Sunday 25 December 2011

[Song] Rapuh - Padi

Download Lagu Ini di sini

[Song] Raja Jatuh Cinta - Numata


Raja Jatuh Cinta adalah OST Assalamualaikum Cinta.  Sesiapa yang pernah tengok drama dari seberang ini pasti tahu lagu ini. 

Download lagu ini Raja Jatuh Cinta

Monday 12 December 2011

Titanic : Jack is dead



Rose: I love you, Jack.
Jack: Don't you do that, don't say your good-byes.
Rose: I'm so cold.
Jack: Listen, Rose. You're gonna get out of here, you're gonna go on and make lots of babies, and you're gonna watch them grow. You're gonna die an old... an old lady warm in her bed, but not here, not this night. Not like this, do you understand me?
Rose: I can't feel my body.
Jack: Winning that ticket, Rose, was the best thing that ever happened to me... it brought me to you. And I'm thankful for that, Rose. I'm thankful. You must do me this honor, Rose. Promise me you'll survive. That you won't give up, no matter what happens, no matter how hopeless. Promise me now, Rose, and never let go of that promise.
Rose: I promise.
Jack: Never let go.
Rose: I'll never let go. I'll never let go, Jack.."


FOR YOUR INFORMATION, JACK IS NOW BE  JACK SPARROW. 

Hi, long time not see you Rose...

Cara-cara untuk menjadi HANDSOME & CANTIK


LELAKI : Ingin nampak HANDSOME di pandangan mata perempuan sebenarnya amat mudah dan hanya semudah ABC.  Cuba anda bayangkan kalau anda HANDSOME.  Mesti ramai perempuan-perempuan di luar sana akan meminati anda dan  tergila-gilakan anda sampai dia sendiri akan jadi gila.  Maka, bersedialah untuk menerima ramai peminat setia.

Ini contoh wajah HANDSOME

PEREMPUAN: Ingin nampak CANTIK di mata lelaki sebenarnya amat mudah dan semudah Air Batu Campur.  Cuba anda bayangkan kalau wajah anda CANTIK.  Sudah semestinya lelaki-lelaki di luar sana tidak kira usia, lelaki buaya darat malah buaya sebenar pun akan tergila-gilakan anda hingga boleh terbawa-bawa ke mimpi.  Tidak perlu pose buat muka comel dan tangkap gambar dari atas, cuma bagi saja gambar berukuran passport, saya jamin anda ( PEREMPUAN) akan puas hati dan mengucapkan terima kasih pada saya. 

Ini contoh wajah CANTIK
Sebenarnya ingin jadi HANDSOME & CANTIK memang mudah.  Tidak perlu beli produk HerbaPrima si Rambut Cendawan itu.  Itu hanya membuatkan dia beli BMW Series sebiji.  Tidak perlu pergi jumpa bomoh penipu itu.  Bomoh itu sendiri pun taklah HANDSOME pun.  Kalau tak sudah lama dia ada 4 orang isteri.

Sekarang, yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba.  Saya dedahkan rahsia besar cara-cara untuk menjadi HANDSOME & CANTIK.  Senang saja.  Anda nampak IKLAN di sebelah kanan anda dan di bawah post ini ? Nampak tidak?  Jadi, tunggu apa lagi! KLIKLAH BANYAK-BANYAK.  Lagi banyak lagi bagus.  Banyak duit saya dapat.  Bolehlah saya tolong belikan produk kecantikan.  Jangan marah.  Terima Kasih!.

Sunday 11 December 2011

Software hack password email



Sesiapa yang ingin hack email orang lain, nak memperdajalkan orang lain, berlagak kacak nak jadi hackers, bolehlah gatal tangan cuba software ini.  Aku tak ajar kau orang.  Kau orang yang sendiri nak cuba ok.  

Software ini hanya untuk hack password email Yahoo sahaja.  Email-email lain tidak akan dilayan sama sekali.  Surat-menyurat juga tidak akan dilayan malahan ia akan dibuang ke dalam tong sampah. 

