Saturday, 28 January 2012

Dosa meningkat jika upload foto tanpa tutup aurat dalam FB

Picture from Pesona Media
(Entri ini lebih ditujukan kepada anak gadis Melayu Islam kita sahaja)

Melihat kemajuan dalam dunia IT ini membuatkan aku terpanggil untuk aku berkongsi sesuatu kepada semua pembaca-pembaca sekalian.  Di dunia maya ini, kita telah mengenali apa itu laman sosial Facebook.  Setiap dari kita wajib ada akaun Facebook.  Kalau tak ada akaun Facebook, memang korang akan mendapat free "Boo" dari kawan-kawan korang.  Katanya tak maju, tak mengikut pekembangan semasa dan kuno. Semua benda yang baru mesti kena cuba dan mesti ada.

Di zaman serba moden ini, setiap dari kita mesti ada akaun Facebook.  Dari budak sekolah sampailah yang sudah dewasa.  Kalau yang dah tua itu aku tak pasti lah ada ke tak.  Agak-agaknya tak ada sebab kemungkinan diorang dah sibuk pergi ke masjid menambahkan segala amal jariah.  Yang itu memang bagus lah.  Aku thumb-up my finger.  Not middle finger ok.

FACEBOOK.  Aku melihat telah terjadi satu fenomena baru apabila ramai anak-anak gadis Melayu Islam kita kerap memuatnaikkan atau dalam bahasa 'English' adalah 'upload' seberapa banyak gambar yang tidak menutup aurat dalam facebook masing-masing.  Kemungkinan mereka ini ingin berkongsi sesuatu tentang perkara yang mereka lalui setiap hari.  Kemungkinan mereka ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia ini comel, cantik.  Bukankah itu boleh mendatangkan riak dan bangga diri apabila ada orang yang memuji gambar korang. Dah lah tak pakai tudung selepas itu korang pula bangga diri dan mula lah timbulnya perasaan riak.  Kebiasaannya golongan perempuan merupakan golongan paling banyak memuatnaikkan gambar-gambar dalam Facebook. 

Fenomena "pemujaan diri sendiri" kian menular di fikiran anak gadis Melayu Islam kita ini apabila mereka gemar memuatnaikkan gambar-gambar peribadi untuk tatapan umum di laman sosial Facebook dan juga blog peribadi agar ramai orang akan melihatnya.  Berbekalkan wajah yang ayu tanpa memakai tudung dan bentuk badan yang memikat hati membuatkan kaum lelaki seronok untuk melihatnya.  Maka si lelaki pun memberi komen yang memuji kecantikan si gadis dan si gadis pun bangga dengan kecantikkan maka kesannya adalah menyebabkan gadis itu terlalu taksub untuk memuatnaik gambar dengan pelbagai posing ke dalam Facebook. Tidak mereka sedar bahawa gambar mereka telah menjadi tatapan secara umum oleh ramai orang dari seluruh dunia (itupun kalau orang putih atau awang hitam tengok).  Fenomena 'pemujaan diri sendiri' bagi anak gadis Melayu Islam kita itu sudah menjadi trend dan kebanyakkan mereka memuatnaik gambar itu hanyalah untuk suka-suka tanpa memikirkan kesan yang akan ditanggungnya nanti. 

Tidakkah mereka sedar bahawa terdapat ramai lelaki yang gila seks akan melihat mencuci mata meleleh air liur foto seksi anda dalam Facebook dan ini akan menaikkan nafsu berahi mereka. Apabila mereka minat dengan gambar tersebut, mereka yang gila seks ini akan 'download' atau save foto tersebut dalam 'PC' masing-masing untuk disimpan sebagai tatapan di kemudian hari.  Tidakkah anda terfikir wahai gadis-gadis sekalian bahawa lelaki yang gila seks ini akan menjadikan foto seksi anda untuk melepaskan nafsu mereka dengan melakukan bermasturbasi Apa itu masturbasi? korang bolehlah 'search' di Google. Dengan itu, anda sudah mendapat dosa 'free'.  Itu baru seorang, kalau ramai lelaki gila seks yang 'save' foto anda dalam 'PC', banyaklah dosa akan dapat.  Sedangkan lelaki yang bukan muhrim pun sudah tengok mencuci mata foto anda pun sudah mendapat dosa free, inikan pula lelaki yang melakukan perbuatan menjijikkan itu.  Gadis-gadis Melayu Islam yang tidak memakai tudung di alam yang nyata dan di alam maya anda pun tidak memakai tudung, maka saham dosa akan meningkat.  Anda fikir-fikirlah sendiri.

Manusia ini memang mudah lupa.  Hari ini seseorang bagi nasihat, kita dah berjanji tak akan buat lagi tapi selepas itu, janji itu hanyalah sementara saja.   Tidakkah anda terfikir apabila anda sudah tiada di dunia ini, siapakah yang akan 'deactivated' akaun Facebook anda? Siapakah yang padam foto-foto seksi atau tidak tutup aurat anda? Selepas anda sudah tiada, ia akan tetap menjadi tatapan umum oleh orang lain.  Maka, saham dosa akan tetap meningkat walaupun anda sudah dalam KUBUR.  Anda akan terseksa.  Astagfirullah.

Mati itu pasti tapi kita tak tahu bilakan masa tiba ajalnya.  Ajal dan maut di tangan Tuhan.  Kita boleh mati di mana-mana saja tanpa mengira tempat.  Anda mungkin mati terlibat dalam kemalangan, anda mati dibunuh atau anda mungkin mati kerana mengidap penyakit yang berbahaya yang tiada penawarnya, jadi waktu mati, cara mati seseorang itu amatlah berbeza sekali.  Jadi, padamlah foto dalam Facebook atau blog peribadi anda sebelum ajal menanti.

Maaf jika ada pihak atau individu yang terasa dengan entri saya kali ini.  Niat saya ikhlas hanya ingin memberi nasihat dan kesedaran kepada anak-anak gadis Melayu Islam kita agar berhati-hati dengan tindakan anda. 

Renung-renungkan lah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...