Saturday 29 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.  Tahun 2013 akan tiba menyusul meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan kenangan, kejadian, peristiwa, kontroversi dan sebagainya.  Setiap daripada kita mesti ada kenangan dan peristiwa masing-masing selama tahun 2012 berlaku.  

Blog ini sudah menjangkau mencapai usia 3 tahun.  Sudah terlalu banyak entri-entri yang aku kemaskini.  Kadang-kadang masa mencemburui kita untuk meluangkan masa yang singkat untuk aku mengemaskini blog ini.  Kadang-kadang aku tidak punya masa untuk mengemaskini blog ini.  Komitmen yang penuh untuk aktiviti yang lain menyebabkan masa untuk menumpukan perhatian pada blog ini terlalu terhad.  Jika sebelum aku boleh kemaskini sebulan 13 kali, kadang-kadang boleh mencapai sehingga 30 entri tetapi sekarang aku hanya memasukkan entri tidak lebih dari satu dalam satu bulan.  

Tahun 2012 merupakan tahun aku kurang kemaskini entri blog ini.  Mungkin aku terlalu sibuk dengan aktiviti yang lain.  Komitmen pada kerjaya, komitmen pada ahli keluarga dan juga komitmen pada kekasih hati.  Moga usia blog ini bertahan hingga tahun hadapan.   Pernah sekali aku ingin menguburkan blog ini kerana aku takut aku tak dapat mengemaskini entri dalam blog ini tetapi aku batalkan niat itu.  Aku berjaya bertahan sehingga kini.  Tahniah pada diri aku sendiri.  

Terfikir sejenak aku ingin menukarkan blog percuma ini kepada blog berbayar tetapi mampukah aku?.  Itulah persoalan yang sering timbul bila aku bertanya pada diri sendiri  tentang persoalan itu.  Mampukah aku mengemaskini entri di blog ini? Mampukah aku mencari maklumat dan dimasukkan di dalam blog ini sebagai tatapan umum?  Kadang-kadang otak kita juga memerlukan rehat daripada memikirkan apa yang ingin kita kongsi dalam laman blog ini. Pernah sekali aku lihat seorang budak blogger mengemaskini entri sebanyak 5 kali sehari.  Anda tidak penatkah menggunakan seratus peratus otak anda  untuk mencari maklumat? Ada juga blogger yang kerap kemaskini entri seperti Ben Ashari.  Dia seorang blogger yang kerap kemaskini entrinya kerana dia sudah terbiasa dengan dunia penulisan.  Gaya penulisannya pula amat sempoi dan bersahaja.  Ramai yang suka melawat blog dia. Bagi aku cukuplah aku kemaskini entri blog sebanyak 3 kali sebulan.  Kekuatan otak setiap manusia amat berbeza sekali.   Jika aku dapat kemaskini entri lebih dari tiga kali, alhamdullilah. 

Bercerita tentang tahun 2012 ramai yang meramal dunia akan kiamat.  Inilah peristiwa yang paling popular dinanti-nantikan oleh semua manusia di seluruh dunia. Pada tarikh 21.12.2012 akan berlaku kiamat di bumi pada ketika ini.  Ramalan kaum Maya meramalkan dunia akan berlaku goncangan dan berlaku peristiwa yang ekstrem seperti thriller filem '2012' dimana tanah terbelah dan air meningkat naik menghancurkan kota New York tetapi apabila tiba tarikh yang dinantikan, tiada apa-apa yang berlaku.  Ramai orang tidak mengendahkan tarikh tersebut dengan meneruskan rutin harian masing-masing seperti pergi kerja untuk mencari nafkah, mak cik menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi jalan, abang memakai baju tertulis 'Amstell' menaiki motosikal baru pulang dari tempat kerja, pemandu bas Transnasional masih lagi memandu bas membawa penumpang menuju ke destinasi masing-masing dan berbagai-bagai ragam lagi.  Mereka meneruskan aktiviti harian tanpa menghiraukan tarikh tersebut.  Ternyata semua ramalan itu palsu belaka.  

