Wednesday 17 August 2011

Strangers mintak tolong top up?

klik untuk gambar sebesar alam

Sebenarnya mesej ini dah lama aku terima.  Tapi aku buat tak tahu je.  Sebenarnya aku terima mesej ini dah 2 kali.  Dua-dua mesej aku tak layan dan aku tak akan tolong topupkan. 

Abaikan mesej begini kerana ia akan merugikan anda.  Walau orang itu awek cun sekalipun. hehe

Wordless Wednesday#4


Friday 12 August 2011

Cara Lajukan Broadband Yang Dah Habis Limit (Khas untuk Window 7)

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak berkongsi kepada semua pembaca sekalian.  Apa yang aku nak kongsikan adalah mengenai cara lajukan broadband korang yang dah habis limit tu.  Biasalah habis limit. Selalu online kat FB plus main game Farmville plak tu.  Dah tu tengok plak video kat Youtube.  Of course lah kalau limit dah habis, line pun akan jadi slow.  Aku selalu terima mesej-mesej menyatakan line akan jadi slow.  Mesti korang pun pernah terima mesej-mesej itukan.  Sedih.  Surelah dorang suruh kita topup lagi.  Malaslah.


Kalau aku terima mesej ini aku buat tak layan je.  Kalau line dah slow, aku jadi malas nak online dan dengan serta-merta aku off laptop aku.  Tak ada mood.  

Tetapi aku ada berita gembira nak bagitau kat korang.  Sekarang ini ada cara nak lajukan broadband korang kalau dah habis limit.  Macam mana caranya? 

Inilah cara-caranya.

Pertama

Pastikan pada waktu ini korang dah connect line tu.  Tekan Start dan taip cmd dan tekan Enter.


Kedua

Lepas korang tekan Enter akan keluarlah rupa begini.  Masa ini korang taip ipconfig/all dan tekan Enter.(Rujuk di bawah)



Ketiga

Selepas Enter, akan keluar lah senarai seperti di bawah.  Cari senarai hardware broadband seperti dalam kotak itu.  


Keempat

Selepas itu korang skrol sampai ke bawah dan taip ping <alamat ip korang> -t.  Sebagai contoh, ping 10.145.56.231 -t dan Enter.  Selesai!

Kelima

So, korang biarkan je benda tu berjalan selama mana korang nak online.  Kalau dah tak nak online, klik je butang X tu.  Senang kan.

Tak kisahlah korang pakai broadband Maxis ke, Celcom ke, Digi ke.  Caranya tetap sama. Ok, selamat mencuba. 

Credit: Budak Botak

Thursday 11 August 2011

Kenapa Line Broadband Cepat Slow?

Assalamualaikum,
Errrghh, slow gila....
Sebelum ini aku selalu marah-marah tahap tiga puluh darjah celcius apabila line broadband slow je.  Nak berblogging pun dah tak ada mood.  Muka bosan gila punya.  Monyok je.  Kalau line broadband dah slow, aku tak panggil ia broadband tetapi aku panggil ia berukband sebab line lembab gila.  Beruk Band? Boleh jadi band kugiran di majlis perkahwinan.  =____=

Kalau line berukband slow itu menandakan limit dah habis. 

Limit? Macam mana limit itu dan macam mana limit  boleh habis? 

Ala, senang je.  Sebagai contoh lah aku guna Maxis Broadband.  Aku ambik pakej 1.5 Gb sebab bil bulanannya pun hanya RM48 sebulan.  Itu lah pakej paling rendah dan murah.  Jadi aku mampulah nak bayar.  Macam mana limit boleh habis? Ok, aku cerita sikit macam mana limit boleh habis.  Limit broadband korang cepat habis sebab korang asyik tengok video kat Youtube.  Dan ada lagi main game online Farmville kat FB tu.  Dah tu plak suka download lagu kat 4shared dan kepada kaki movie yang malas nak pergi beratur kat panggung wayang selalu lah download movie kat website pirates tu.  Korang perasan tak segala fail-fail yang korang download tu kapasitinya besar gila.  Download movie paling besar pun 700Mb.  Download lagu adalah sampai 5.00 Mb untuk satu lagu.  Itu baru satu lagu, macam mana kalau 10 lagu, aku jamin line broadband akan jadi slow gila sebab dah sampai kuota penggunaan line anda.  

