Siapa dah ada Facebook Messeger? Kalau yang sudah ada bolehlah layan habis dengan Facebook Messeger tu. Chatting lah sampai ke pagi esok. Kepada yang belum install, bolehlah download kat entri sebelum ni. Kalau malas nak baca, straight to Ampang Point aku bagilah link untuk korang download. Boleh klik link ini.
Ok, kepada yang sudah ada Facebook Messeger tu bolehlah ikut aku ke jalan kebenaran. HAHA.. Ok be serius, aku nak bagi penerangan serba sedikit cara-cara nak menggunakan Facebook Messeger ni. Kira macam tutorial la macam tu. Aku perasan ada juga yang tak tahu nak log out nak tekan mana. Ada kan? Mesti ada punya. HAHA. Oklah, aku akan tunjuk ajar dari Log In sampai ke Log Out dan juga penerangan apa ke binatangan kejadahnya ada Facebook Messeger ni.
LOG IN
Sebelum kita nak masuk profile Facebook kita mesilah kena log in bukan? Sama juga korang menggunakan Facebook Messeger ni. Mula-mula kena lah log in dulu ye.
Masukkan alamat emel dan password Facebook korang dan tekanlah Log In.
POP-UPS, CHAT SOUNDS, GO OFFLINE DAN LOG OUT
Lihat gambar di atas. Kalau korang tak suka bunyi chat tu, korang klik je. Nanti diam lah ia nanti. Kalau korang nak privasi sebab korang sangat HOT ke apa kan dan tak nak ada orang kacau korang, korang boleh lah klik Go Offline. Tak ada lah orang gila perempuan nak chat dengan korang (especially girl). Kalau nak keluar dari Facebook Messeger, bolehlah korang klik Log Out tu ye.
DOCK TO RIGHT
Apa kebinatangannya itu Dock To Right ek?
Ok, lihat gambar di atas. Nampak tak rupa macam tingkap rumah papan separuh siap itu. Itulah namanya Dock To Right. Dock to Right tu adalah Facebook Messeger korang akan melekat kat tepi desktop sebelah kanan komputer atau laptop anda.
Dock
Lihat gambar di atas, itu sebelum Dock. Facebook Messeger korang boleh bergerak bebas ke mana saja di desktop Komputer korang.
Undock
Ha, ini setelah didock. Lihatlah Facebook Messeger korang sudah melekat di sebelah kanan. Ia sudah berubah. Kalau nak bergerak bebas di desktop, boleh klik undock. hehe. Easy.
Ok, ada kelebihan lagi tentang Facebook Messeger ini iaitu korang boleh lihat segala notifications kawan-kawan korang melalui Facebook Messeger. Best tak? haha. Memang best gila.
Jadi tunggu apa lagi kepada yang masih belum install Facebook Messeger ini, cepat-cepatlah download ye. Download link di bawah ni.
Semoga bergembira berchatting dengan skandal anda. haha....
No comments:
Post a Comment