Terbaca senaskah akhbar harian tempatan mengenai 'Doomday'.  Tergelak kecil aku melihat segerombolan manusia berkumpul di Stonehenge di UK menunggu ketibaan hari kiamat.  Apabila waktunya tiba, ternyata dunia tidak kiamat.  Satu dunia kena 'kencing' sampai basah satu badan.  Ada juga seorang manusia dari China telah membina kapal bagi persediaan ketibaan hari kiamat tetapi ia tidak berlaki.  Lihat, bukankah anda telah banyak membuang masa, tenaga dan wang anda.  Kita sebagai umat Islam wajib percaya pada hari kiamat kerana ia termasuk dalam rukun iman tetapi tarikh berlakunya kiamat kita tidak tahu melainkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan kita wajib beriman kepada-Nya. 

Apa pun semoga tahun 2012 ini kita belajar sesuatu darinya.  Tahun 2013 pula akan menyusul dan akan berlaku pelbagai lagi peristiwa yang tidak kita jangka.  Selamat Datang Tahun 2013.


Wednesday 7 November 2012

Selamat Tinggal SMS


Zaman makin berubah. SMS makin dilupakan. Tinggallah SMS. Selamat Datang Line, Whatapps, ChatOn, Tango dan Viber.

Tuesday 6 November 2012

Sejarah Terciptanya Rokok


Rokok. Ya rokok. Rokok tidak pernah lupakan tuannya. Tuannya tidak pernah lupakan rokok. Rokok sudah sebati bagi seorang bergelar lelaki. Tak lelakilah kalau tak merokok bukan. Kata orang, memang tak macho lah tak hisap rokok. Rokok ibarat makanan kedua selepas hidangan rutin harian iaitu nasi. Kalau tak hisap rokok selepas makan, memang tak lengkaplah. Sebolehnya kena juga hisap sebatang. Orang muda kata "Dapat sepam dua jadilah". 

Tahukah anda bagaimana rokok boleh ada di dunia ini? Kenapa tak ada rokok agar manusia dapat hidup dengan sihat? 

Sejarah terciptanya ROKOK.

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

Ada apa dalam sebatang rokok?

Ha, ada lagi yang masih hisap ye. Tak tahu ke ada apa dalam sebatang rokok itu... Cuba lihat..



Ok. Korang renung-renungkan lah  ye.. 






Saturday 27 October 2012

Jenis-jenis versi Android

Android mengalami pelbagai perubahan dalam versi Androidnya.  Seperti yang saya tahu, kebanyakan nama-nama versi Android ini bertemakan makanan. Serius memang kreatif gila.  Senang nak ingatlah versi-versi Android ini.  Selebihnya nak senang nak ingat adalah ingat Alphabet. ABCDEFGHIJ.  ;P

Di sini aku bagi 9 jenis versi Android. 

1. A hingga B - Android versi 1.1

Aight aight, planet bumi akan diserang!
2. C - Android versi 1.5 Cupcake.

Rupaku seperti kek:)
3. D - Android versi 1.6 Donut 

Aku adalah DONUT:)


4. E - Android versi 2.0 / 2.1 Eclair 

I'm ECLAIR

5. F - Android versi 2.2 Frozen Yogurt atau Froyo (bukan Poyo ye) 

Yogurt. Tutti Fruitti!

6. G - Android versi 2.3 Gingerbread (banyak terdapat dalam telefon pintar Samsung Galaxy Y)

halo halo! sayalah Ginger Spice Girls. Opss!


7. H - Android versi 3.0 Honeycomb atau Hunnymadu.. huhu.. Saya suka madu lebah. 


Hi, I'm Hunny Madu.

8. I - Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich

Aiskrim!


9. J - Android versi 4.1 Jelly Bean.  Mati-mati saya ingat Jelly Fish. Rupa-rupanya Jelly Bean.

Ada siapa-siapa nak makan kacang?

Setakat ini sahaja lah yang saya tahu tentang versi-versi Android.  Huruf K? mungkin Koktail? huhu.. Gurau je.  Nantikan versi yang bakal menjelma nanti. Terima kasih sudi membaca.  Sharing is caring. 


