Tuesday 28 June 2011

Cara Tambah Shout Box dalam Blog

As  salam readers,
Hari ini aku nak berkongsi dengan siapa-siapa yang sudi mengikuti tutorial pertama dalam hidup aku selama aku bernafas 26 tahun di bumi ini.  Sumpah ini adalah kali pertama aku buat tutorial.  Aku cari dekat  Pak Cik Google itu memang susah. Taip bermacam-macam ayat tapi tetap tak jumpa.  Agak-agak aku sampai ke cucu-cicit lah aku mencari.  Aku ini memang suka ikut tutorial tapi disebabkan tak ada, aku lupakan saja. Tak mengapa.  Aku buat ia sendiri dan  ia menjadi.  Akhirnya tergerak hati pula nak buat tutorial walaupun aku ini agak ‘kaki-bangku’ dalam membuat tutorial ini.  But, I try my best.  

Apa yang perlu buat?

Langkah Pertama
Pergi ke www.cbox.ws dan Sign Up!



Langkah Kedua
Isi segala maklumat yang diperlukan.  WAJIB!.  Selepas maklumat sudah lengkap, Tick box dan tekan Create my Cbox!


Langkah Ketiga
Kalau sudah klik Create my Cbox, jadi kau orang boleh Log In seperti biasa.


Selepas Log in dan kau orang akan jumpa Control Panel Home, kau orang diminta mengisi semula password sebagai pengesahan.  Tekan Apply.  Sebelah bawah pula adalah Lock dan Unlock.  Abaikan.  Kenapa ada Lock dan Unlock? Fungsi Lock adalah siapa-siapa yang kepingin nak hantar mesej, dia orang tidak boleh menghantar mesej di shoutbox.  Begitu juga sebaliknya butang Unlock.  Delete Account pula adalah anda tidak mahu lagi menggunakan Cbox.  Bye-bye..


Langkah Keempat
Ok.  Semua halangan sudah lepas.  Jadi klik pula butang Publish di Menu Bar.  Ia akan keluar Code Generator.  Selepas itu,  Get a Code di Step 3.  Highlight semua kod-kod itu dan paste di HTML/JavaScript. Sebelum itu macam biasalah, kau orang perlulah buat benda biasa ini.
Blogger.com => Design => Add a Gadjet => HTML/JavaScript => Paste kod yang di copy tadi.  Namakan Gadjet tadi ikut suka kau orang => Save!

Eh, jadilah! Kalau jadi, belanja Secret Recipe satu. =_____=

TAMBAHAN
Kalau kau orang rasa nak ubah angin dengan menukar warna dalam box itu, kau orang bolehlah gatal-gatal tangan pergi balik ke cbox tadi dan klik Look & Feel => Colours & Fonts=> Pilih warna kesukaan kau orang=> Apply!.  Lepas itu, klik balik Publish dan copy kod tersebut seperti di Langkah Keempat.  Tekan Save!

Menjadilah!.  Mestilah.  Belanja lagi Secret Recipe dua cepat.  =____=

Dah follow my tutorial, alangkah baiknya anda tinggalkan seciput komen di bawah.  Terima Kasihhhh! (Ikut Tag Line David Arumugam).

1 comment:

Marlina!!! said...

thanks for the tutorial... banyak membantu untok bdax baru cam saya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...