Pada masa kini amat terlalu mudah maklumat tersebar ke seluruh dunia dengan hanya melalui internet je. Inilah dinamakan dunia tanpa sempadan. Jika korang post dalam Facebook, dalam beberapa saat je kawan-kawan korang dapat baca post korang. Tidak seperti zaman dahulu. Medium komunikasi hanyalah menggunakan perkhidmatan surat. Berminggu-minggu juga tunggu nak sampai kepada si penerima. Itu pun nak kena menunggu berminggu-minggu lagi. Itupun kalau si penerima membalas surat tu. Kalau tak balas, memang boleh merana diri.
Pada zaman itu tak terbayang pun ada telefon canggih-canggih seperti zaman moden ni. Pada zaman itu, hanya orang yang kaya je pakai telefon. Itu pun telefon rumah. Contohnya cuba tengok filem Ibu Mertuaku arahan P.Ramlee tu. Begitulah rupa telefon pada zaman itu. Orang kaya je guna telefon tu. Zaman sekarang tak payah nak ceritalah. Budak berumur 4 tahun pun dah pandai guna telefon. Hah, ternganga mulut Mak Cik Kiah tu ha. Cepat tutup mulut, nanti gajah masuk. haha. Ok sambung...
Begitu juga jika korang upload gambar dalam Facebook. Hanya mengambil beberapa saat je, berjuta-juta atau berbilion manusia di muka bumi ini dapat menatap gambar korang yang tidak tutup aurat itu. FUUU... Biasanya orang perempuan yang paling aktif memuatnaik gambar-gambar dalam Facebook ni. Biasanya perempuan-perempuan ini adalah perempuan yang tak kenal erti dosa dan tak berfikir panjang dan akan memuatnaik gambarnya tak tutup aurat tu ke dalam Facebook. Inilah dinamakan sindrom ingin diri dipuji oleh orang lain tanpa memikirkan implikasinya. Bangga ada orang komen penuh pujian. Cantik sangat ke? Hot sangat ke? Hot lah kau kat neraka nanti.
Apa akan terjadi jika ajal dan maut perempuan ini dah sampai? Sempatkah dia memadam segala gambar -gambar yang tak menutup auratnya itu? Boleh ke minta Malaikat Maut menangguhkan sebentar untuk mencabut nyawanya? Tak boleh bukan. Bila sudah sampai ajal, tiada lagi istilah menangguhkan kematian. Jadi, bila perempuan tu dah meninggal, tinggalkan ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan untuk teruskan hidup di dunia ini. Begitu juga profile Facebooknya itu. Kepada yang merindukan perempuan ini, orang lelaki ini akan menatap wajah si arwah untuk melepaskan rindu. Itupun dia tengok gambar tak tutup aurat. Bukankah haram lelaki yang bukan mahram melihat aurat perempuan yang bukan isterinya? Menanggunglah dosa si arwah di kubur. Terseksalah si arwah. Melainkan jika gambar dipadam maka seksa si arwah akan berkurang.
Ada kejadian berlaku apabila si ibu mendapat mimpi yang anaknya menanggung seksa di kubur kerana gambar-gambar dalam Facebook tidak dipadam. Arwah meminta ibunya memadam gambar dalam Facebook arwah tapi ibunya tak tahu password anaknya. Bagaimana nak padam gambar itu jika password arwah tidak diketahui?. Maka, di sinilah peranan Hackers untuk hack Facebook arwah itu . Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat, terseksalah arwah di dalam kubur tu. Tak perlulah bersusah payah mengupah orang yang pakar dalam hack untuk hack akaun Facebook orang yang sudah meninggal. Buang duit je.
Sebenarnya senang je, Facebook dah bagi cara untuk menutup akaun facebook orang yang sudah meninggal tu. Caranya klik link ini. Report a Deceased Person's Profile. Bila dah masuk tu, korang pandai-pandailah masukkanlah segala maklumat yang diminta. Apabila pihak Facebook sudah menerima laporan kematian itu, diorang akan tutup serta-merta akaun Facebook arwah ini. Jadi, sebelum kejadian ini berlaku, beringatlah, jangan terlalu obses untuk memuatnaik gambar-gambar ke dalam Facebook. Jadi, berhentilah memuatnaik gambar tak tutup aurat ye.
Renung-renungkanlah.
2 comments:
Kalu facebook tu lelaki yg punye..prlu gak ke tok pdmkn?
padamkan juga.. mungkin ada tag gambar2 perempuan yg tak bertudung...
Post a Comment