Monday 1 August 2011

Sahur? Lawaking? Nasi Ambang?

Tanggal 1 Ogos 2011, hari ini hari pertama semua umat Islam diwajibkan berpuasa termasuklah aku yang amat rendah diri ini ( Aku tak rendah ok). Jadi, aku nak bercerita sikit kronologi aku berpuasa dari mula tak bangun sahur sampailah masuk waktu berbuka. 


Sahur Dalam Tidur

Awal pagi tadi, aku tak sempat nak bangun sahur sebab aku tak dapat melelapkan mata aku semalam.  Walaupun sudah 2 buah buku komik Budak Getah aku baca, ia tetap tak dapat melelapkan mata aku.  Akhirnya aku cuba nak mengira berapa ekor kambing yang ada kat kandang Pak Cik Hamid tadi (macam dalam cerita Mr Bean pulak).  Akhirnya, aku dapat jugak melelapkan mata dalam pukul 2.00 pagi.   Tapi aku tidur macam ayam.  Kejap pejam, kejap terjaga.  But at last, aku terlena juga.  Sampailah pukul 5.45 pagi, aku terjaga.  Baru tadi aku termimpi bangun sahur, tiba-tiba aku terjaga pulak.  Masyaallah, aku dah terbabas rupanya.  Aku tak dapat bangun sahur.  Kalau bersahur minum pun jadilah tapi aku tak jamah satu apa pun.  Aku lebih suka minum susu dan buah kurma je.  Tapi, tak apalah.  Aku yakin aku boleh berpuasa walaupun aku tak bangun sahur.  

Lawaking di tempat kerja

Baru hari pertama aku berpuasa, aku sudah membuat lawak di waktu tengahari.  Lawak tu tak lah lawak sampai gelak terbahak-bahak.  Ini lawak tahap biasa je.  Al maklumlah, awal pagi tadi tak bangun sahur. 
Ceritanya begini, aku ditugaskan untuk menutup pintu utama di ofis aku kerana pada pukul 1.00 petang, semua staff akan berhenti berkerja untuk berehat.  Sebelum itu, aku kena jaga kaunter 1 sebab di kaunter 1 itu terletaknya mesin nombor giliran dan juga sebagai kaunter pertanyaan.  Selepas itu datanglah seorang awek ini nak buat Mykad baru sebab Mykad dia dah hilang.  Jadi, aku pun cadangkan kat dia datang semula pada pukul 2.00 sebab pukul 1.00 kitaorang kena berehat.  Aku tengok jam pun lagi 5 minit nak tutup.  For sure lah kena ambil masa yang lama nak proses.  Itu tak jadi hal, dia boleh terimalah tetapi ini yang lawaknya, tiba-tiba aku terlepas cakap.


"Dik, nanti datang balik pukul 2 ye, sementara tunggu tu pergilah MAKAN dulu".  And then, muka awek tu dah jadi pelik sikit dan terus berkata "Bang, hari ini PUASA lah". 

Aku punyalah tergelak bercampur malu.  Macam mana aku boleh lupa hari ini puasa.  Mesti dia ingat aku buat hal dengan menggunakan khidmat "pintu belakang".  Sumpah, aku tak pernah buat kerja macam tu.  Kemungkinan aku dah terbiasa cakap macam itu sebab mungkin aku terlalu ikut skrip. Dan mungkin sebab ia secara spontan.  

Beli makanan di Bazar Ramadhan

Masuk jer pukul 5, aku terus punch out dan follow member aku pergi bazar di Kanchong Darat, Banting.  Aku tengok ada perlbagai jenis juadah yang dijual di sini.  Bazar ini terletak di sebelah sekolah rendah agama Kanchong Darat.  Memang ramai gila orang kat sini.  Bermacam-macam ragam.  Ada peniaga yang offer suruh beli makanan ini itu ini.  Sana sini makan.  Hehehe.

Setelah puas pusing-pusing tawaf satu bazar, akhirnya aku hanya beli nasi ambang dan air soya.  Aku sebenarnya tak nak lah terburu-buru nak beli itu ini.  Aku hanya Amalkan Budaya Berbelanja Secara Berhemah Elakkan Pembaziran kerana Membazir itu Amalan Syaitan.  Kalau aku nak beli itu ini pun, bukan ada ruang pun dalam perut aku ini.  Kalau perut macam buaya tak apa lah jugak.  

Berbuka Puasa Seorang Diri =(

Hari ini aku berpuasa hanya seorang diri di rumah.  Lonely.  Waktu berbuka di Daerah Kuala Langat masuk pada pukul 7.32 malam.  Berpandukan dengan suara azan di masjid berdekatan, aku pun berbuka dengan membaca doa dan meneguk air soya.  Fuh, nikmatnya.  Itulah nikmatnya berpuasa.  Terasa seperti semalaman tak jumpa air.  Lepas itu, aku solat maghrib dulu sebelum makan makanan yang berat.  Selepas selesai solat, aku pun makan nasi ambang.

Nasi Ambang
Bersyukur dapat makan.  Tak lah mewah sangat.  Sekadar makan apa yang mampu.  Alhamdullillah, aku dapat menunaikan puasa hari ini.  Mari kita berterawikh!.

Selamat Berpuasa!

2 comments:

Mun said...

ala siannye puasa sensorang. tp akak tu mesti ingat awk x pose...hahahah

Nur Aqilah Syahira said...

MAKK AII ! BOLE TLEPAS CAKAP PLAK DYE ? hahaa ! ;D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...