Hari jumaat hari tu aku tengok DVD Transformers Dark of the Moon. DVD itu aku pinjam dari kwan aku yang amat baik hati sekali. Sampai sekarang aku masih tak pulangkan lagi DVD miliknya itu. Bukan nak buat harta sendiri. Aku tak pulangkan itu pun ada sebabnya. Sebabnya adalah aku nak tengok semula filemnya. Biasalah kalau kita nak betul-betul faham jalan ceritanya kenalah tengok dua hingga lapan ratus kali. haha.. gurau je. Sebenarnya aku dah tengok dah filem ni, tapi aku tengok balik sebab masa itu aku tengok wayang tu, rasa tak puaslah tengok aksi Optimus Ongkili Prime & Bumbblebee tu. Dah tu aku ni rabun jauh pula. Hati mana nak puas.
Maka, disebabkan aku dapat pinjam DVD hak milik kawan aku ini, aku pun tengok lah dari awal hingga habis. Adalah jugak aku reverse movie tu sebab aku nak tengok macam mana kereta tu transform jadi robot. Terbeliak biji mata aku meneliti penuh khusyuk macam mana boleh transform camtu. Agak kesengalan di situ. hehe.. Setelah aku amati sewaktu aku tengok filem ni dari awal hingga akhir (bukan kekasih awal & akhir ok), aku perasan banyak juga iklan yang disengajakan sebagai iklan dalam filem ni. Bukan iklan macam TV3 itu. Dalam syok-syok tengok drama Vanilla Coklat itu tiba-tiba ada pula iklan sabun Daia dan Boom. Aku rasa memang aku nak bakar sampah depan Pentas Utama tu.
Kalau korang perasan (jika anda tengok), memang kamera sentiasa shoot ke arah telefon bimbit. Buat masa kini, telefon bimbit yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai subjek utama dalam pengiklanan ini adalah jenama Nokia. Memang diakui inilah strategi pengiklanan yang paling bijak. Jika anda fikirkan sejenak, apabila seseorang penonton menonton movie di panggung wayang dan dia melihat kecanggihan telefon tersebut, secara tidak langsung dia akan membeli telefon bimbit tersebut. Seterusnya, jualan telefon tersebut akan meningkat. Itu baru dalam panggung wayang, belum termasuk lagi dalam DVD. Macam aku tengok DVD tu, aku dah mula terpaut pada telefon tersebut. hehe.. tapi duit tak ada sangat lah nak beli telefon tu. Ada rezeki aku belilah.
Di sini, aku ada snapshot iklan telefon Nokia dalam filem Transformer ni
1# Jenis telefon: Nokia 5800 XpressMusic
1# Jenis telefon: Nokia 5800 XpressMusic
Ingat cute sgt la tu |
2# Jenis telefon: Nokia X7-00
Mana lah Bini aku ni. Beli bawang ke shopping? |
Nak telefon Ayu Raudhah lah.hehe |
Inilah strategi pengiklanan yang terbaru iaitu mengiklankan produk tersebut ke dalam filem yang memang diakui amat berkesan dan dapat menarik perhatian penonton yang menonton filem yang sememangnya diakui sudah pun popular dan dijangka filem ini memang akan mendapat sambutan. Bijak bukan? hehe.. Anda fikirkan.
No comments:
Post a Comment