Saturday 31 March 2012

Wrath of the Titans adalah sambungan daripada Clash of the Titans




Siapa yang pernah tengok filem "Clash of the Titans"?  Kalau pernah tengok memang korang mudah faham dengan jalan cerita 'Wrath of the Titans' sebabnya 'Wrath of the Titans' adalah kesinambungan cerita daripada 'Clash of the Titans'.  Pada yang tak pernah, dahi korang pasti akan berkerut seribu dengan jalan cerita filem ini.  Korang kena tengok balik cerita 'Clash of the Titans' tu kalau dahi korang tak nak berkerut seribu.

Pada filem kali ini si Perseus (SAM WORTHINGTON) akan menentang Neeson selepas dia berjaya mengalahkan Kraken dalam filem 'Clash of the Titans'.  Dalam filem ini Perseus sudah ada anak iaitu Helius nama diberi.  Filem ini memang menarik dan aku rasa memang berbaloi beli tiket dan puas hati dengan membuang masa berjam-jam menahan kesejukkan tanpa keluar demi menonton filem ini.  Keluar je dari panggung wayang memang hati sungguh puas.  

Part yang paling aku suka adalah time Perseus naik kuda terbang bernama Pegasus.  Kalau aku dapat kuda macam itu, nak pergi kerja tak payah nak redah jalan jammed berjam-jam.  Tapi kalau hujan tu lah payah sikit tu.  Terpaksa juga bawa baju hujan dan risiko ditembak petir memang tinggi.  Eh apa aku merepek ni. hehe.

So, kepada sesiapa yang nak tengok filem ini bagi aku filem ini memang tak rugi pun tengok.  Banyak aksi-aksi menarik.   Bunyi latar pun agak memuaskan.  So, selamat menonton.

Monday 12 March 2012

Akhirnya Episod Lalai Dalam FB bertukar KESEDIHAN

Seperti mana yang kita ketahui, misteri kehilangan adik Nurul Nadirah Binti Abdullah, 5, akhirnya terjawab jua apabila mayatnya yang telah ditemui dengan rentung setelah dibakar.  Ia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang. Sila rujuk Utusan Online 

Siapa harus dipersalahkan? Si ibu kah? Si bapakah? Masyarakat? atau si durjana yang membakar kanak-kanak tidak berdosa itu?. Kalau pendapat aku, semua harus dipersalahkan. Si ibu sibuk dengan FBnya, si bapa pula sibuk dengan kerjanya. Masyarakat yang tak mengambil berat anak kecil itu dan si durjana yang membakar anak itu. Buat si durjana, apa akan terjadi kalau anak kamu diperlakukan oleh orang lain seperti mana kamu membakar kanak itu.  Semoga anda mendapat pembalasan.

Friday 9 March 2012

Bagaimana nak mengenali Maybank2u asli dan palsu

Sebelum ini aku ada post entri tentang maybank2u fake kan.  Jadi sekarang aku nak korang belajar mengenali bagaimana nak mengenali antara maybank2u asli dan yang palsu.  So check this out!

Ini website maybank2u palsu dan bawah sekali maybank2u asli.  Buatlah perbandingan.

Palsu.

Asli.
  1. Sila lihat kotak search di atas.  Biasanya kalau url maybank2u asli ada "https://".  Ini mesti ada 's' sebab s adalah stand for security.  Lihat nombor satu, sila klik gambar ye. URLnya adalah www.windows-office-store.com.  wtf..
  2. Tiada imej atau foto.  Biasanya maybank2u asli ada tetapi yang ini tak ada.
  3. Nombor tiga tiada ayat ini "Stay safe online: Please make sure you log at the correct Maybank2u.com URL/Address".
  4. Simbol berwarna biru di maybank2u palsu memang kecik dibandingkan dengan simbol berwarna biru di maybank2u asli.
Ini adalah pengkongsian ilmu kepada sesiapa yang tak mengambil tahu hal tentang keselamatan akaun anda.   Berhati-hati sebelum duit anda dicuri oleh orang jahat ini. haha...

