Sunday 12 June 2011

Update Blog: Tambah Nuffnang. Apa itu Nuffnang?

Hari ini hari ahad.  Seharian aku hanya memerap di rumah.  Hidup paling bosan.  Patutlah orang kata aku ini orang yang bosan.  Aku pun tak tahu tang mana yang membosankan itu.  Apa yang aku buat seharian di rumah ini? 2 jam main game PES 2011 dengan kawan aku.  Sudah jemu main game, aku mulalah berblog dengan menambah iklan nuffnang dalam blog aku.  aku tengok setiap blog wajib ada iklan nuffnang ini.   

Walawey, apa itu nuffnang?  Tolong! aku tak tahu ini.

Macam biasa lah. pak cik Google akan tolong jawabkan.  Setelah aku siasat dan mencari maklumat, aku dapat lah sedikit ilmu tentang nuffnang ini.  Nuffnang adalah Agen Pengiklan yang letak ilakn di blog kita.  Nuffnang adalah program buat duit yang berpandukan kepada konsep Pay Per Click (PPC).  Ia seperti program PPC lain juga seperti Google Adsense dan beberapa program PPC yang lain.  Pengiklan akan mengiklankan produk-produk mereka di blog-blog yang berdaftar di Nuffnang. 

Bagaimana nak menjana pendapatan melalui Nuffnang ini?

Terima kasih yang bertanya tadi ye.  Siapa nama tadi? Nanti ambik hadiah di kaunter ye. HA HA

Untuk pengetahuan anda, Advertiser akan membayar pada Nuffnang dan Nuffnang akan bayar pada kita.  Tapi ada syaratnya, pastikan kau orang  kerap kemaskini blog kau orang dan tingkatkan traffic blog.  Kalau nak dapat cepat, dapatkan pembaca dari luar.  Ho, kalau nak dapatkan pembaca dari luar, alamatnya blog kau orang mestilah berbahasa English.  Blog aku yang daif ini memang susah sikitlah nak dapat pendapatan dengan cepat sebab blog aku ini berbahasa Melayu.  Tak kisah lah.  Kalau ada rezeki aku terima saja.   Nak tingkatkan traffik blog, anda tanya lah pada Pak Cik kita yang mulia ini, Pak Cik Google.  Dia akan  tolong jawabkan.  Banyak tip bagaimana nak tingkatkan trafik akan dia bagi.  Sampai esok pun tak habis.  HA HA

Sampai di sini saja aku berblog menceritakan tentang Nuffnang ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...