Jadi untuk menjimatkan penggunaan broadband korang adalah korang kena lah korbankan jiwa raga anda dengan mengelakkan diri dari mendownload segala video dan lagu kesukaan anda.  Dan jua kena korbankan juga dengan mengelakkan diri dari selalu tengok video di Youtube.  Kalau nak tengok video tu bolehlah cari tempat yang ada line Wifi secara percuma ataupun pergi je ke Cyber Cafe.  Kat situ korang nak tengok video sampai lebam pun boleh. Ok selamat maju jaya!

Wednesday 10 August 2011

Arghh! Banyaknya iklan time bulan Puasa ni. Dugaan.

Assalamualaikum.  

Chop, iklan Yeo's Campur dulu.  Hehehe
Gambar Hiasan
Dugaan, Dugaan.  Banyaknya iklan masa bulan puasa ni.  Tak tahan.  Dahlah tekak haus bangat.  Perut plak asyik berbunyi gendang je.  Ada pulak iklan bagai kat tv ni.  Tak tahan.  Rasa nak beli je semua benda yang diiklankan tu.  Tapi ruang dalam perut aku ni bukannya besar sangat pun.  Kalau perut dinasour pun, mesti dinasour pun termengah tau.  Nak kejar dinasour lain pun dah malas.  

Serius memang iklan banyak sangat masa bulan puasa ni terutamanya iklan jenis makanan dan minuman.  Tak kisahlah apa jenis produk yang nak diiklankan.  Lagi-lagi produk minuman kesukaan aku iaitu air soya Vsoy.  Wah, bestnya.  Pekat air soyanya.  Kalau dapat minum, aman dunia.  Tetapi bila aku bepijak di dunia yang nyata, aku sedar aku sedang berpuasa.  Lupakan dulu semua itu.  Bila berbuka nanti kalau nak makan kepala gajah pun, makanlah.  Haji Bakhil belanja.  =_____=

Korang perasan tak asal time dekat nak berbuka je, ada je iklan tentang produk minuman.  Itu sebelum nak berbuka dan selepas itu akan berkumandang lah azan maghrib menandakan waktu berbuka.  Sebelum azan memang ada je iklan ni.  Nak suruh kita fokus pada iklan tersebut dan dengan secara automatiknya korang akan terlepas cakap ataupun korang terlintas dalam pemikiran korang akan tercakap atau terfikir "Eh, aku nak beli lah minuman ini esoklah.  Macam sedap je".  Ala, masa belum berbuka bolehlah nak fikir nak beli produk minuman itu ini.  Masa korang dah berbuka, serius semua apa yang korang niatkan nak beli itu akan hilang dan lupa begitu je. 

Bijak sungguh cara pengiklanan ni.  Time dekat nak berbuka puasa je, mesti akan ada iklan produk-produk minuman dan makanan.  Contohnya, iklan tentang kurma Yusoff Taiyobb.  Yang dapat untung adalah syarikat yang menjual produk itu.  Tak kisahlah berapa ringgit dorang dapat, janji korang akan teringat sampai esok lusa ataupun hingga teringat bulan puasa tahun berikutnya.  Inilah dinamakan "Marketing Strategy".  

Pada kita sebagai umat islam, kawallah nafsu anda.  Jangan membazir kerana membazir adalah amalan syaitan.  Amalkan perbelanjaan secara berhemah.  Nak makan itu ini, ruang dalam perut kita bukannya muat sangat pun.  Adalah lebih elok amalkan makan secara sedehana.  Di bulan yang mulia ini, eloklah kita amalkan amalan berjimat cermat.  Aku jamin hari raya anda akan lebih gembira dan lebih bermakna.  Iklan pun iklan jugak, nafsu makan pun perlu jugak dikawal.   

Monday 8 August 2011

Hui, bonus ke?


Bonus apa yang aku kecoh-kecohkan ni.  Dapat bonus topup ke? Kalau dapat bonus topup ok jugak.  Boleh bergayut dengan Miley Cyrus sampai lebam.  HA HA.

