Tuesday, 29 March 2011

Siapakah Pencipta Facebook?

Facebook. Social Network yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia. Malahan, budak-budak sekolah pun sudah ada akaun Facebook. Dashyat budak-budak zaman sekarang ini. Biasalah,sekarang ini zaman IT. Tetapi kini, adakah anda tahu siapakah pencipta laman web popular ini? Siapakah gerangan beliau? Dia adalah.......

MARK ZUCKERBERG!












Inilah pencipta Facebook.  Dia merupakan CEO kepada Facebook ini, dimana ia dimulakan di kolej di bilik dorm pada tahun 2004 bersama dengan rakan-rakannya iaitu Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Dan sekarang, dia merupakan Bilionaire pada usianya yang mencecah baru sahaja 26 tahun. Apa! 26 tahun!. Kalau dikirakan, aku pun 26 tahun tapi aku tak jadi Bilionaire lagi.  Ingin jadi Jutawan pun masih tak lepas lagi. 

Hebat!

Kenapa Laman Sosial Facebook begitu popular dan mudah diterima?

  • Mudah difahami dan praktikal
  • Tiada layout seperti MS yang layout dan background merepek dan lembap bila hendak buka profile sendiri
  • Simple dan mudah diterima
  • Senang hendak kesan kawan-kawan lama yang terpisah sejak zaman sekolah. Bila dapat jumpa balik, gembira tak terkata.  Sampai dah kahwin dan sudah ada anak lagi.
  • Senang hendak jemput kalau ada apa-apa event. Contohnya, jemputan ke majlis perkahwinan, konvoi dan sebagainya
  • Senang nak cari jodoh... Kalau dibandingkan zaman dahulu, zaman dahulu amat susah. Hanya surat sebagai perantara perhubungan.Nak menunggu surat dibalas adalah satu penyeksaan. Kini, hanya di hujung jari anda sahaja, hanya beberapa saat anda dapat berhubung dengan pasangan anda.
Demikianlah betapa bergunanya laman sosial Facebook ini.  Semoga anda terhibur dengan pengkongsian dari ku.




3 comments:

Lagenda Teragung said...

aku knl sgt die ni..huhu

redzuan23 said...

ko knl die, dia x knl ko ler

Anonymous said...

Ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...