Tuesday 21 June 2011

Barang Yang Lepas Perlu Dikenang

Jep dalam kumpulan Sepah (Maharaja Lawak) pernah kata "Barang yang lepas jangan dikenang". Cuba tengok ini.  Tapi aku tak setuju dengan kenyataan tu.  Aku tetap juga kenang barang yang lepas tu.   Ini bukan sebab putus cinta.  Mesti kau orang nak tau kan kenapa aku nak kenang barang yang lepas tu.  

Aku nak bagitau ni.  Barang yang lepas perlu dikenang adalah:

HANDPHONE!

Ya, handphone.  Aku percaya mesti kau orang ada handphone masing-masing kan.  Daripada jenama popular hinggalah jenama tak berapa nak popular.  Daripada handphone harganya mencecah ribuan ringgit hinggalah harganya mencecah boleh lah mampu beli.  Sekadar buat panggilan dan menghantar mesej pun jadilah.  Daripada tua ganyut hinggalah usia belasan tahun sudah ada handphone peribadi.  Malah, setiap orang mesti ada yang sampai 3 handphone.  Paling kurang pun 2 handphone wajib ada dalam hidup kita ni.  Mesti ada skandal tu. =(. 

Baiklah.  Aku nak kongsi dengan kau orang tentang handphone yang pernah hadir dalam hidup aku ini.  So, check it out!

Nokia 3610
Ini adalah handphone pertama yang aku beli.  Body bukan warna ni, tapi warna putih.  Pada masa tu, handphone ni berharga RM400 lebih.  Tak ada warna.  Hitam putih.  Memang teruja la dapat handphone pertama.  Mula-mula memang janggal la nak guna. Lama-lama dah ok sikit.  Games yang ada kat handphone ni adalah game ular tu.  Makin banyak makan point, makin panjang ekornya.   Lepas aku dapat beli handphone baru iaitu Nokia 3650, aku serahkan handphone ni kat adik aku.  Sekarang dah jadi bahan arkib kot.


            NOKIA 3650

Tadi handphone pertama aku tak ada warna kan.  HA, yang ni  ada warna punya.  Pada masa tu handphone warna memang jadi pujaan hati setiap pencinta handphone.  Memang terbeliak mata kau.  Sekarang ni orang dah tak hairan dah bila handphone ada warna.  Kadang-kadang dah naik bosan.  Bila aku dapat beli handphone ni, semua kawan-kawan aku cemburu.  Harga pada masa tu adalah RM800 lebih la begitu.  Memang mahal masa tu.  Pada masa tu, handphone yang ada ringtones dan ada MP3 ni  memang orang akan ternganga mulut.  Pelik.  Tutup mulut kau  tu, nanti lalat masuk.  Bila handphone ni masuk virus, aku jual kat kedai.  Sedih.  Mak aku marah kenapa handphone tu jual kat kedai. Sejak itu, aku dah tak pakai handphone lagi dah.

        NOKIA 2300
Selepas berbulan-bulan aku tak pakai handphone, akhirnya aku beli jua handphone ni sebab pada  masa tu aku dapat awek baru.  Jadi, kalau tak ada handphone macam mana nak berhubung kan.  Jadi, kembali ke handphone yang tak ada warna.  Masa tu aku dah mula sambung belajar selepas tamat SPM.  Aku beli yang 'tangan-kedua' je.  Tak mampu nak beli yang baru.  Harganya RM180 je.  Dapat je handphone ni, aku terus  mesej awek aku. HA HA. Kelakar pulak.  Handphone ini hilang semasa aku nak pergi ke Batu Laut, Tanjong Sepat niatnya nak jumpa awek aku.  Aku tak perasan.  Hilang dekat tepi jalan ke atau kat dalam teksi.  Sebab masa tu aku dah naik teksi, belum lagi teksi tu bergerak, aku mengelabah cari handphone ni.  Aku cari-cari kat tepi jalan tu.  Tak jumpa. Teksi tu pun tinggalkan aku.  Aku dah syak yang handphone tu ada kat dalam teksi tu.  Tak apa lah.  Lupakan.  

Ini lah handphone yang pernah menjengah dalam hidup aku.  Ada sambungan lagi ni. Banyak lagi ni.  HU, banyak ke? Wah, bestnya.  Nantikan sambungannya.  Wah, penatnya.  Kalau dapat main game ular kat handphone pun ok jugak ni.  OUT!

3 comments:

sakura putih said...

singgah..membaca nota periksa kat sini..he..he..

sakura putih said...

singgah baca nota exam jab...he..he..

KeluangMan said...

huhu,,jap ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...