu agak menyusahkan anda.  Bagaimana kalau anda salah taip namanya.  Kemungkinan orang yang meninggalkan komen pada kotak komen anda akan cabut dengan segera.  EH, kenapa ayat di atas ini terlalu skemas sangat.  OK itu ayat dalam kamus Ok.  Lupakan saja.

Baiklah.  Bagaimana nak menambah ayat "Reply To Comment" atau "Balas Balik" seperti dibulatkan di bawah ini?
Ia mudah saja kalau anda ikut secara serius dengan tutorial ini.  Kalau tak serius, gelak-gelak dan sambil lewa, memang tak akan jadi.  Aku dapat tutorial ini pun dari blog orang lain.  Memang berguna tutorial ini pada aku insan yang baru nak menceburi bidang berblogging ini.  Blog yang dimaksudkan adalah blog WHITEY MOMMY.  Terima kasih kerana buat tutorial ini.  Banyak membantu.

Sunday 3 July 2011

Kalah Dalam Kemenangan

Ngauuummmmm. HAHA. Macam cacat jer
Aku tidak dapat menerima kenyataan dan tidak percaya yang pasukan Malaysia dapat menewaskan pasukan Taiwan dengan agregat 4-4 tapi layak dengan gol di tempat lawan dan akan bertemu dengan pasukan Singapura yang awal-awal lagi sudah mendapat bye.  Singapura! nantikan amukan pasukan Malaysia yang masih lagi dahagakan kemenangan.  

Walaupun pasukan Malaysia kalah tapi tetap layak bertemu dengan Singapura.  Aku dapat merasakan 1 Malaysia agak tertekan dan hampir menghantuk kepala ke dinding dengan keadaan pasukan Taiwan yang bertubi-tubi menyerang ke kubu Malaysia.  Tetapi, pasukan negara tetap kental mempertahankan kubu sendiri dari dibolosi.  Taiwan hanya menang dengan nasib apabila berjaya menyumbat 2 gol hasil tendangan penalti.  Itu pun 1 tendangan penalti dapat diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia iaitu Sharbanee.  Aku rasa Malaysia berjaya menguasai perlawanan walaupun agak tumpul untuk menjaringkan gol. 

Apapun, tahniah ke atas kemenangan pasukan Malaysia ini.  Semoga kita akan pergi jauh,  Harimau Malaya mengamuk! Er, kau pernah ke tengok harimau mengamuk? >_<

Bila Anda Sudah Tiada: Siapakah Update FB Kita?(Untuk Kaki Upload Gambar yang Tegar)

Assalamualaikum Readers,

Hari ini aku nak berkongsi dengan anda tentang kesedaran kita mengenai hobi suka memuatnaikkan gambar tidak tutup aurat dalam FB.  Agak tersentap jua kepada mereka yang tegar upload gambar-gambar yang seksi dan tidak tutup aurat dalam Facebook.  Tergerak hati aku pula nak berkongsi dengan para blogger sekalian tentang kesedaran betapa sensitifnya dalam memuatnaikkan gambar ke dalam Facebook.  
Can't Log in.  Forgot Password!
Setiap dari kita mesti ada akaun FB bukan dan hanya kita saja yang tahu passwordnya.  Tapi apa akan berlaku kalau kita sudah mati.  Siapa yang nak update fb kita bila kita sudah tiada kelak.   

Renungkanlah.  

Gambar-gambar kau orang yang tidak tutup aurat yang tidak sempurna yang anda dimuatnaikkan membuatkan anda terseksa di alam kubur di atas kejahilan anda sendiri.  Itu belum lagi gambar yang menayangkan segala aset anda kepada tontonan umum.  Gambar-gambar tidak tutup aurat tidak sempurna sentiasa terusan menjadi tontonan setiap manusia di pelosok dunia.  Dengan aksi anda dengan memakai legging menampakkan bentuk kaki anda, memakai seluar jeans ketat dan T'shirt sendat dan bagi lelaki yang memakai seluar pendek yang menampakkan peha anda menyebabkan anda menanggung segala dosa selepas ketiadaan anda di muka bumi ini.  Siapakah yang akan menghapuskan segala gambar tidak tutup aurat tersebut jika hanya anda sendiri saja yang tahu akses ke laman FB anda tersebut.   Fikir-fikirkanlah. 