Wednesday 25 July 2012

Perbezaan dan Persamaan Hulk Zaman Dulu dan Sekarang







Apakah perbezaan hulk zaman dahulu dan zaman sekarang? Ada perbezaannya.  Sila lihat kehijauan sejati di badan hulk zaman dulu-dulu zaman mak bapak korang dulu.  Sungguh kehijauan.  Kalau duduk kat tepi padang ni, lembu ragut rumput pun dia tak perasan.  Jika dibandingkan Hulk zaman sekarang, hulk ini lebih original dan real.  Siap ada bertompok-tompok kat badan .  Baru lepas gaduh la tu. 

Lihat seluar jeans hulk zaman dulu.  Bersih dan suci.  Tak ada kekotoran.  Mungkin dia menggunakan serbuk pencuci Daia.  Haha.  Seluar zaman sekarang ini lebih real dan lebih kuat.  

Apa persamaannya?

Persamaan antara hulk zaman dahulu kala dan sekarang adalah tak reti nak tutup aurat.  Tutuplah aurat tu. Degil sungguh.  Dan sikap panas barannya yang tak berubah.  Asalkan nak marah je, berubah jadi hulk.  Baik pergi kursus pengurusan kemarahan lah kau ni.   Kawal sikit kemarahan kau tu.  hehe...

Itu sahaja.


Thursday 17 May 2012

Bahana Upload Foto Tak Tutup Aurat Dalam FACEBOOK

Pada masa kini amat terlalu mudah maklumat tersebar ke seluruh dunia dengan hanya melalui internet je. Inilah dinamakan dunia tanpa sempadan.  Jika korang post dalam Facebook, dalam beberapa saat je kawan-kawan korang dapat baca post korang.  Tidak seperti zaman dahulu.  Medium komunikasi hanyalah menggunakan perkhidmatan surat. Berminggu-minggu juga tunggu nak sampai kepada si penerima.  Itu pun nak kena menunggu berminggu-minggu lagi.  Itupun kalau si penerima membalas surat tu.  Kalau tak balas, memang boleh merana diri.  

Pada zaman itu tak terbayang pun ada telefon canggih-canggih seperti zaman moden ni.  Pada zaman itu, hanya orang yang kaya je pakai telefon.  Itu pun telefon rumah.  Contohnya cuba tengok filem Ibu Mertuaku arahan P.Ramlee tu.  Begitulah rupa telefon pada zaman itu.  Orang kaya je guna telefon tu.  Zaman sekarang tak payah nak ceritalah.  Budak berumur 4 tahun pun dah pandai guna telefon.  Hah, ternganga mulut Mak Cik Kiah tu ha.  Cepat tutup mulut, nanti gajah masuk. haha. Ok sambung...

Begitu juga jika korang upload gambar dalam Facebook.  Hanya mengambil beberapa saat je, berjuta-juta atau berbilion manusia di muka bumi ini dapat menatap gambar korang yang tidak tutup aurat itu. FUUU... Biasanya orang perempuan yang paling aktif memuatnaik gambar-gambar dalam Facebook ni.   Biasanya perempuan-perempuan ini adalah perempuan yang tak kenal erti dosa dan tak berfikir panjang dan akan  memuatnaik gambarnya tak tutup aurat tu ke dalam Facebook.  Inilah dinamakan sindrom ingin diri dipuji oleh orang lain tanpa memikirkan implikasinya.  Bangga ada orang komen penuh pujian. Cantik sangat ke? Hot sangat ke? Hot lah kau kat neraka nanti.

Apa akan terjadi jika ajal dan maut perempuan ini dah sampai?  Sempatkah dia memadam segala gambar -gambar yang tak menutup auratnya itu? Boleh ke minta Malaikat Maut menangguhkan sebentar untuk mencabut nyawanya? Tak boleh bukan.    Bila sudah sampai ajal, tiada lagi istilah menangguhkan kematian.  Jadi, bila perempuan tu dah meninggal, tinggalkan ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan untuk teruskan hidup di dunia ini.  Begitu juga profile Facebooknya itu.  Kepada yang merindukan perempuan ini, orang lelaki ini akan menatap wajah si arwah untuk melepaskan rindu.  Itupun dia tengok gambar tak tutup aurat.  Bukankah haram lelaki yang bukan mahram melihat aurat perempuan yang bukan isterinya? Menanggunglah dosa si arwah di kubur.  Terseksalah si arwah.  Melainkan jika gambar dipadam maka seksa si arwah akan berkurang. 

