Tuesday 5 July 2011

5 Kepelikkan Fesyen Lady Gagak

Siapa tak kenal Lady Gaga jangan angkat tangan? Sure lah kau orang kenal kan.  Asal penyanyi barat je kau memang selalu dapat No.1 lah dalam kategori kenal mengenal ini kan. Sepeti yang kita tahu, lagu yang dihasilkan oleh dia memang tak dinafikan memang sedap didengarlah walaupun lirik-liriknya ada berunsurkan pemujaan syaitan.  Begitu jua kegilaannya dalam bidang  fesyen yang memang pelik bin menyakitkan mata apabila dipandang oleh Mak Cik Peah penjual nasi lemak tepi jalan itu.  Dalam banyak-banyak artis popular di Hollywood itu, dia memang top perabis dalam hobi berfesyen-fesyen ini. Sampai tak cukup kain pun ada.  Jangan buang masa lagi, mari kita saksikan 5 kepelikkan fesyen Lady Gagak ini.  

Fesyen Pelik #1
Masked Rider?
Kemungkinan dia ini peminat kepada Gaban Si Baja Hitam atau pun Masked Rider.  Al maklumlah, masa kecik-kecik dulu mak ayah dia tak dapat belikan dia baju gaban.  Jadi, terpaksalah pendamkan dalam hati saja.  Masa dah meletop di seluruh dunia ini, tertunai juga niat kau ye.  =____=

Fesyen Pelik #2
Cawan Manusia?


Ini aku tak tahu kenapa dengan kepala otak dia ini.  Dah mereng peringkat ke-18 ke apa.  Macam rupa cawan pun ada aku tengok kau ini.  Inilah fesyen cawan namanya.  

Fesyen Pelik #3
Burung Merak?
Memang kain labuh gila dan panjang berjela-jela.  Kasut pula tinggi macam Gunung Everest.  Kalau terpijak kain itu, aku jamin dia akan jatuh dan pada masa itulah , aku akan memainkan peranan yang penting sebagai tukang gelak dengan gelak besar punya.  HA HA

Fesyen Pelik #4
Baju Daging
Ini fesyen daging membaluti tubuh badan.  Daging membaluti daging.  Ini memang aku tergelak besar punya.  Daging pun nak dijadikan fesyen.  Selepas dia pakai baju daging ini, aku tak tahu pula dia nak buat apa. dengan baju daging ini.  Kemungkinan dia bagi baju daging ini kepada fakir miskin di USA sana.  Daging mahal kat sana Cik Kiah Oi.

Fesyen Pelik #5
Baju Buih
Ini fesyen baju buih.  Mungkin kenangan masa silam kembali menjengah dan terkenang kembali kenangan semasa dia meniup sabun buih di tepi Pantai Morib  dan akhirnya dia mendapat ilham untuk mencipta satu fesyen baju buih.  Hang memang gila berfesyen lah Lady Gagak. 

Itulah 5 jenis kepelikkan fesyen si budak Lady Gagak ini.  Memang kau ini gila berfesyen lah.  Jadi, fesyen apa pula selepas ini? Fesyen baju berlumpur? Nantikan kemunculannya. 

2 comments:

Mun said...

fesyen dia slalu pelik2 kn. lepas tu kita pun jadi xcted ape pulak style pepelik dye nk pkai lagi. haha..

KeluangMan said...

@Mun
itulah namanya strategi promot diri.. kta akan ingat die dr segi kegilaannya berfesyen... cuba ckp siapakah artis hollywood yg fesyennya pelik2, sudah tentu si lady gagak ini..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...