Adalah lebih baik anda membuang segera gambar-gambar tidak tutup aurat anda sementara anda masih bernafas di dunia ini dan jika tidak, menyesal tidak berguna kerana saham dosa akan terus meningkat tika di alam kubur hinggalah ke akhirat kelak.  Adalah lebih baik anda menutup aurat terus selepas anda membuang segala gambar tidak tutup aurat anda itu.  Itu lebih baik. 

Peliharalah aurat anda.  Mati itu pasti.  Tetapi kita tidak tahu bila kita akan mati.  Hanya Allah yang mengetahui.  Persiapkan diri anda sebelum ajal datang menjelma. 

Kenduri kahwin di Bandar?

Semalam aku pergi ke kenduri perkahwinan di kawasan perumahan di Telok Pulai, Klang.  Aku tolong jaga buffet saja kerana aku tak ada kena mengena pun dengan majlis perkahwinan itu tetapi aku ini kiranya membantu juga lah bagi melancarkan lagi perjalanan majlis perkahwinan itu.  Tanpa aku, siapa lah yang nak kemaskan meja, kutip pinggan-pinggan dan gelas-gelas itu. 

Tiba-tiba aku terfikir pulak apakah penerimaan orang-orang sekeliling iaitu jiran-jiran di kawasan perumahan tersebut dengan adanya majlis perkahwinan yang biasa kita tahu bahawa ruang amatlah terhad dan sempit. Aku pun tanya lah abang yang organize buffet itu.  Dia kata ada seorang mak cik cina di sebelah rumah mengizinkan bahagian depan rumah dia itu dijadikan sebagai tempat mencuci pinggan mangkuk dan cawan.  Aku dengar rasa seperti bangga juga kerana ada jiran yang terlalu prihatin tentang jiran mereka yang ingin mengadakan majlis persandingan ini.  Inilah dinamakan 1 Malaysia.  Anda bagaimana? Ada jiran seperti atas?

Saturday 2 July 2011

Transformers 3D I'm Coming!



Filem yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat seantero dunia.  Filem yang menjanjikan aksi yang  menarik dan mendebarkan jantung anda. 

Aku menonton filem ini bersama dengan kawan aku di TGV Bukit Tinggi, Klang.  Memang superb dan puas hati gua cakap sama lu.  Memang aku tak rugi apa-apa pun sebab aku puas hati dengan filem ini.  Ingin lebih puas hati? Pastikan kau orang menggunakan 3D Spec.   Tak rugi apa-apa pun.  Ajak kawan-kawan penuhkan bangku dalam panggung wayang itu.  Kalau tak dapat duduk kerusi, duduk di tangga tu.  Tuan punya panggung wayang tak marah pun. =_______=

Psst: Agak-agaknya bila lah kita dapat tengok anak tempatan buat filem begini.  Robot lawan Pendekar Melayu.  Macam menarik!

Friday 1 July 2011

Pejabat Mukabuku tak berapa nak mewah

Memang sempoi ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California di Amerika Syarikat.  Sebab apa aku kata sempoi? sebabnya ia tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun Facebook merupakan laman web yang paling popular dan kaya di dunia.  Mana tidaknya tak kaya, laman Facebook ini memperolehi pendapatan sekitar AS$2 Bilion (RM6 Bilion) pada tahun ini.  Weh, duit banyak tu buatlah pejabat yang mewah sikit.  Baru selesa nak buat kerja.  Entah apa difikirkan oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg ni.  Nak save bujet ke apa.  Dia ini merupakan orang ketiga paling kaya dalam sektor teknologi maklumat.  Kaya kau ye Mark zuckerberg.  Mintak sikit duit belanja.  =___=

Mari kita tengok suasana dalam pejabat MukaBuku ini.

Dapur gas ke apa tu? Dapur gas cap facebook.=)

Siling berlubang-lubang.  Under-Contruction kot

 
Sempoi dan Selamba. Ada basikal lagi tu.
Ruang yang luas dan selesa
Pada pendapat aku, aku lebih selesa kerja di tempat begini yang tidak terlalu mewah dan elegan.  Apa yang penting, kerjasama. Ala, macam Wonderpets pula.  Yang penting selesa lah.  Kau nak ke kerja, tempat kerjanya terlalu sempit, traffic jam dan tempat kerja yang terlalu profesional.  Kalau aku kerja terlalu profesional, aku jadi terlalu janggal. Jadi hipokrit nak nampak profesinal.  Walhal, hati nak sempoi je.  Setiap dari kita ada pendapat sendiri.  Itu adalah pendapat aku. 

Psst: Kalaulah tempat kerja aku dalam suasana begini, aku jadi orang pertama akan punch-card dulu.  =_=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...