Wednesday, 7 November 2012
Selamat Tinggal SMS
Zaman makin berubah. SMS makin dilupakan. Tinggallah SMS. Selamat Datang Line, Whatapps, ChatOn, Tango dan Viber.
Tuesday, 6 November 2012
Sejarah Terciptanya Rokok
Rokok. Ya rokok. Rokok tidak pernah lupakan tuannya. Tuannya tidak pernah lupakan rokok. Rokok sudah sebati bagi seorang bergelar lelaki. Tak lelakilah kalau tak merokok bukan. Kata orang, memang tak macho lah tak hisap rokok. Rokok ibarat makanan kedua selepas hidangan rutin harian iaitu nasi. Kalau tak hisap rokok selepas makan, memang tak lengkaplah. Sebolehnya kena juga hisap sebatang. Orang muda kata "Dapat sepam dua jadilah".
Tahukah anda bagaimana rokok boleh ada di dunia ini? Kenapa tak ada rokok agar manusia dapat hidup dengan sihat?
Sejarah terciptanya ROKOK.
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum
di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami
adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap
mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah
tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan
memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam,
seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong
dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis
apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata
iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.
Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan
engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga
terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan
yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan
sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
Ada apa dalam sebatang rokok?
Ha, ada lagi yang masih hisap ye. Tak tahu ke ada apa dalam sebatang rokok itu... Cuba lihat..
Ok. Korang renung-renungkan lah ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)