Jika ia tidak berfungsi, ia bukan salah tuan empunya blog.  Jika anda tidak dapat hack password email orang lain, mungkin password itu salah atau tidak sama.  Mungkin ia hanya sekadar hiburan.

Download software di sini : Sila Klik AKUBAIK.  Terima kasih, memang aku baik.

Saturday 10 December 2011

[ Song] Hapuskanlah Air Mata Mu

Hapuskanlah Air Mata Mu - JELMOL


Hapuskanlah Air Mata Mu.  Jangan Menangis.  Itu adalah dugaan dan ujian dari Tuhan.  Redha seadanya.

Jangan panggil orang dengan HOI lah


Ini adalah kenyataan.  Ibu dan ayah bagi nama pada setiap anak-anaknya dengan nama yang baik dan sedap dipanggil tetapi bukan dengan memanggil dengan HOI.  Panggilan itu agak kasar dan amat menyakitkan.

Panggillah nama dengan nama si penerima itu.  Dua-dua pihak pun akan tersenyum. Budi bahasa budaya kita.

GUNAKAN BAHASA MELAYU dengan BETUL!


Terima kasih kepada Emila Yusof untuk Kempen Bahasa Malaysia.

[Video] Just - Green Rose OST

Green Rose Korean Drama

Snapshot ini adalah dari drama korea iaitu Green Rose.  Sesiapa yang pernah tengok cerita ini memang mudah nak faham berbanding yang masih belum tengok. 

Drama korea ini adalah drama yang paling aku minati sebab ia tidak terlalu fokus kepada cinta, perempuan manja-manja dan muka lelaki jambu-jambu.  Ia banyak fokus kepada konspirasi seorang mamat yang ingin menjatuhkan jejaka di atas ini atas dasar perebutan wanita, inginkan kuasa dan harta bapa perempuan tersebut. 

Inginkan kisah lanjut kenalah cari DVDnya.  Aku ada nampak DVD ini di Kompleks Plaza Masalam, Shah Alam.  Kedainya betul-betul dekat dengan pintu masuk sebelah kanan.  Harganya dalam RM80.  Beli satu percuma 1 lagi DVD korea.  Kalau sesiapa nak cari, boleh serbu kedai itu.

Thursday 8 December 2011

Kartun CINTA


Jangan mengharap pada orang yang tak sudi pada kita.  Carilah orang yang menyayangi kita.

Thursday 24 November 2011

Cucu Kurang Ajar Harap Datuk mati cepat

Klik Gambar sebesar alam

Kurang ajar.  Inilah sikap orang yang kurang didikan agama dan tidak sabar.  Bagaimana kalau kau berada di tempat atok kau tu.  Apa perasaan kau jika orang cakap sebagaimana kau cakap kat atok kau. Nama kau indah bak bulan purnama tapi malang, perangai kau bak planet Musytari.  Tak lawa sangat.  Nak je aku kahakkan kat kau.  Link FB budak SENGAL.  Check it out! Penuh dengan cacian dan makian serta hinaan.

Kau patutnya bersabar.  Tuhan ingin menguji kesabaran kau. Kalau ujian begini kau tak boleh nak sabar, jangan jadi manusia okey.  Aku berharap sangat dia pergi minta maaf kat atoknya tu.  Terguris hati orang tua tu.

p/s: Ujian Tuhan..

Tuesday 8 November 2011

ROKOK!

Fuh!Aman dunia...
Apakah nama kempen yang sesuai? 

Cth 1: "Hentikan Merokok.  Sayangi Jantung Anda"
Cth 2: "Hentikan Bau Asap. Sayangi Hidung anda"
Di atas adalah contoh je.  Kalau ada contoh-contoh yang lain, korang bagilah contoh tu kat komen tu ye.

