Monday 23 January 2012

Harga barang subsidi

Pernahkan anda terfikir bahawa setiap barang keperluan asas yang dibeli telah pun disubsidikan oleh pihak kerajaan.  Kerajaan telah membayar sebahagian harga  barang tersebut untuk mengurangkan bebanan oleh pihak pengguna bermakna rakyat.  Maka, kerajaan telah menanggung bebanan subsidi tersebut.

Ini adalah harga barang yang telah disubsidikan.

Tepung Gandum

Tepung gandum ini memang penting kepada peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis aneka kuih di gerai-gerai di tepi jalan.  Tak ada tepung memang tak sah.  Bagi peniaga, hari tanpa tepung memang semuanya serba tidak kena.  Tepung ini juga penting kepada suri rumah tu.  Pagi-pagi malas nak berjalan beli nasi lemak di tepi jalan tu , buat lempeng jadikan santapan di pagi hari memang sedap.  Aku tahu buat lempeng. 

Gula

Gula. Pagi-pagi minum kopi atau teh tanpa gula memang tak syok.  Kalau dalam perjalanan nak pergi kerja minum pula teh atau kopi yang kurang gula memang tak puas hati.  Semuanya serba-serbi tak lengkap. Gula juga penting selepas tepung gandum seperti di atas tu.  Tanpa gula, kuih tak akan sedap.  Rasa tawar? Anda mahu makan kuih tawar ke?  Tak mahu kan.  Kalau ada peniaga menjual kuih yang tawar, saya jamin esok mesti akan tutup kedai atau gulung tikar depan gerai punya lah.  

Gula juga penyebab penyakit seperti gout, kencing manis dan sebagainya.  Jadi, kurangkan gula dalam minuman.  

Minyak masak

Ha, ini lagi satu.  Minyak masak.  Aku percaya semua penduduk di seluruh Malaysia ini menggunakan minyak masak.  Korang jangan nak tuduh aku menipu ye.  Ok, minyak masak juga amat penting dalam setiap keluarga di Malaysia.  Tanpa minyak masak macam mana nak masak.  Tak akan guna minyak angin cap kapak plak.  

Tong gas

Ini tong gas ye murid-murid (bagi adik-adik yang bersekolah rendah).  Tong gas memang penting.  Tak ada tong gas, kembali ke zaman datuk nenek kita lah ye.  Masak guna kayu api. Guna kayu api buat masak air atau segala-galanya lah yang berkaitan dengan masak memasak ni. 

Kalau mak cik atau kakak yang nak menyediakan masakan untuk suami dan anak-anak yang tercinta kalau tiba-tiba gas dah habis memang alamatnya terbang lah kuali "nutrichef" tu.  Makan kat luar lah nampaknya.  Dengarnya tong gas boleh dijual semula.  Itu aku tak tahu lah.  Orang kata, bukan aku kata.

Ini beras (ST15).  Bukan nasi.

Nasi merupakan makanan rutin harian di rakyat Malaysia.  Ada yang makan roti tak untuk dijadikan makanan harian dia sendiri? Rasanya tak ada kot.  Biasanya kat negara sebelah barat je. 

Beras (ST15, bukan ST20) merupakan bijirin paling penting bagi rakyat Malaysia.  Ia merupakan makanan utama.  Tanpa makan nasi memang semua kerja susah nak buat.  Cuba korang makan roti je, confirm korang nak jugak makan nasi kan. Ada sesiapa makan beras tak? Kalau ada bagitau aku.



Ha, ini biasa.  Minyak Petrol.  Semua bising kalau harga minyak petrol naik.  Kalau harga minyak petrol naik, semua harga barang akan naik.  Tapi kalau harga petrol turun, harga barang lambat nak turun.  Lumrah orang berniaga, mesti nak untung bukan.  

Minyak petrol memang penting dalam semua orang di Malaysia ni. Tak ada petrol macam mana kereta nak bergerak. Kalau nak jimat, naik basikal fixie je.  Jimat tapi penat je la.
Itu sahaja senarai harga barang yang disubsidikan.  Rasanya banyak lagi tu.  Aku berkongsi apa yang aku dapat mengikut cara persembahan aku.  Korang boleh lah tengok harganya.   Justeru itu, pihak kerajaan telah pun menanggung segala subsidi tersebut jadi jadilah rakyat yang bersyukur.


3 comments:

ANA D said...

teringat time belajo ekonomi dolu2

KeluangMan said...

Haha... sy tak belajar ekonomi tp ambik perdagangan je...

KeluangMan said...

Haha... sy tak belajar ekonomi tp ambik perdagangan je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...