Tuesday 28 June 2011

Adakah anda sudah cukup selamat?

As salam readers,
Entah kenapa aku cukup bengang, marah, panas hati, sakit hati dan bermacam-macam lagi reaksi dengan kejadian samun di depan rumah yang telah berlaku baru-baru ini.  Aku yang menonton berita Buletin Utama TV3 amat terkejut dengan kejadian itu.  Agak-agaknya lah di manakah lagi keselamatan kita akan terjamin? Kalau tak percaya, lihat ini.

Aku memang cukup panas hati dengan kejadian yang tak dapat aku terima ini.  Di sini aku dapat buat sedikit rumusan.  Apa yang aku dapat rumuskan bahawa kemungkinan suspek sudah lama mensasarkan mangsa tersebut tanpa disedari oleh mangsa itu.  Dari maklumat yang aku dapat,tidak silap aku mangsa membawa duit sebanyak RM6k. Wah! banyaknya. Mana tidaknya suspek tidak menyamun mangsa tanpa rasa belas kasihan.  Suspek-suspek pula sudah gelap mata dan gelap dunia apabila tahu mangsa yang kita ketahui perempuan yang lemah-lembut itu membawa duit sebanyak itu.  Maka, mudahlah suspek-suspek ini membuat kerja menyamun itu.  Apa yang aku boleh buat selain bengang dan bermacam-macam perasaan adalah hanyalah berdoa agar suspek-suspek yang keji lagi hina itu mendapat balasan Tuhan kelak.  Amin. 

Untuk pengetahuan anda, usahlah di depan rumah, di dalam rumah pun belum tentu lagi keselamatan kita akan terjamin.  Lihatlah kes pada tahun lepas tidak silap aku.  Kes ini berlaku pada bulan yang mulia iaitu bulan puasa dan kejadian mengerikan ini berlaku pada waktu Imsak sebelum penghuni sebuah rumah ini bersiap sedia untuk bersahur.  Kejadian pembunuhan ini berlaku di dalam rumah sendiri.  Bukan berlaku di luar rumah atau di jalan raya atau di tempat kerja tetapi kes ini berlaku di dalam rumah sendiri.  Faham ke tidak wahai Encik Ahmad!.  YA, di dalam rumah sendiri.  Jadi, apa tindakan anda? 

Adakah kita sudah cukup selamat?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...