Monday 7 November 2011

Monday 31 October 2011

Cerita pasal kena rogol


Ada juga manusia yang gila sangap mencari hiburan dengan mencari kata kunci "Cerita pasal kena rogol" di carian Google tu.  Agaknya orang ini tak ada kerja ke atau memang sangap tahap gila nak baca cerita pasal rogol ni.

Memang sudah tahap kronik orang ini.  Bolehlah aku suggest dia masuk ke hospital sakit jiwa.  Trend aku ni memang suka masuk ke statistik tengok apa orang kat Malaysia ni cari.  Tengok-tengok inilah hasil cariannya. 

Friday 28 October 2011

Website FAM kena HACKED. Padan!


Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.  Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.

Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’ oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.
Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.

Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan itu.

Selain itu, dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.

Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.” Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.

Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.” Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.

Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Azzuddin berkata, pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal.


Sumber dari myMetro.

Update: Gambar-gambar sempat aku print-screen.












Sampai sekarang laman web rasmi FAM berkeadaan seperti itu.  Sampai bila tu aku tak tau lah.

Wednesday 26 October 2011

They call me Wan the Pet!

Wan the Pet? Wan Si Binatang Peliharaan? Wonderpet?

Ini Wonderpet... Yang budak-budak suka tengok tu.  Orang tua pun suka tengok jugak. 


But, aku bukan Wan the Pet.  Aku bukan binatang peliharaan sesiapa.





So, in the end, aku bukan wan the pet.  Fullstop. 

Tuesday 25 October 2011

Gara-gara Selangor gagal ke final

Mail adalah penyokong tegar pasukan bola sepak Selangor.  Dia juga peminat setia kepada pasukan bola sepak Manchester United.  Dia kawan baik kepada Ramli.  Pada suatu hari, ada dua orang budak sengal bakal menerima satu lagi episod malang sama seperti kejadian yang berlaku ke atas budak-budak yang dibelasah oleh Ramli.



Maka, Mail pun bertanya apakah topik yang dibincangkan oleh mereka.


Oleh kerana tahap panas baran sama seperti Ramli, jadi.....



Dan inilah akibatnya....


Ternyata kejadian itu menyebabkan Mail dipulau oleh orang kampung dan dihalau dari kampung.  Mail pun membawa diri ke Kuala Lumpur dan mendapat pekerjaan baru.

Pekerjaannya adalah MAIL LAMBUNG PENARIK KERETA

PEHAL KO!


Cinta itu indah tetapi.....


Cinta itu indah tetapi ia juga amat menyakitkan.  Dengan hanya ayat PUTUS, ia sudah amat menyakitkan.  Tajam kan kata-kata PUTUS itu.

Mamat dia atas bernama Kamil yang baru ditinggalkan oleh makwenya.  Dia agak kesedihan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri untuk melupakan segala kesengsaraan yang ditanggunginya.


Maka dengan itu, dia telah membuat keputusan dengan sedalam-dalamya.  Akhirnya.......



Adakah ini jalan yang dia pilih? Adakah ini jalan penyelesainya?  Kamil fikir tidak.  Ia salah sama sekali.  Dia mengubah keputusannya.


Akhirnya....


Ternyata keputusan bodoh dengan membunuh diri adalah salah sama sekali.  Ia juga menyalahi di sisi agama.  Kamil tidak bertindak bodoh, dia sudah berjaya mengubah dirinya.

AKU DAH BERJAYA.  YEAY!
Cinta itu memang indah tetapi ia amat menyakitkan.  Tetapi ia juga amat manis apabila seseorang itu pandai mengambil iktibar dan pengajaran.  Ternyata sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.  Di atas adalah salah satu hikmahnya. 


p/s: Jadikan sesuatu penderitaan itu sebagai cabaran dan pembakar semangat anda untuk berjaya!

Monday 24 October 2011

Gara-gara Manchester Kalah!