Ada kejadian berlaku apabila si ibu mendapat mimpi yang anaknya menanggung seksa di kubur kerana gambar-gambar dalam Facebook tidak dipadam.  Arwah meminta ibunya memadam gambar dalam Facebook arwah tapi ibunya tak tahu password anaknya.    Bagaimana nak padam gambar itu jika password arwah tidak diketahui?.  Maka, di sinilah peranan Hackers untuk hack Facebook arwah itu  .  Itupun kalau dapat.  Kalau tak dapat, terseksalah arwah di dalam kubur tu.  Tak perlulah bersusah payah mengupah orang yang pakar dalam hack untuk hack akaun Facebook orang yang sudah meninggal.  Buang duit je.

Sebenarnya senang je, Facebook dah bagi cara untuk menutup akaun facebook orang yang sudah meninggal tu.  Caranya klik link ini.  Report a Deceased Person's Profile.  Bila dah masuk tu, korang pandai-pandailah masukkanlah segala maklumat yang diminta.  Apabila pihak Facebook sudah menerima laporan kematian itu, diorang akan tutup serta-merta akaun Facebook arwah ini.  Jadi, sebelum kejadian ini berlaku, beringatlah, jangan terlalu obses untuk memuatnaik gambar-gambar ke dalam Facebook. Jadi, berhentilah memuatnaik gambar tak tutup aurat ye. 

Renung-renungkanlah.

Wednesday 16 May 2012

Entri serba ringkas tentang Facebook Messeger

Siapa dah ada Facebook Messeger? Kalau yang sudah ada bolehlah layan habis dengan Facebook Messeger tu.  Chatting lah sampai ke pagi esok.  Kepada yang belum install, bolehlah download kat entri sebelum ni.  Kalau malas nak baca, straight to Ampang Point aku bagilah link untuk korang download.  Boleh klik link ini

Ok, kepada yang sudah ada Facebook Messeger tu bolehlah ikut aku ke jalan kebenaran.  HAHA.. Ok be serius, aku nak bagi penerangan serba sedikit cara-cara nak menggunakan Facebook Messeger ni.  Kira macam tutorial la macam tu.  Aku perasan ada juga yang tak tahu nak log out nak tekan mana.  Ada kan? Mesti ada punya.  HAHA. Oklah, aku akan tunjuk ajar dari Log In sampai ke Log Out dan juga penerangan apa ke binatangan kejadahnya ada Facebook Messeger ni.

LOG IN

Sebelum kita nak masuk profile Facebook kita mesilah kena log in bukan?  Sama juga korang menggunakan Facebook Messeger ni.  Mula-mula kena lah log in dulu ye.


Masukkan alamat emel dan password Facebook korang dan tekanlah Log In.


POP-UPS, CHAT SOUNDS, GO OFFLINE DAN LOG OUT



Lihat gambar di atas.  Kalau korang tak suka bunyi chat tu, korang klik je. Nanti diam lah ia nanti.  Kalau korang nak privasi sebab korang sangat HOT ke apa kan dan tak nak ada orang kacau korang, korang boleh lah klik Go Offline.  Tak ada lah orang gila perempuan nak chat dengan korang (especially girl).  Kalau nak keluar dari Facebook Messeger, bolehlah korang klik Log Out tu ye.


DOCK TO RIGHT

Apa kebinatangannya itu Dock To Right ek? 


Ok, lihat gambar di atas.  Nampak tak rupa macam tingkap rumah papan separuh siap itu.  Itulah namanya Dock To Right.   Dock to Right tu adalah Facebook Messeger korang akan melekat kat tepi desktop sebelah kanan komputer atau laptop anda.  


Dock



Lihat gambar di atas, itu sebelum Dock.  Facebook Messeger korang boleh bergerak bebas ke mana saja di desktop Komputer korang.  

Undock


Ha, ini setelah didock.  Lihatlah Facebook Messeger korang sudah melekat di sebelah kanan.  Ia sudah berubah.  Kalau nak bergerak bebas di desktop, boleh klik undock. hehe.  Easy.

Ok, ada kelebihan lagi tentang Facebook Messeger ini iaitu korang boleh lihat segala notifications kawan-kawan korang melalui Facebook Messeger.  Best tak? haha. Memang best gila.  

