Tuesday 28 June 2011

Mari tukar piring Astro ke Aeriel TV biasa

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera..

Wah, macam nak beri ucapan di hadapan murid-murid pula.  HA HA. Sungguh sibuk pada hari ini sehingga terlupa nak mengupdate belog sendiri.  Kesibukan melanda dalam hidup aku sejak akhir-akhir ini.  Sehingga belog aku pun sudah macam tiada pegangan.  

 Kau orang pun tahu tentang kekecohan yang berlaku apabila lebih 70 buah agensi bukan kerajaan yang diterajui oleh PPIM stand for Persatuan Pengguna Islam Malaysia membuat satu kempen memboikot Astro dengan menyeru kepada pengguna-pengguna stesen berbayar tersebut agar tidak membayar bil selama tiga bulan berturut-turut. 

Apa! tiga bulan berturut-turut? Kenapa tak boikot saja terus.  Kan bagus begitu.  Tak payah nak sesak-sesak nak bayar bil setiap bulan.  Seperti yang kita tahu kepada yang tahu dan sentiasa peka kepada yang amat peka terhadap aduan-aduan tersebut, aduan mereka ini dipandang sepi begitu saja tanpa mendapat perhatian yang serius sehinggalah sampai ke satu tahap ini ia berlalu begitu saja.  Lihat sahaja segala aduan diluahkan oleh pengguna-pengguna di akhbar-akhbar harian, mesti ada saja aduan tapi apa tindakan pihak Astro. Nothing.  Bagi mereka apalah sangat aduan yang kerdil itu.  Ia tidak akan memberi kesan yang besar bagi perkhidmatan mereka.  Sekarang, nah KAU.  Ramai yang nak pakat nak boikot Astro.  Apa tindakan pihak Astro selepas mendengar kempen boikot ini? Kita tunggu dan lihat saja.

Bagi pendapat aku, adalah lebih baik perkhidmatan ini diboikot terus tanpa belas kasihan kerana apa yang aku dengar dari segala aduan, mereka kata ceritanya sentiasa sama saja sehingga kita boleh agak apa rancangan yang akan disiarkan seterusnya.  Kalau macam begitu, mesti agak membosankan bukan.  Bagi aku baik aku tengok TV biasa saja.  Kalau nak tengok movie, aku download saja dari mana-mana laman web yang menawarkan perkhidmatan download secara percuma.  Kalau nak tengok perlawanan bola sepak, aku tengok dari Bapak Youtube saja.    Bagi aku, ia menjimatkan dan duit bulanan nak bayar bil pun dapat dipotong dan ia digunakan untuk kegunaan lain.  Apa pendapat anda? Tepuk dada, tanya lah hati.

3 comments:

Mun said...

kite ni golongan tak peka nampaknye -.-' ala..tapi nak tgk dicovery, national geo, tlc, afc..sobs. but ade satu lah yg annoy sy, astro kalau bg subtitle, asik cina je. heran jugak. sy ni duduk negara cina ke.

Nini Hartini said...

erkk..rumah xde astro jd xtau isu apa ttg astro skrg ni. hehe..

Heart In A Cage
.

Anonymous said...

Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
Harga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...