Ramli adalah penyokong setia pasukan Felda United dan Manchester United dan dia juga anti kepada pasukan Manchester City.  Pada suatu hari, dia terserempak dua orang budak sengal sedang berborak pasal kekalahan pasukan Manchester United kepada Manchester City. Untuk pengetahuan anda, mereka ini penyokong gila babeng pasukan Manchester City.


Ramli pun cuba lah beramah mesra dan bertanya apakah topik yang diborakkan oleh mereka itu.



Dan oleh kerana dia memang tengah hot dan ternyata jawapan mereka amat menghinakan.  Dia pun......


Ternyata pertemuan mereka berdua menjadi mimpi ngeri.  Jangan bermain api kalau korang bukan air.


Selepas kejadian itu, Ramli terus hilang entah ke mana.  Menurut cakap-cakap mulut dari orang kampung, Ramli kini berada di Manchester United untuk menjalani latihan lanjutan demi membalas dendam di atas kekalahan pasukan Manchester United.

Ini gambar Ramli yang terbaru....


Yela. Yela.  Aku terima je kekalahan itu.  Nak buat macam mana.  Ferguson tak ambik aku main.

p/s: Kekalahan pertama di tempat sendiri dan liga.  Ferguson, aku merayu kat ko ambik lah aku jadi pemain Manchester United.

Sunday 23 October 2011

Budak-budak Manchester kena ROGOL!

Serius ini memang benar sebenar-benarnya.  Budak-budak kat Manchester kena ROGOL 1-6 budak nakal dari Manchester jugak. 

Aku cerita lain ok.  Aku cerita pasal bola ni.  Jangan nak pikir lain.  Manchester United kalah besar beb dengan Manchester City.  Tempat sendiri tu beb.  Ini gara-gara kad merah yang diterima oleh Evans.  Oh, 1-6 kena ROGOL beb.  Kawan aku ni memang follower Manchester City, aku tunjuk jari tengah kat die.  Puas hati.

Aku tak nak dengar pasal bola lagi lps ini.  Sorry!

Saturday 8 October 2011

Oh Kayap

Sungguh tidak aku sangka, aku terkena penyakit kayap.  Mula-mula aku ingatkan sakit biasa.  Aku tengok ada ruam dan gelembung air kat bawah perut aku kat sebelah kiri.  Menyeramkan je aku tengok.  Aku dapat penyakit ni pun pada hari isnin 3hb 10 hari tu.  Badan rasa sengal dan lenguh-lenguh pulak.  Aku terfikir apahal plak badan aku rasa penat sangat.  

Hari khamis baru aku pergi hospital dan pergi check sakit apa. Doktor kata aku dapat penyakit kayap atau nama saintifiknya Shingles (bukan single ye) atau herpes zoster.  Aku dapat MC 2 hari dan doktor bagi ubat je.  Mula-mula sapu kat tempat kena kayap tu, memang panas lah.  Tak terperi sakitnya.  Sakit sebab aku dah pecahkan gelembungnya.  HEHE

Aku pun malas nak cerita kencang, jadi korang carilah sendiri maklumat tambahannya.  


Sekarang ni pun aku tengah menanggung kesakitan yang tak terperi ni.  Esok malam aku nak dapatkan rawatan secara tradisional.  Aku tak berharap sangat dengan ubat hospital ini.  Kenalah cari jalan lain untuk mengurangkan kesakitan ini.  

Saturday 24 September 2011

PERHATIAN BUAT SEMUA PEMANDU!

Gambar hiasan
Peringatan kepada semua.KISAH BENAR!! AWAS Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Langkah berhati-hati perlu diambil.  Berikut adalah;-
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. 
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

Tuesday 20 September 2011

Nuffnang bagi tiket wayang!

Syoknya dapat tiket wayang free tapi kan aku kena collect kat KL.  Macam mana aku nak collect, aku duduk di pendalaman negeri Pahang ni.

Wednesday 17 August 2011

Strangers mintak tolong top up?

klik untuk gambar sebesar alam

Sebenarnya mesej ini dah lama aku terima.  Tapi aku buat tak tahu je.  Sebenarnya aku terima mesej ini dah 2 kali.  Dua-dua mesej aku tak layan dan aku tak akan tolong topupkan. 