Jadi tunggu apa lagi kepada yang masih belum install Facebook Messeger ini, cepat-cepatlah download ye.  Download link di bawah ni.


Semoga bergembira berchatting dengan skandal anda. haha....

Monday 14 May 2012

Facebook Messeger

Wah, Facebook pun ada Facebook Messeger.  Aku fikirkan Yahoo je ada Messeger .  Rupa-rupanya dalam diam-diam ubi berisi Facebook pun ada juga.  Baguslah Facebook kerana ada penambahan perkhidmatan dari masa ke semasa.  Kini, segala-galanya sudah ada dalam Facebook.  Kalau sebelum ni Facebook dah ada videocall, sekarang Facebook ada penambahan servisnya iaitu Facebook Messeger

Apa yang menariknya Facebook Messeger ni?

Setelah aku membuat kajian dan dipraktikkan.  Banyak kelebihan yang kita dapat. Jika korang malas nak chat kat Facebook, korang boleh balas chat kat Desktop komputer atau laptop korang.  Senang.  Lagi satu, jika korang dah log out Facebook, korang still dapat notifications walaupun korang dah keluar dari Facebook.  Memang menarik.  Aku dah cuba sebentar tadi.  Itulah kelebihan yang ada pada Facebook Messeger.

Klik gambar untuk melihat dengan lebih dekat
Ini adalah screenshots yang aku dapat.  Itulah Facebook Messeger. Jadi, anda boleh chatting di desktop anda.  Senang. hehe..

Kalau nak Facebook Messeger ni, bolehlah download link kat bawah ni ye.  


Ok, selamat berchatting dengan awek anda. haha..





Sunday 13 May 2012

Facebook ada Videocall

Sudah lama rasanya aku tak update blog aku ni.  Kali terakhir aku update blog adalah pada bulan April.  Bukan aku menyepikan diri cuma mencari ketenangan dan ilham serta mengumpul info untuk dimasukkan ke dalam blog yang masih daif ini.  Manakan tidak keadaan di negara kita ada saja isu-isu semasa yang terpampang di akhbar-akhbar tempatan terutamanya Harian Metro yang memaparkan kekejaman seorang ibu mendera anaknya. 

Melihat begitu cepatnya penyebaran video itu begitu mudah kita mendapat info tentang kejadian itu ya.  Sedutan video itu telah beberapa kali Share dalam Facebook.  Bercakap tentang Facebook.  Facebook sekarang telah menambah satu lagi servis untuk semua pengguna Facebook iaitu Facebook VideoCall.  Wah, jadi sesiapa yang sudah ada akaun Skype tak perlu lah nak buka Skype sebab  Facebook pun dah ada.  Jika Yahoo Messeger dan Skype ada VideoCall, Facebook pun ada juga. hehe.. kasi muah skit kat Mark tu. Gay ke kau ni.  haha..

Jadi sesiapa yang nak install Facebook VideoCall bolehlah download mengikut link di bawah ini.


Selepas korang install, korang ikutlah segala arahan yang diberi.  So, buatlah video call puas-puas sampai lebam biji mata ya.  hehe..


Thursday 26 April 2012

Perbualan secara rahsia antara Torres dan Puyol


Jangan pandang rendah kepada insan yang masih kemarau gol itu.  Diam-diam ubi berisi, diam-diam kau yang makan nasi basi.  haha.  Gol Torres adalah gol pemusnah kepada harapan Barcelona untuk ke pentas Akhir Liga Juara-juara.  Tahniah Chelsea.  Mungkin tahun ini bukan tahun untuk Barcelona.

Maybank Debit Card Manchester United

Kad Debit Maybank Manchester United
Wah, anda semua jangan nak menunjukkan mimik muka jeles atau cemburu ya.  Memang patut pun anda semua menunjukkan ekspresi berwajah kecemburuan ya kerana anda tidak bertuah seperti saya kan. haha.. Alamak, bahasa amat skema pulak.

Ya, Kad Debit Maybank Khas Manchester United.  Aku baru je tukar kad debit Maybank berbuah cheri itu kepada kad debit Maybank berwajah pemain terulung Manchester United.  Memang saat inilah aku ternanti-nantikan kerana aku sudah menunggu sejak minggu lepas lagi.  Cuma masa dan faktor kewangan menyebabkan aku menangguhkan dahulu pertukaran kad maybank ini.

