Saturday 29 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.  Tahun 2013 akan tiba menyusul meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan kenangan, kejadian, peristiwa, kontroversi dan sebagainya.  Setiap daripada kita mesti ada kenangan dan peristiwa masing-masing selama tahun 2012 berlaku.  

Blog ini sudah menjangkau mencapai usia 3 tahun.  Sudah terlalu banyak entri-entri yang aku kemaskini.  Kadang-kadang masa mencemburui kita untuk meluangkan masa yang singkat untuk aku mengemaskini blog ini.  Kadang-kadang aku tidak punya masa untuk mengemaskini blog ini.  Komitmen yang penuh untuk aktiviti yang lain menyebabkan masa untuk menumpukan perhatian pada blog ini terlalu terhad.  Jika sebelum aku boleh kemaskini sebulan 13 kali, kadang-kadang boleh mencapai sehingga 30 entri tetapi sekarang aku hanya memasukkan entri tidak lebih dari satu dalam satu bulan.  

Tahun 2012 merupakan tahun aku kurang kemaskini entri blog ini.  Mungkin aku terlalu sibuk dengan aktiviti yang lain.  Komitmen pada kerjaya, komitmen pada ahli keluarga dan juga komitmen pada kekasih hati.  Moga usia blog ini bertahan hingga tahun hadapan.   Pernah sekali aku ingin menguburkan blog ini kerana aku takut aku tak dapat mengemaskini entri dalam blog ini tetapi aku batalkan niat itu.  Aku berjaya bertahan sehingga kini.  Tahniah pada diri aku sendiri.  

Terfikir sejenak aku ingin menukarkan blog percuma ini kepada blog berbayar tetapi mampukah aku?.  Itulah persoalan yang sering timbul bila aku bertanya pada diri sendiri  tentang persoalan itu.  Mampukah aku mengemaskini entri di blog ini? Mampukah aku mencari maklumat dan dimasukkan di dalam blog ini sebagai tatapan umum?  Kadang-kadang otak kita juga memerlukan rehat daripada memikirkan apa yang ingin kita kongsi dalam laman blog ini. Pernah sekali aku lihat seorang budak blogger mengemaskini entri sebanyak 5 kali sehari.  Anda tidak penatkah menggunakan seratus peratus otak anda  untuk mencari maklumat? Ada juga blogger yang kerap kemaskini entri seperti Ben Ashari.  Dia seorang blogger yang kerap kemaskini entrinya kerana dia sudah terbiasa dengan dunia penulisan.  Gaya penulisannya pula amat sempoi dan bersahaja.  Ramai yang suka melawat blog dia. Bagi aku cukuplah aku kemaskini entri blog sebanyak 3 kali sebulan.  Kekuatan otak setiap manusia amat berbeza sekali.   Jika aku dapat kemaskini entri lebih dari tiga kali, alhamdullilah. 

Bercerita tentang tahun 2012 ramai yang meramal dunia akan kiamat.  Inilah peristiwa yang paling popular dinanti-nantikan oleh semua manusia di seluruh dunia. Pada tarikh 21.12.2012 akan berlaku kiamat di bumi pada ketika ini.  Ramalan kaum Maya meramalkan dunia akan berlaku goncangan dan berlaku peristiwa yang ekstrem seperti thriller filem '2012' dimana tanah terbelah dan air meningkat naik menghancurkan kota New York tetapi apabila tiba tarikh yang dinantikan, tiada apa-apa yang berlaku.  Ramai orang tidak mengendahkan tarikh tersebut dengan meneruskan rutin harian masing-masing seperti pergi kerja untuk mencari nafkah, mak cik menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi jalan, abang memakai baju tertulis 'Amstell' menaiki motosikal baru pulang dari tempat kerja, pemandu bas Transnasional masih lagi memandu bas membawa penumpang menuju ke destinasi masing-masing dan berbagai-bagai ragam lagi.  Mereka meneruskan aktiviti harian tanpa menghiraukan tarikh tersebut.  Ternyata semua ramalan itu palsu belaka.  

Terbaca senaskah akhbar harian tempatan mengenai 'Doomday'.  Tergelak kecil aku melihat segerombolan manusia berkumpul di Stonehenge di UK menunggu ketibaan hari kiamat.  Apabila waktunya tiba, ternyata dunia tidak kiamat.  Satu dunia kena 'kencing' sampai basah satu badan.  Ada juga seorang manusia dari China telah membina kapal bagi persediaan ketibaan hari kiamat tetapi ia tidak berlaki.  Lihat, bukankah anda telah banyak membuang masa, tenaga dan wang anda.  Kita sebagai umat Islam wajib percaya pada hari kiamat kerana ia termasuk dalam rukun iman tetapi tarikh berlakunya kiamat kita tidak tahu melainkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan kita wajib beriman kepada-Nya. 

Apa pun semoga tahun 2012 ini kita belajar sesuatu darinya.  Tahun 2013 pula akan menyusul dan akan berlaku pelbagai lagi peristiwa yang tidak kita jangka.  Selamat Datang Tahun 2013.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...