Abaikan mesej begini kerana ia akan merugikan anda.  Walau orang itu awek cun sekalipun. hehe

Wordless Wednesday#4


Friday 12 August 2011

Cara Lajukan Broadband Yang Dah Habis Limit (Khas untuk Window 7)

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak berkongsi kepada semua pembaca sekalian.  Apa yang aku nak kongsikan adalah mengenai cara lajukan broadband korang yang dah habis limit tu.  Biasalah habis limit. Selalu online kat FB plus main game Farmville plak tu.  Dah tu tengok plak video kat Youtube.  Of course lah kalau limit dah habis, line pun akan jadi slow.  Aku selalu terima mesej-mesej menyatakan line akan jadi slow.  Mesti korang pun pernah terima mesej-mesej itukan.  Sedih.  Surelah dorang suruh kita topup lagi.  Malaslah.


Kalau aku terima mesej ini aku buat tak layan je.  Kalau line dah slow, aku jadi malas nak online dan dengan serta-merta aku off laptop aku.  Tak ada mood.  

Tetapi aku ada berita gembira nak bagitau kat korang.  Sekarang ini ada cara nak lajukan broadband korang kalau dah habis limit.  Macam mana caranya? 

Inilah cara-caranya.

Pertama

Pastikan pada waktu ini korang dah connect line tu.  Tekan Start dan taip cmd dan tekan Enter.


Kedua

Lepas korang tekan Enter akan keluarlah rupa begini.  Masa ini korang taip ipconfig/all dan tekan Enter.(Rujuk di bawah)



Ketiga

Selepas Enter, akan keluar lah senarai seperti di bawah.  Cari senarai hardware broadband seperti dalam kotak itu.  


Keempat

Selepas itu korang skrol sampai ke bawah dan taip ping <alamat ip korang> -t.  Sebagai contoh, ping 10.145.56.231 -t dan Enter.  Selesai!

Kelima

So, korang biarkan je benda tu berjalan selama mana korang nak online.  Kalau dah tak nak online, klik je butang X tu.  Senang kan.

Tak kisahlah korang pakai broadband Maxis ke, Celcom ke, Digi ke.  Caranya tetap sama. Ok, selamat mencuba. 

Credit: Budak Botak

Thursday 11 August 2011

Kenapa Line Broadband Cepat Slow?

Assalamualaikum,
Errrghh, slow gila....
Sebelum ini aku selalu marah-marah tahap tiga puluh darjah celcius apabila line broadband slow je.  Nak berblogging pun dah tak ada mood.  Muka bosan gila punya.  Monyok je.  Kalau line broadband dah slow, aku tak panggil ia broadband tetapi aku panggil ia berukband sebab line lembab gila.  Beruk Band? Boleh jadi band kugiran di majlis perkahwinan.  =____=

Kalau line berukband slow itu menandakan limit dah habis. 

Limit? Macam mana limit itu dan macam mana limit  boleh habis? 

Ala, senang je.  Sebagai contoh lah aku guna Maxis Broadband.  Aku ambik pakej 1.5 Gb sebab bil bulanannya pun hanya RM48 sebulan.  Itu lah pakej paling rendah dan murah.  Jadi aku mampulah nak bayar.  Macam mana limit boleh habis? Ok, aku cerita sikit macam mana limit boleh habis.  Limit broadband korang cepat habis sebab korang asyik tengok video kat Youtube.  Dan ada lagi main game online Farmville kat FB tu.  Dah tu plak suka download lagu kat 4shared dan kepada kaki movie yang malas nak pergi beratur kat panggung wayang selalu lah download movie kat website pirates tu.  Korang perasan tak segala fail-fail yang korang download tu kapasitinya besar gila.  Download movie paling besar pun 700Mb.  Download lagu adalah sampai 5.00 Mb untuk satu lagu.  Itu baru satu lagu, macam mana kalau 10 lagu, aku jamin line broadband akan jadi slow gila sebab dah sampai kuota penggunaan line anda.  