Kenapa aku tukar kad debit ini kepada kad debit Maybank Manchester United?

AKU BENCI BUAH CHERI. HAHA.. 

Tak lah.  Melawak je.  Of courselah aku tukar sebab aku minat gila dengan team Manchester United ni.  Tak akan seseorang itu peminat Arsenal atau Liverpool tiba-tiba tukar kad debit yang lama itu kepada kad debit Manchester United ni.  Nanti kena bahan dengan kawan-kawan yang minat team Arsenal atau Liverpool.  Untuk pengetahuan anda semua, aku adalah peminat setia kepada kelab Manchester United sejak tahun 1997 lagi.  Masa itu David Beckham masih lagi main untuk kelab ini.  Cristiano Ronaldo tak wujud lagi masa itu.

Kalau suruh aku teka nama-nama pemain bola sepak kat atas kad itu memang aku boleh jawab punyalah  Mula-mula sekali adalah Eric Cantona, Roy Keane, David Beckham, Paul Scholes dan akhir sekali orang tua yang masih bermain untuk Manchester United hingga sekarang (setakat 26 April 2012) adalah Ryan Giggs.  Ha, aku boleh jawab maknanya aku ini peminat gila mati untuk kelab bola sepak Manchester United lah ye. haha :) 

Apa faedah kita dapat jika kita dapat kad debit ini?

Menurut maklumat dari pekerja kaunter Maybank yang aku dapat,  faedah yang kita dapat jika kita menukar kad debit ini adalah kita akan dapat treats points.  Jika team Man United menang satu-satu perlawanan, kita akan dapat treats points iaitu sebanyak 5 points.  Ada lagi faedahnya, jika kita beli sesuatu barang secara online di website Manchester United, kita akan treats points juga tapi aku tak tahu berapa banyak mata yang kita dapat.  Sebenarnya ada banyak lagi.  Itu saja setakat yang aku tahu.

Jadi, anda semua peminat Man United.  Tunggu apa lagi.  Jom tukar kad debit yang lama itu kepada kad debit Maybank Manchester United.
 


Tuesday 24 April 2012

Manchester United (4) vs Everton (4)

Entah kenapa prestasi pasukan kesayangan aku ini kejap menang kejap seri (Kalah tu jauh-jauhkan lah).  Macam roda pulak aku tengok.  Tau tak pasukan adik kau tu sedang mengekori kau dari belakang.  Nampaknya Manchester City mengekori dari belakang.  Dengarnya keputusan perlawanan antara Manchester City dan Wolves berkesudahan Citizen menang 2-0.  

Entah apa sudah jadi dengan pasukan Manchester United.  Kau dah mendahului 4-2. Tiba-tiba entah kuasa mana datang pasukan Everton mengejar dan menyamakan kedudukan 4-4.  Pelik.  Adakah ia disengajakan biarkan keputusan itu seri ke apa.  Kemungkinan ia sengaja kerana sengaja membiarkan persaingan perebutan juara dalam Liga Perdana Inggeris menjadi sengit.  Penentuan pemenang hanyalah antara Manchester United dan Manchester City.  Kali ini Manchester United ingin melengkapkan kejuaraan buat kali Ke-20.  Manakala Manchester City pula ingin menjuarai kejuaraan setelah bertahun-tahun atau berabad-abad tak menang.  Kesian.  

Apapun, aku jangka perlawanan antara Manchester City dan Manchester United di Stadium El-Etihad terlalu sengit dan kemungkinan tegang.  Aku dah dapat bayangkan.  Bagi Man U, mereka ingin melunaskan hutann dan membalas dendam setelah dibelasah 1-6 oleh Man City di Old Trafford.  Aku masih ingat.  

Apapun, semoga Man U dapat mengekalkan kejuaraan edisi kali ini. heeee......

Sunday 1 April 2012

FAM hacked lagi

Rasanya masuk ni dah 2 kali laman web persatuan bola sepak negara iaitu FAM dihack.  Sebelum ni pernah dihacked disebabkan oleh harga tiket yang terlampau tinggi harganya.  

