Thursday 9 June 2011

Update Blog: Tambah Lazy Load Jquery

Blog anda BERAT macam gajah!

Ayat-ayat bosan:
  • Aduiyai, lama betul nak loading!
  • Bosanlah.  Kenapa lah lambat sangat nak loading!
  • AH, close je lah.  Lama sangat nak loading!
Ayat-ayat diatas itu biasa aku ucapkan waktu aku nak buka laman seseorang blogger ini.  Niat aku nak baca post seseorang blogger akhirnya terbantut gara-gara masalah berat yang amat teramat.  Apa yang aku buat?  Akhirnya dengan rajinnya aku menekan butang X.  Bosan sungguh.Bhaha...

Jadi, setiap masalah ada penyelesaiannya.  Apakah penyelesaiannya?

LAZY LOAD JQUERY
Apakah fungsi Lazy Load Jquery?  Setelah disiasat dengan teliti dengan mimik muka penuh serius, fungsinya ia dapat meringankan blog berat anda dengan meloading segala isi kandungan dahulu sebelum meloading gambar-gambar comel anda.  Ia dapat mengatasi masalah loading pada blog yang mempunyai gambar-gambar yang banyak.  Dengan menggunakan widget ini, kita dapat menjimatkan masa dengan meloading isi kandungan dahulu dan gambar-gambar comel anda akan menyusur kemudian.  Jadi, anda tidak mempunyai masalah dalaman maka dengan ini para pembaca blog anda akan setia bersama dengan anda dengan hati yang riang gembira.  Malah, traffic anda akan meningkat dengan lebih mendadak.

Ah, sudah.  Jangan merepek lagi.   Banyak membebel pula kamu ini.  Baik! nak tambah widget Lazy Load Jquey kan? Kalau tak malu, silalah klik DISINI.   Credit to tintapenaku. Anda seorang yang amat pemurah dengan menyediakan tutorial ini. Sampai disini sahaja aku berblog.  Adios!

p/s: Banyak para blogger menyediakan tutorial.  Aku hargai pengorbanan anda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...