Jadi untuk menjimatkan penggunaan broadband korang adalah korang kena lah korbankan jiwa raga anda dengan mengelakkan diri dari mendownload segala video dan lagu kesukaan anda.  Dan jua kena korbankan juga dengan mengelakkan diri dari selalu tengok video di Youtube.  Kalau nak tengok video tu bolehlah cari tempat yang ada line Wifi secara percuma ataupun pergi je ke Cyber Cafe.  Kat situ korang nak tengok video sampai lebam pun boleh. Ok selamat maju jaya!

Wednesday 10 August 2011

Arghh! Banyaknya iklan time bulan Puasa ni. Dugaan.

Assalamualaikum.  

Chop, iklan Yeo's Campur dulu.  Hehehe
Gambar Hiasan
Dugaan, Dugaan.  Banyaknya iklan masa bulan puasa ni.  Tak tahan.  Dahlah tekak haus bangat.  Perut plak asyik berbunyi gendang je.  Ada pulak iklan bagai kat tv ni.  Tak tahan.  Rasa nak beli je semua benda yang diiklankan tu.  Tapi ruang dalam perut aku ni bukannya besar sangat pun.  Kalau perut dinasour pun, mesti dinasour pun termengah tau.  Nak kejar dinasour lain pun dah malas.  

Serius memang iklan banyak sangat masa bulan puasa ni terutamanya iklan jenis makanan dan minuman.  Tak kisahlah apa jenis produk yang nak diiklankan.  Lagi-lagi produk minuman kesukaan aku iaitu air soya Vsoy.  Wah, bestnya.  Pekat air soyanya.  Kalau dapat minum, aman dunia.  Tetapi bila aku bepijak di dunia yang nyata, aku sedar aku sedang berpuasa.  Lupakan dulu semua itu.  Bila berbuka nanti kalau nak makan kepala gajah pun, makanlah.  Haji Bakhil belanja.  =_____=

Korang perasan tak asal time dekat nak berbuka je, ada je iklan tentang produk minuman.  Itu sebelum nak berbuka dan selepas itu akan berkumandang lah azan maghrib menandakan waktu berbuka.  Sebelum azan memang ada je iklan ni.  Nak suruh kita fokus pada iklan tersebut dan dengan secara automatiknya korang akan terlepas cakap ataupun korang terlintas dalam pemikiran korang akan tercakap atau terfikir "Eh, aku nak beli lah minuman ini esoklah.  Macam sedap je".  Ala, masa belum berbuka bolehlah nak fikir nak beli produk minuman itu ini.  Masa korang dah berbuka, serius semua apa yang korang niatkan nak beli itu akan hilang dan lupa begitu je. 

Bijak sungguh cara pengiklanan ni.  Time dekat nak berbuka puasa je, mesti akan ada iklan produk-produk minuman dan makanan.  Contohnya, iklan tentang kurma Yusoff Taiyobb.  Yang dapat untung adalah syarikat yang menjual produk itu.  Tak kisahlah berapa ringgit dorang dapat, janji korang akan teringat sampai esok lusa ataupun hingga teringat bulan puasa tahun berikutnya.  Inilah dinamakan "Marketing Strategy".  

Pada kita sebagai umat islam, kawallah nafsu anda.  Jangan membazir kerana membazir adalah amalan syaitan.  Amalkan perbelanjaan secara berhemah.  Nak makan itu ini, ruang dalam perut kita bukannya muat sangat pun.  Adalah lebih elok amalkan makan secara sedehana.  Di bulan yang mulia ini, eloklah kita amalkan amalan berjimat cermat.  Aku jamin hari raya anda akan lebih gembira dan lebih bermakna.  Iklan pun iklan jugak, nafsu makan pun perlu jugak dikawal.   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...