Bukanlah.  Sebentar tadi aku dapat berita yang amat mengembirakan buat semua penjawat awam di mana kerajaan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan.  Wah! kalau satu seronok, dipanggil satu ronok.  Kalau dua, dipanggil dua ronok.  Kalau tiga, dipanggil tiga ronok.  Kalau empat, ia tak dipanggil empat ronok tapi beronok-ronok.

Makin beronok-ronok lah aku (Muka jahat). 

Apa perlu dibuat dengan pemberian bonus itu?

Kalau aku buat belanja untuk beraya nanti.  Bagi duit raya pada anak-anak buah aku.  Insyaallah. 

Thursday 4 August 2011

Perlu ke Dating sebelum start berpuasa?

Perlu ke keluar dating sebelum start berpuasa pada esok harinya?

Kadang-kadang aku pelik jugak dengan sikap budak-budak yang bercouple sekarang ini apabila esoknya dah nak start berpuasa, mulalah nak merancang nak dating dengan mata air masing-masing.  Nak ke mana itu aku tak tau la kan.  Sendiri mau ingatlah. 

Sudah menjadi budaya sebelum nak start berpuasa pada esok harinya, mesti ada couple-couple bersepah-sepah, berpegang tangan tak mahu lepas berjalan-jalan di taman-taman bunga atau di shopping complex.  Tak pun ada juga bersiar-siar ambil angin di tepi pantai.  Konon romantik lah konon.  Nampak gentleman.  Sambil menikmati matahari terbenam di ufuk Barat.  Entah sempat pergi ke tak pergi solat terawih tu.  Gerenti tak punya.  Dah jumpa girlfriend kalau boleh nak dating sampai malam. Kena tangkap dengan orang pejabat agama baru tau.  Menangis nak balik rumah. 
Yang si boyafriend tu macam lah ada duit nak jumpa awek kau tu.  Entah-entah pinjam duit kawan tak pun pecahkan tabung adik buat belanja makan roti canai kat kedai mamak.  Apa! makan kat kedai mamak?  Tak akan makan roti canai je.  Makan lah kat KFC ke, McD ke, baru lah best.  Baru lah bermakna hari dating anda.  Esok-esok siang tak boleh makan lagi dah.  Ye lah, dah start puasa.  Kenalah berpuasa.  Kalau tak Tuhan marah.  Oh, tau pulak Tuhan marah.  Kau tu dating tu tak pulak takut Tuhan marah. 

Aku cakap ini berdasarkan apa yang aku nampak dan aku follow tentang hal ini.  Serius, time aku on the way nak balik ke rumah, ada saja dua insan bercinta ini berselisih dengan aku.  Bawa motor bagai pelisit.  Tak apalah, esok-esok tak boleh dating lagi dah. "Ini hari last nak lepaskan kerinduan.  Jumpa lagi masa datang beraya kat rumah syg nanti ek".  Hmm... Malas nak cerita lebih.


Monday 1 August 2011

Sahur? Lawaking? Nasi Ambang?

Tanggal 1 Ogos 2011, hari ini hari pertama semua umat Islam diwajibkan berpuasa termasuklah aku yang amat rendah diri ini ( Aku tak rendah ok). Jadi, aku nak bercerita sikit kronologi aku berpuasa dari mula tak bangun sahur sampailah masuk waktu berbuka. 


Sahur Dalam Tidur

Awal pagi tadi, aku tak sempat nak bangun sahur sebab aku tak dapat melelapkan mata aku semalam.  Walaupun sudah 2 buah buku komik Budak Getah aku baca, ia tetap tak dapat melelapkan mata aku.  Akhirnya aku cuba nak mengira berapa ekor kambing yang ada kat kandang Pak Cik Hamid tadi (macam dalam cerita Mr Bean pulak).  Akhirnya, aku dapat jugak melelapkan mata dalam pukul 2.00 pagi.   Tapi aku tidur macam ayam.  Kejap pejam, kejap terjaga.  But at last, aku terlena juga.  Sampailah pukul 5.45 pagi, aku terjaga.  Baru tadi aku termimpi bangun sahur, tiba-tiba aku terjaga pulak.  Masyaallah, aku dah terbabas rupanya.  Aku tak dapat bangun sahur.  Kalau bersahur minum pun jadilah tapi aku tak jamah satu apa pun.  Aku lebih suka minum susu dan buah kurma je.  Tapi, tak apalah.  Aku yakin aku boleh berpuasa walaupun aku tak bangun sahur.  

