Sunday 1 April 2012

April Fool Day : Gurauan atau Kekejaman?

1 April 2012.  Hari ini aku ingin menaip entiri tentang 1 April.  Ada apa dengan 1 April?.  Apa yang terlintas di fikiran anda tentang tarikh 1 Apri ini? Sudah semestikan sambutan April Fool's Day bukan?.  

Masih ada lagi orang di luar sana yang masih jahil tentang sambutan 1 April ini.   Pernahkah anda mengkaji tentang asal-usul perayaan tersebut seperti mana anda memahami asal-usul tentang tarikh 14 Februari iaitu Hari kekasih atau Valentiane Day? Kalau belum, jangan terima ia dengan bulat-bulat.  Kaji sejarah asal usulnya.  Selepas itu anda akan faham dan tidak akan menerimanya dengan bulat-bulat.
 
Apakah April Fool's Day?

Jika saya bercakap tentang apa itu April Fool's Day, ia mudah sahaja.  Ia adalah hari untuk mengenakan seseorang dengan menipu walaupun ia sekadar gurauan.  Pada tanggal tarikh 1 April, semua manusia akan menyambut dengan mengenakan atau 'prank' kepada orang yang ditujui.  Ia bermula di Sepanyol dan dirayakan ke seluruh dunia.  Abaikan yang bukan muslim.  Sebab mereka bukan islam.  Yang menjadi masalahnya adalah orang kita sendiri iaitu orang islam turut menyambutnya.  Sungguh sedih bila melihat wall post di Facebook masing-masing update nak kenakan orang lain.  Bukankah itu sudah menipu namanya?.

Sekarang kita kaji pula asal-usul 'April Fool's Day' ini.  Menurut riwayatnya, kira-kira seribu tahun dahulu,  Sepanyol di bawah kekuasaan Islam amat kuat dan sukar puak Kristian menembusi dan menghancurkan benteng kekuatan Islam pada masa itu.  Mereka iaitu musuh-musuh Islam tidak pernah kenal erti putus asa untuk memastikan Islam hilang di bumi Sepanyol.  Pelbagai cara telah dirancang untuk menghancurkan dan mengalahkan umat Islam di sana.

Puak Kristian tidak pernah kenal erti putus asa.  Kekuatan umat Islam pada masa itu adalah mengamalkan  cara hidup berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.  Jadi terlalu sukarlah mereka untuk menghancurkan penguasaan Islam di Sepanyol. Beberapa kali mereka menyerang kekuatan umat Islam tetapi sering menemui jalan kegagalan. Mereka sentiasa merancang dan mereka pun mengutuskan pengintip untuk mempelajari tentang Islam dan pada masa yang sama pengintip ini mengintip apa yang dipelajari oleh umat Islam.  Setelah sekian lama mempelajari dan memahami asas Islam, mereka sudah tahu kekuatan umat Islam iaitu IMAN dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.

setelah mereka memperolehi maklumat tersebut, mereka mula merancang dan mencari strategi untuk melemahkan umat Islam dan dalam persidangan tersebut, mereka dapat kesimpulan bahawa untuk melemahkan umat Islam adalah dengan melemahkan kekuatan IMAN dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.  

Lalu mereka pun cuba menyerang secara halus dengan melalaikan umat Islam dengan hiburan, arak, dadah serta mengirimkan wanita yang cantik untuk melemahkan para belia khususnya.  Setelah kekuatan iman dan taqwa mereka mulai kendur, mereka pun menyerang di saat umat Islam mulau goyah iman dan taqwanya.  Mereka menyerang berkali-kali hingga umat Islam tidak berupaya mempertahankan diri mereka.  Akhirnya, jatuhlah Islam di bumi Sepanyol setelah 800 tahun memerintah.  Daerah terakhir dikuasai adalah daerah Grenada.  

Episod malang tidak berakhir di situ.  Umat Islam dibunuh dengan kejam jika mereka dapat menemui umat Islam.  Umat Islam menjadi takut dan menyembunyikan diri. Untuk memastikan umat Islam keluar dari persembunyian, puak musyrikin menawarkan satu peluang kepada semua umat Islam iaitu jika mereka ingin selamat, mereka harus berpindah keluar dari bumi Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan.  Umat Islam curiga dengan tawaran tersebut  tetapi mereka tiada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut tambahan kapal-kapal yang membawa mereka sudah berlabuh di pelabuhan dan sedia membawa mereka berpindah keluar dari bumi Sepanyol.

Maka, disebabkan mereka kurang curiga dengan tawaran tersebut, tanggal 1 April, mereka pun keluar beramai-ramai dari tempat persembunyiaan dan berhasrat meninggalkan bumi Sepanyol.  Di saat inilah tentera-tentera Sepanyol memgambil peluang dengan membunuh dengan kejam semua kaum muslimin termasuk kaum wanita dan kanak-kanak.   Bukan itu sahaja, kapal-kapal yang membawa mereka keluar juga turut dibakar.  Penempatan mereka turut dibakar.  Maka, berjayalah puak musyrikin menghancurkan umat Islam di bumi Sepanyol. 

Tanggal tarikh 1 April itulah semua puak Kristian disambut setiap tahun menandakan bagi meraikan kejatuhan kekuasaan Islam di Sepanyol. Perayaan ini akhirnya disambut di seluruh dunia sebagai 'April Fools Day'. Namun apa yang menyedihkan saya adalah umat Islam pada masa kini tetap menyambut perayaan ini tanpa disedari bahawa ia seperti menyambut kekejaman pembunuhan umat Islam ketika dan meraikan kejatuhan Islam di bumi Sepanyol.  

Masih mahu menyambutnya kah??

Semoga apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat menyampaikan ilmu kepada semua sahabat-sahabat seagama dengan saya supaya lebih berhati-hati apabila menerima perayaan dari luar.  Jangan menerima ia bulat-bulat dan elakkan menyambutnya.  You are Islam and you must stay for Islam.  

Thanks.

2 comments:

laskar pelangi said...

thanks for your info:))

KeluangMan said...

hehe. most welcome.. skadar berkongsi ilmu dan saling ingat mengingati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...