Wednesday, 29 June 2011

Parking Oh Parking

Apa perasaan anda apabila anda hanya meletak kereta di satu parkir di bawah salah sebuah bangunan selama 7 minit tapi anda kena bayar parking tersebut sebanyak RM 2.00? Itulah yang berlaku pada aku insan yang amat kacak ini.   


Kejadian ini berlaku tadi apabila aku ingin ke Hotel Quality, Shah Alam untuk menghadiri kursus anjuran MAIS.  Sebelum itu, aku masuk ke tempat parkir yang terletak di bawah bangunan Plaza Peransang.  Oh, No! Aku tersilap.  Aku sudah tersalah masuk tempat parking kereta iaitu di Bangunan Plaza Peransang padahal aku ingin memarkirkan kereta aku di bangunan Hotel Quality.  Oleh sebab ini adalah kali pertama aku datang ke sini, jadi aku amat kurang arif dan agak kesengalan sedikit.  Aku ingin keluar dari tempat parkir dari banguan itu.  Aku cari mesin bayar tempat parking.   Pusing punya pusing akhirnya aku jumpa juga mesin itu.  Agak terkejut dan terkesima sebentar apabila aku diarahkan membayar sebanyak RM 2.00 walaupun aku hanya parking selama 7 minit.  Nak marah pun tak guna sebab pada siapa aku nak marah.  Kat mesin itu? Tolonglah.  Aku masih sihat lagi.  Kalau aku marah kat mesin itu, nanti van dari hospital sakit jiwa akan datang.  Dengan hati yang berat, aku bayar juga.  Kalau tak bayar macam mana aku nak keluar dari bangunan itu kan.  Dalam hati memang mulia menyumpah seranah tanpa belas kasihan.  

Jika dibandingkan di tempat lain, ia tidak lah sekejam parking di bangunan itu.  Pernah sekali aku pergi ke Jaya Jusco Bukit Tinggi.  Aku hanya parking tidak kurang daripada 10 minit.  Tahu apa yang menariknya? aku tidak membayar walau satu sen pun walaupun duit syiling satu sen pada masa sekarang ini memang hampir pupus ditelan zaman.  Itulah yang menariknya parking di  Jaya Jusco.  Lain kali aku nak parking kereta aku di Jaya Jusco lagilah. =_____=.   

Psst: Baik aku gunakan kenderaan perkhidmatan awam seperti bas atau LRT.  Save budjet!

2 comments:

Mun said...

dah boleh beli aiskrim seringgit 2 batang -.-' xpe, pengalaman..

redzuan23 said...

2 la,, nk share ni pon khas utk sape2 nk g sne, berhati-hatilah yer.. sy dh terkena.. tauke balak pon bleh bangkrap ini mcam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...