Maybank2u Fake

Nampaknya ada juga website Maybank2u palsu.  Kenapa aku kata palsu? Memang ia website palsu sebab dari pandangan mata aku sendiri (tajam tak mata aku?haha..) memang ia lain dari website Maybank2u yang asli.  Aku mendapat tahu pasal ni pun dari emel yang masuk dalam inbox email aku.  Emel itu menyatakan aku perlu update data dalam akaun maybank aku itu. Lihat gambar di bawah.

Klik gambar ni.

Lihatlah betapa liciknya orang yang membuat kerja jahat ini.  Aku pun kliklah "Click Here" dan akan keluar website begini.


Memang sebijik sama dengan website maybank2u.  Tapi untuk pengetahuan korang, sebenarnya masa  dalam website ini bergerak tetapi dalam website maybank2u asli tak bergerak pun. haha.. fail!

Aku pun masukkan username tipu.  Lepas aku tekan log in, akan keluar pula site begini. Foto memang tak ada.  Ia suruh kita update foto lepas kita dah masukkan passwordnya.Bijak!



Lepas itu aku pun masuklah passwordnya dan keluarlah ini.


Aku pun masukkan apa yang diminta itu.  Sebenarnya semua itu hanyalah dusta belaka. haha.. Dan aku pun tekanlah Request a TAC number.  Keluarlah pop-up windows ini.


Nombor telefon pun tak lengkap.  Biasanya kalau maybank2u punya website, nombor telefon kita memang lengkap cuma nombor dihujungnya saja dirahsiakan.  Sebab dirahsiakan adalah untuk menjaga security akaun anda. 

Kepada sesiapa yang tak tahu memang akan terkena.  Alamatnya habislah duit korang diambil oleh orang jahat ni. haha.. Berhati-hatilah ya.  Nasiblah aku ini pandai sikit. hehe..

Selamat Ulang Tahun Wahai Blog Ku

Wah, tak sangka pulak aku  usia blog ini sudah mencapai setahun.  Sungguh tak sangka.  Pejam celik, pejam celik sekarang dah terbeliak biji mata aku melihat usia blog aku ini sudah berusia setahun.  Bagilah tepukan sikit.  Janganlah duduk diam je.

Kalau aku dah berumahtangga dan mempunyai seorang anak mesti anak aku itu dah berusia setahun.  Mesti dah panggil aku dengan nama Ayah.  Hm, bilanya tu? haha..  Alahai, aku nak update blog pun tercunggap-cunggap.  Apatah lagi nak berumahtangga.  Tunggu je la.  haha..

Banyak kenangan aku dengan blog ini.  Ada suka dan duka.  Kadang-kadang aku update setiap hari. Kadang-kadang sebulan ada dua je update.  Kadang-kadang tak ada langsung.  Sedih blog ni kalau dia ada perasaan.  haha..  

Sebenarnya kita berblogging ni ada sebabnya.  Masing-masing ada pendirian sendiri.  Ada orang nak dapatkan side-income.  Macam aku berblogging sebab aku minat menulis walaupun kadang-kadang bahasa tunggang-langgang jugak.  Tak apa, yang penting aku seronok dengan kerja aku sekarang.  

Apa kau buat selepas ini?

Kemungkinan aku tetap meneruskan berblogging ini kerana aku minat menulis atau menaip dan berkongsi ilmu.   Kemungkinan kalau ada rezeki aku nak ada blog berdomain sendiri.  haha.. Insyaallah. 

"SELAMAT ULANG TAHUN WAHAI BLOG KU"

Thursday 8 March 2012

Lalai dalam Facebook, anak hilang entah ke mana




Inilah penangan Facebook.  Memang melalaikan.  Sampaikan anak sendiri pun tak sedar anak dah hilang.  Yang menjadikan lalai adalah manusia.  Bukan laman sosial Facebook itu.  

