Wednesday, 29 June 2011

Bumi Untuk Dijual? Hilang Akal!

Pada suatu hari... Alamak, macam nak buat karangan murid Darjah 5 bercerita tentang Sang Kancil dengan Sang Kerbau pulak.  Okey, straight to Ampang Point, sedang aku memandu kereta aku dengan senang hati bergembira di jalan raya menuju ke Kajang, tiba-tiba mata aku terpandang tajam dengan satu papan iklan di lereng bukit itu.  Agak kelakar dan pelik sikit dengan  papan iklan itu.  Cepat-cepat aku keluarkan kamera Canon aku tangkap seberapa banyak gambar yang boleh.  Aku tertanya-tanya agak-agaknya apa yang ingin disampaikan oleh pemilik tanah itu ye. Ingin buat lawak Maharaja Lawak kah? Setahu saya Maharaja Lawak baru je habis dan pemenangnya pun sudah kita ketahui.  Tapi kenapa? Kenapa?

Kau orang nak tahu?  Ini gambar yang aku maksudkan.

Bumi Untuk Dijual?
Agak kelakar dan geli-hati geliman kan dengan papan iklan ini.  Apa tukang buat iklan ini tersalah cetak ke atau sengaja nak buat lawak Senario.  Mungkin si pemilik tanah ini ingin mendapat publisiti murahan untuk meraih simpati gara-gara tak terpilih masuk ke Maharaja Lawak.  Itu kemungkinan boleh berlaku.  

Tapi bila aku terfikir balik, aku kagum juga dengan pelan pemasaran pemilik tanah ini.  Promosi secara halus.  Bagus juga.  Pandai dia menarik perhatian kepada pengguna-pengguna jalan raya tersebut.  Termasuklah aku.  Kadang-kadang kita ini bila nak pandu kereta, kita akan fokus kepada pemanduan kita saja.  Sekali-sekala pandang papan iklan tidak kiralah papan Billboard ke, papan iklan yang tak Billboard ke atau papan yang tak ada iklan pun pandang juga.  Tertanya-tanya kenapa papan iklan itu kosong je.  TAK TAHU LAH PAK CIK.  Berbalik kepada pelan pemasaran tadi, memang aku kagum gila bangat sama ini tuan tanah.  Bijak kau ye nak tarik perhatian orang yang lalu-lalang dekat tanah kau.  Aku pun tertarik juga tau.  =_____=

Agak-agaknya siapa nak beli 'BUMI' ini ye.  Jutawan seperti Donald Trump yang ada harta berjuta-juta, berbilion-bilion pun belum tentu dapat beli satu Bumi ini.  Apatah lagi Bill Gates.  Tak boleh der.  Lupakan aje lah.  HA HA

Psst: Ada siapa-siapa nak beli tak Bumi ini? Nak beli tanah aje.  Nak jadikan baja kompos. ;-p

2 comments:

Nini Hartini said...

hehehe...mmg lawak. ni bukan silap kan? mmg saja nk tarik perhatian kita.

tp saya lebih tertarik dgn no telefon tu. hampir sama dgn no saya. huhu

Heart In A Cage
.

redzuan23 said...

Ini bukan cobaan.. ini kenyataan.. lokasi papan iklan ini di dengkil,selangor.. ops..yeke, ntah2 awk yang jual ek?hehe.. er berminat nk beli ker?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...