Saturday 8 October 2011

Oh Kayap

Sungguh tidak aku sangka, aku terkena penyakit kayap.  Mula-mula aku ingatkan sakit biasa.  Aku tengok ada ruam dan gelembung air kat bawah perut aku kat sebelah kiri.  Menyeramkan je aku tengok.  Aku dapat penyakit ni pun pada hari isnin 3hb 10 hari tu.  Badan rasa sengal dan lenguh-lenguh pulak.  Aku terfikir apahal plak badan aku rasa penat sangat.  

Hari khamis baru aku pergi hospital dan pergi check sakit apa. Doktor kata aku dapat penyakit kayap atau nama saintifiknya Shingles (bukan single ye) atau herpes zoster.  Aku dapat MC 2 hari dan doktor bagi ubat je.  Mula-mula sapu kat tempat kena kayap tu, memang panas lah.  Tak terperi sakitnya.  Sakit sebab aku dah pecahkan gelembungnya.  HEHE

Aku pun malas nak cerita kencang, jadi korang carilah sendiri maklumat tambahannya.  


Sekarang ni pun aku tengah menanggung kesakitan yang tak terperi ni.  Esok malam aku nak dapatkan rawatan secara tradisional.  Aku tak berharap sangat dengan ubat hospital ini.  Kenalah cari jalan lain untuk mengurangkan kesakitan ini.  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...