Bagaimana anak yang kecil, maknya boleh menyuruh si anak kecil itu pergi ke kedai bersendirian dan si mak nya pula terus lalai dengan Facebook.  Ada apa dengan Facebook tu?  Seronokkah berchatting atau seronok tengok gambar-gambar lelaki/balak hensem?

Sebenarnya tak salah bermain Facebook tapi janganlah sampai melalaikan.  Sampaikan anak sendiri pun tak sedar dia sudah hilang.  Mungkinkah anak kecil itu sudah diculik orang atau si anak kecil itu dijaga oleh orang lain mungkin disebabkan melihat si anak kecil itu berjalan sendirian tanpa penjaga?  Apa sudah jadi dengan ibu bapa zaman sekarang?  Biarkan anak kecil pergi ke kedai bersendirian.  

Apa nak jadi lah dengan zaman sekarang.  Dunia-dunia.

SBPA batal.

Wah, batal pulak skim SBPA ni.  Punyalah kelam kabut semua penjawat awam samada nak sign atau tak borang opsyen SBPA pada tahun lepas.  Memang kelam kabut.  Mana taknya, ada penjawat awam yang masih kabur  dan kurang faham dengan skim tersebut.  Tarikh tutup tandatangan borang SBPA pun singkat iaitu sebelum 31 Disember 2011.  Mana tak kelam kabutnya.  Maka,  ada yang tidak faham, kurang faham terus sign borang opsyen tersebut. 

Maka, pada hari ini, setelah berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat, hari ini skim SBPA dibatalkan dan SSM akan ada penambahbaikkan.  Apa penambahbaikkan yang dimaksudkan? 

Antara penambahbaikkan tersebut adalah:

Pelarasan Gaji

Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1 hingga 54 iaitu sebanyak 13%.  Maknanya jika seseorang  itu berada dalam gred N17 yang baru berkerja iaitu gaji pokoknya adalah RM 820.38 didarabkan 13% adalah sebanyak RM 106.64.  Jadi tambah RM 820.38 + RM 106.64 adalah RM 713.73. Itu adalah gaji pokok yang kita akan terima. Jadi, ada kenaikan dalam pelarasan gaji.

Bantuan COLA

Ini adalah menarik.  Semua orang bercerita tentang elaun Cola ini. Biasanya kalau Cola RM100 memang sikit di kawasan luar bandar dibandingkan di kawasan bandar atau bandaraya iaitu sebanyak RM300.   Kalau sesiapa yang berkerja di Putrajaya (contoh) memang masyuk iaitu mendapat elaun Cola sebanyak RM300 sambil minum Mecca Cola.   

Bantuan Cola pula dinaikkan mengikut kawasan iaitu sebanyak RM50.  Contoh kalau di kawasan luar bandar atau bandar yang kurang top atau kawasan C, elaun colanya adalah RM100.  Jadi selepas ini elaun cola akan ditambah sebanyak RM50 iaitu RM150. Kalau di kawasan B pula elaun colanya adalah RM200 ditambah RM50 jadi elaun colanya sebanyak RM250.  

Yang RM300 bagaiamana pula? Alahai, cukuplah RM300 tu. Haha..

Tertubuhnya Suruhanjaya

Yang ini memang patut/wajib diwujudkan.  Sebelum ini, JPA meneruskan skim SBPA ini tanpa mendapatkan cadangan/pendapat dari pihak yang lain.  Maka, semua penjawat awam tidak/kurang  faham tentang skim yang baru ini.  

Dengan adanya penubuhan suruhanjaya ini memudahkan dalam mengkaji dan  mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam yang sedia ada.

Rasanya itu sajalah yang aku tahu tentang penambahbaikkan skim yang lama ini iaitu SSM.  Yang selebihnya, korang carilah di Google. hehe
 

Kelantan Vs Navibank Saigon bermandikan hujan

Malam tadi bermulalah epik pertemuan dua pasukan dari negara yang berbeza iaitu antara Kelantan (Malaysia) dengan pasukan dari negara Vietnam iaitu Navibank Saigon.  Keputusan perlawanan sudah pun diketahui iaitu berkesudahan seri tanpa jaringan. 