Kali ini www.fam.org.my dihacked sekali lagi.  Sekarang bukan kerana harga tiket yang melampau tinggi tetapi luahan agar persatuan itu dirombak dan menyeru agar Presiden meletak jawatan.  Gila suruh Sultan letak jawatan.  Tak berani aku suruh dia letak jawatan.  haha.


Mungkin ada benarnya luahan mereka ini.  FAM kerap mengalami pelbagai masalah.  Tetapi janganlah suruh Presiden letak jawatan.  Gila nak suruh sultan letak jawatan.  Aku pun tak berani der. 

Pada 1 April ini, aku pun cuba masuk ke webisite FAM dan ini yang aku dapat.

 Hehe. Terfikir juga macam mana orang luar nak berurusan dengan FAM eh.  Guna FB je kot.

p/s: Cuba hacked website Israel.  Berani tak??

April Fool Day : Gurauan atau Kekejaman?

1 April 2012.  Hari ini aku ingin menaip entiri tentang 1 April.  Ada apa dengan 1 April?.  Apa yang terlintas di fikiran anda tentang tarikh 1 Apri ini? Sudah semestikan sambutan April Fool's Day bukan?.  

Masih ada lagi orang di luar sana yang masih jahil tentang sambutan 1 April ini.   Pernahkah anda mengkaji tentang asal-usul perayaan tersebut seperti mana anda memahami asal-usul tentang tarikh 14 Februari iaitu Hari kekasih atau Valentiane Day? Kalau belum, jangan terima ia dengan bulat-bulat.  Kaji sejarah asal usulnya.  Selepas itu anda akan faham dan tidak akan menerimanya dengan bulat-bulat.
 
Apakah April Fool's Day?

Jika saya bercakap tentang apa itu April Fool's Day, ia mudah sahaja.  Ia adalah hari untuk mengenakan seseorang dengan menipu walaupun ia sekadar gurauan.  Pada tanggal tarikh 1 April, semua manusia akan menyambut dengan mengenakan atau 'prank' kepada orang yang ditujui.  Ia bermula di Sepanyol dan dirayakan ke seluruh dunia.  Abaikan yang bukan muslim.  Sebab mereka bukan islam.  Yang menjadi masalahnya adalah orang kita sendiri iaitu orang islam turut menyambutnya.  Sungguh sedih bila melihat wall post di Facebook masing-masing update nak kenakan orang lain.  Bukankah itu sudah menipu namanya?.

Sekarang kita kaji pula asal-usul 'April Fool's Day' ini.  Menurut riwayatnya, kira-kira seribu tahun dahulu,  Sepanyol di bawah kekuasaan Islam amat kuat dan sukar puak Kristian menembusi dan menghancurkan benteng kekuatan Islam pada masa itu.  Mereka iaitu musuh-musuh Islam tidak pernah kenal erti putus asa untuk memastikan Islam hilang di bumi Sepanyol.  Pelbagai cara telah dirancang untuk menghancurkan dan mengalahkan umat Islam di sana.

Puak Kristian tidak pernah kenal erti putus asa.  Kekuatan umat Islam pada masa itu adalah mengamalkan  cara hidup berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.  Jadi terlalu sukarlah mereka untuk menghancurkan penguasaan Islam di Sepanyol. Beberapa kali mereka menyerang kekuatan umat Islam tetapi sering menemui jalan kegagalan. Mereka sentiasa merancang dan mereka pun mengutuskan pengintip untuk mempelajari tentang Islam dan pada masa yang sama pengintip ini mengintip apa yang dipelajari oleh umat Islam.  Setelah sekian lama mempelajari dan memahami asas Islam, mereka sudah tahu kekuatan umat Islam iaitu IMAN dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.

setelah mereka memperolehi maklumat tersebut, mereka mula merancang dan mencari strategi untuk melemahkan umat Islam dan dalam persidangan tersebut, mereka dapat kesimpulan bahawa untuk melemahkan umat Islam adalah dengan melemahkan kekuatan IMAN dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.  

Lalu mereka pun cuba menyerang secara halus dengan melalaikan umat Islam dengan hiburan, arak, dadah serta mengirimkan wanita yang cantik untuk melemahkan para belia khususnya.  Setelah kekuatan iman dan taqwa mereka mulai kendur, mereka pun menyerang di saat umat Islam mulau goyah iman dan taqwanya.  Mereka menyerang berkali-kali hingga umat Islam tidak berupaya mempertahankan diri mereka.  Akhirnya, jatuhlah Islam di bumi Sepanyol setelah 800 tahun memerintah.  Daerah terakhir dikuasai adalah daerah Grenada.  