Lawaking di tempat kerja

Baru hari pertama aku berpuasa, aku sudah membuat lawak di waktu tengahari.  Lawak tu tak lah lawak sampai gelak terbahak-bahak.  Ini lawak tahap biasa je.  Al maklumlah, awal pagi tadi tak bangun sahur. 
Ceritanya begini, aku ditugaskan untuk menutup pintu utama di ofis aku kerana pada pukul 1.00 petang, semua staff akan berhenti berkerja untuk berehat.  Sebelum itu, aku kena jaga kaunter 1 sebab di kaunter 1 itu terletaknya mesin nombor giliran dan juga sebagai kaunter pertanyaan.  Selepas itu datanglah seorang awek ini nak buat Mykad baru sebab Mykad dia dah hilang.  Jadi, aku pun cadangkan kat dia datang semula pada pukul 2.00 sebab pukul 1.00 kitaorang kena berehat.  Aku tengok jam pun lagi 5 minit nak tutup.  For sure lah kena ambil masa yang lama nak proses.  Itu tak jadi hal, dia boleh terimalah tetapi ini yang lawaknya, tiba-tiba aku terlepas cakap.


"Dik, nanti datang balik pukul 2 ye, sementara tunggu tu pergilah MAKAN dulu".  And then, muka awek tu dah jadi pelik sikit dan terus berkata "Bang, hari ini PUASA lah". 

Aku punyalah tergelak bercampur malu.  Macam mana aku boleh lupa hari ini puasa.  Mesti dia ingat aku buat hal dengan menggunakan khidmat "pintu belakang".  Sumpah, aku tak pernah buat kerja macam tu.  Kemungkinan aku dah terbiasa cakap macam itu sebab mungkin aku terlalu ikut skrip. Dan mungkin sebab ia secara spontan.  

Beli makanan di Bazar Ramadhan

Masuk jer pukul 5, aku terus punch out dan follow member aku pergi bazar di Kanchong Darat, Banting.  Aku tengok ada perlbagai jenis juadah yang dijual di sini.  Bazar ini terletak di sebelah sekolah rendah agama Kanchong Darat.  Memang ramai gila orang kat sini.  Bermacam-macam ragam.  Ada peniaga yang offer suruh beli makanan ini itu ini.  Sana sini makan.  Hehehe.

Setelah puas pusing-pusing tawaf satu bazar, akhirnya aku hanya beli nasi ambang dan air soya.  Aku sebenarnya tak nak lah terburu-buru nak beli itu ini.  Aku hanya Amalkan Budaya Berbelanja Secara Berhemah Elakkan Pembaziran kerana Membazir itu Amalan Syaitan.  Kalau aku nak beli itu ini pun, bukan ada ruang pun dalam perut aku ini.  Kalau perut macam buaya tak apa lah jugak.  

Berbuka Puasa Seorang Diri =(

Hari ini aku berpuasa hanya seorang diri di rumah.  Lonely.  Waktu berbuka di Daerah Kuala Langat masuk pada pukul 7.32 malam.  Berpandukan dengan suara azan di masjid berdekatan, aku pun berbuka dengan membaca doa dan meneguk air soya.  Fuh, nikmatnya.  Itulah nikmatnya berpuasa.  Terasa seperti semalaman tak jumpa air.  Lepas itu, aku solat maghrib dulu sebelum makan makanan yang berat.  Selepas selesai solat, aku pun makan nasi ambang.

Nasi Ambang
Bersyukur dapat makan.  Tak lah mewah sangat.  Sekadar makan apa yang mampu.  Alhamdullillah, aku dapat menunaikan puasa hari ini.  Mari kita berterawikh!.

Selamat Berpuasa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...