Kedua-dua pasukan buntu memburu jaringan walaupun saling berbalas serangan ke kubu masing-masing.  Mereka juga agak enjoy dengan bermain hujan dan esok confirm semua pemain akan demam.  Bolehlah minta MC esok.  haha.. 

Apa pun tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya bermandikan hujan di negara kita ini.

Sunday 4 March 2012

2 in 1 : Iklan dalam Filem

Hari jumaat hari tu aku tengok DVD Transformers Dark of the Moon. DVD itu aku pinjam dari kwan aku yang amat baik hati sekali.  Sampai sekarang aku masih tak pulangkan lagi DVD miliknya itu.  Bukan nak buat harta sendiri.  Aku tak pulangkan itu pun ada sebabnya.  Sebabnya adalah aku nak tengok semula filemnya.  Biasalah kalau kita nak betul-betul faham jalan ceritanya kenalah tengok dua hingga lapan ratus kali.  haha.. gurau je.   Sebenarnya aku dah tengok dah filem ni, tapi aku tengok balik sebab masa itu aku tengok wayang tu, rasa tak puaslah tengok aksi Optimus Ongkili Prime & Bumbblebee tu.  Dah tu aku ni rabun jauh pula.  Hati mana nak puas.

Maka, disebabkan aku dapat pinjam DVD hak milik kawan aku ini, aku pun tengok lah dari awal hingga habis.  Adalah jugak aku reverse movie tu sebab aku nak tengok macam mana kereta tu transform jadi robot.  Terbeliak biji mata aku meneliti penuh khusyuk macam mana boleh transform camtu.  Agak kesengalan di situ.  hehe.. Setelah aku amati sewaktu aku tengok filem ni dari awal hingga akhir (bukan kekasih awal & akhir ok), aku perasan banyak juga iklan yang disengajakan sebagai iklan dalam filem ni. Bukan iklan macam TV3 itu.  Dalam syok-syok tengok drama Vanilla Coklat itu tiba-tiba ada pula iklan sabun Daia dan Boom.  Aku rasa memang aku nak bakar sampah depan Pentas Utama tu.

Kalau korang perasan (jika anda tengok), memang kamera sentiasa shoot ke arah telefon bimbit.  Buat masa kini, telefon bimbit yang menjadi  pilihan untuk dijadikan sebagai subjek utama dalam pengiklanan ini adalah jenama Nokia.   Memang diakui inilah strategi pengiklanan yang paling bijak.  Jika anda fikirkan sejenak, apabila seseorang penonton menonton movie di panggung wayang dan dia melihat kecanggihan telefon tersebut, secara tidak langsung dia akan membeli telefon bimbit tersebut.  Seterusnya, jualan telefon tersebut akan meningkat.  Itu baru dalam panggung wayang, belum termasuk lagi dalam DVD.  Macam aku tengok DVD tu, aku dah mula terpaut pada telefon tersebut.  hehe.. tapi duit tak ada sangat lah nak beli telefon tu.  Ada rezeki aku belilah.
Di sini, aku ada snapshot iklan telefon Nokia dalam filem Transformer ni

1# Jenis telefon: Nokia 5800 XpressMusic

Ingat cute sgt la tu
2# Jenis telefon: Nokia X7-00

Mana lah Bini aku ni.  Beli bawang ke shopping?
3# Jenis telefon : Masih tak dapat mengesan jenis telefon tersebut tetapi memang ia jenama Nokia.

Nak telefon Ayu Raudhah lah.hehe
Inilah strategi pengiklanan yang terbaru iaitu mengiklankan produk tersebut ke dalam filem yang memang diakui amat berkesan dan dapat menarik perhatian penonton yang menonton filem yang sememangnya diakui sudah pun popular dan dijangka filem ini memang akan mendapat sambutan.  Bijak bukan? hehe.. Anda fikirkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...