Episod malang tidak berakhir di situ.  Umat Islam dibunuh dengan kejam jika mereka dapat menemui umat Islam.  Umat Islam menjadi takut dan menyembunyikan diri. Untuk memastikan umat Islam keluar dari persembunyian, puak musyrikin menawarkan satu peluang kepada semua umat Islam iaitu jika mereka ingin selamat, mereka harus berpindah keluar dari bumi Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan.  Umat Islam curiga dengan tawaran tersebut  tetapi mereka tiada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut tambahan kapal-kapal yang membawa mereka sudah berlabuh di pelabuhan dan sedia membawa mereka berpindah keluar dari bumi Sepanyol.

Maka, disebabkan mereka kurang curiga dengan tawaran tersebut, tanggal 1 April, mereka pun keluar beramai-ramai dari tempat persembunyiaan dan berhasrat meninggalkan bumi Sepanyol.  Di saat inilah tentera-tentera Sepanyol memgambil peluang dengan membunuh dengan kejam semua kaum muslimin termasuk kaum wanita dan kanak-kanak.   Bukan itu sahaja, kapal-kapal yang membawa mereka keluar juga turut dibakar.  Penempatan mereka turut dibakar.  Maka, berjayalah puak musyrikin menghancurkan umat Islam di bumi Sepanyol. 

Tanggal tarikh 1 April itulah semua puak Kristian disambut setiap tahun menandakan bagi meraikan kejatuhan kekuasaan Islam di Sepanyol. Perayaan ini akhirnya disambut di seluruh dunia sebagai 'April Fools Day'. Namun apa yang menyedihkan saya adalah umat Islam pada masa kini tetap menyambut perayaan ini tanpa disedari bahawa ia seperti menyambut kekejaman pembunuhan umat Islam ketika dan meraikan kejatuhan Islam di bumi Sepanyol.  

Masih mahu menyambutnya kah??

Semoga apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat menyampaikan ilmu kepada semua sahabat-sahabat seagama dengan saya supaya lebih berhati-hati apabila menerima perayaan dari luar.  Jangan menerima ia bulat-bulat dan elakkan menyambutnya.  You are Islam and you must stay for Islam.  

Thanks.

Saturday 31 March 2012

Wrath of the Titans adalah sambungan daripada Clash of the Titans




Siapa yang pernah tengok filem "Clash of the Titans"?  Kalau pernah tengok memang korang mudah faham dengan jalan cerita 'Wrath of the Titans' sebabnya 'Wrath of the Titans' adalah kesinambungan cerita daripada 'Clash of the Titans'.  Pada yang tak pernah, dahi korang pasti akan berkerut seribu dengan jalan cerita filem ini.  Korang kena tengok balik cerita 'Clash of the Titans' tu kalau dahi korang tak nak berkerut seribu.

Pada filem kali ini si Perseus (SAM WORTHINGTON) akan menentang Neeson selepas dia berjaya mengalahkan Kraken dalam filem 'Clash of the Titans'.  Dalam filem ini Perseus sudah ada anak iaitu Helius nama diberi.  Filem ini memang menarik dan aku rasa memang berbaloi beli tiket dan puas hati dengan membuang masa berjam-jam menahan kesejukkan tanpa keluar demi menonton filem ini.  Keluar je dari panggung wayang memang hati sungguh puas.  

Part yang paling aku suka adalah time Perseus naik kuda terbang bernama Pegasus.  Kalau aku dapat kuda macam itu, nak pergi kerja tak payah nak redah jalan jammed berjam-jam.  Tapi kalau hujan tu lah payah sikit tu.  Terpaksa juga bawa baju hujan dan risiko ditembak petir memang tinggi.  Eh apa aku merepek ni. hehe.

So, kepada sesiapa yang nak tengok filem ini bagi aku filem ini memang tak rugi pun tengok.  Banyak aksi-aksi menarik.   Bunyi latar pun agak memuaskan.  So, selamat menonton.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...