Saturday 18 June 2011

Sukan Tahunan JPN di UUM - Hari Kedua

Hari Kedua
Sabtu, 18 Jun 2011
Semalaman aku tidur sungguh indah. Tiada gangguan nyamuk dan hantu. HA HA.  Berani betul kau ini.  Nanti terkena rasukan baru kau tahu.  Pukul 7.30 baru aku bangun dan teringin nak sambung tidur lagi.  Disebabkan ada agenda seterusnya.  Aku paksakan diri untuk bangun dari tidur dan mandi.  Pukul 8.00 pagi kita orang lepak di Stadium Mini UUM menanti perlawanan bola sepak separuh akhir . Keputusan perlawanan ada di bawah.

Separuh Akhir
JPN HQ  0 (1)
Kelantan  0 (3)

Kedah  0
Sabah   1

Tempat Ke-3/4
JPN HQ  4
Kedah     0

Akhir
Kelantan  1 (4)
Sabah      1 (3)

Jadi, kita pun dah tahu juara bola sepak Sukan JPN ini iaitu Kelantan.  Memang rezeki Kelantan menang macam pasukan Liga Super Kelantan juga.  Selepas tamat perlawanan itu, aku terus balik ke hostel untuk merehatkan diri.  Malam nanti ada jamuan perpisahan.  Malam ini juga kami akan bertolak balik ke Selangor.  Mungkin pagi esok baru sampai.  Jumpa lagi di lain hari.  Maka, tamatlah aku berblog tentang Sukan Tahunan JPN ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...